BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 21 November 2025 /PRNewswire/ -- Smith's Kitchen & Bar, destinasi makanan dan minuman (F&B) mewah yang terunggul di bawah Silverland Hospitality Group di Vietnam, mengumumkan kejayaannya yang belum pernah terjadi sebelumnya di Luxury Restaurant Awards 2025 menerusi tiga penghargaan utama yang memantapkan kedudukannya di barisan hadapan landskap santapan Asia. Restoran yang disanjung ini dinobatkan dengan pengiktirafan dalam tiga kategori berbeza, termasuk Suasana Paling Romantis di Asia, Seni Bina Luar Biasa di Asia dan Konsep Santapan Inovatif Terbaik di Vietnam.
Kemenangan yang besar ini menonjolkan falsafah asas Smith's Kitchen & Bar, dicipta dengan teliti menggunakan lengkungan keluli dan perincian direka khas yang menghiasi ruang seni bina Smith's yang menjadi bukti legasi tukang besi dalam mengubah logam mentah menjadi karya seni. Pengalaman menjamu selera Smith's menggambarkan inti pati kehidupan yang meraikan seni serta tradisi dan dalam masa yang sama mengekalkan keindahan nilai kesederhanaan yang dicipta dengan mahir.
Pengiktirafan berganda iaitu Suasana Paling Romantis di Asia dan Seni Bina Luar Biasa di Asia merupakan penghargaan yang mendalam terhadap pelaksanaan reka bentuk yang handal di tempat ini. Di Smith's Kitchen & Bar, kami percaya terdapat persamaan yang ketara antara bengkel tempa tukang besi dan dapur jurumasak yang kedua-duanya memerlukan pemahaman yang mendalam tentang bahan, penguasaan kemahiran dan dedikasi terhadap kesempurnaan. Jenama Smith's, iaitu aset yang penting dan dinamik kepada Silverland Hospitality Group, merupakan suatu penghormatan kepada artisan berbakat tempatan yang mencipta hasil kerja besi inovatif yang bukan sahaja membuatkan ruang unik dari segi seni bina, tetapi turut merangkumkan semangat kreativiti serta dedikasi yang mentakrifkan nilai kami selama ini.
Anugerah Konsep Santapan Inovatif Terbaik di Vietnam menonjolkan hala tuju masak-memasak yang berani dan berpandangan jauh yang diambil oleh pasukan Smith's. Di setiap pelosok Smith's, cerita terbentuk oleh api dan kemahiran. Penghormatan terhadap mutu ketukangan ini digambarkan dalam visi masak-memasak restoran ini yang melaluinya jurumasak yang berbakat mengubah ramuan tempatan yang ringkas menjadi hidangan menakjubkan yang diraikan sebagai seni masak-memasak yang sejati. Restoran ini dicipta dengan teliti bagi memastikan tetamu bukan sahaja dapat menikmati hidangan yang hebat dan inovatif, bahkan reka bentuk dan suasananya yang indah meningkatkan seluruh pengalaman mereka ke dunia sofistikasi yang cemerlang.
Momentum yang tercetus di Luxury Restaurant Awards dibina berdasarkan asas pengiktirafan antarabangsa yang kukuh yang diwujudkan sepanjang tahun kalendar 2025. Smith's Kitchen & Bar tekal disanjung lantaran kehandalan reka bentuknya di pentas tempatan dan juga antarabangsa. Awal tahun ini, kecemerlangannya dalam reka bentuk serantau ditegaskan dengan mantap menerusi anugerah Emas yang berprestij di VMARK Vietnam Design Award 2025 yang menonjolkan sumbangan budaya dan estetikanya yang penting kepada landskap serantau.
Di samping itu, tempat santapan ini turut Disenarai Pendek secara menonjol dan terpilih dalam International Restaurant & Bar Design Awards 2025, iaitu anugerah yang menyenaraikannya sebagai antara ruang menjamu selera elit dan paling penting dari segi nilai estetika di dunia. Lima perbezaan penting yang meliputi seni bina, konsep inovatif dan suasana memantapkan tahun yang benar-benar penting untuk tempat santapan ini.
Anugerah-anugerah ini turut mengiktiraf tempat ini yang melaluinya pakar minat bukan sahaja menikmati hidangan yang hebat dan inovatif tetapi juga mendapati bahawa reka bentuk dan suasana yang luar biasa meningkatkan pengalaman menjamu selera mereka ke tahap yang sofistikated. Dengan memperoleh anugerah untuk reka bentuk yang menakjubkan dan inovasi masak-memasaknya, Smith's Kitchen & Bar memantapkan reputasinya sebagai penetap standard untuk santapan mewah yang berasaskan pengalaman.
Untuk pertanyaan media: Tran Tran (Cik) - Eksekutif Pemasaran - Silverland Hospitality - smith@silverlandhotels.com