omniture

Strutt Lakar Pencapaian dengan 'Strutt Day', Berikan Media Gambaran Pertama ev¹ Menjelang Kemunculan Sulung CES 2026

Strutt Inc.
2025-11-21 10:53 134

SAN FRANCISCO, 15 November 2025 /PRNewswire/ -- Strutt, syarikat pemula baharu dan bercita-cita tinggi yang mentakrifkan semula mobiliti peribadi, menganjurkan Strutt Day - pameran teknologi eksklusif yang melaluinya pengamal media dan rakan kongsi utama mendengar kisah pengasas, meneroka teknologi di sebalik kejayaan syarikat dan mengalami demonstrasi langsung yang pertama bagi STRUTT ev¹. Acara ini merupakan satu pencapaian yang amat penting untuk syarikat, memberikan suara industri dengan pratinjau yang nyata menjelang pelancaran rasmi produk ini di CES 2026.


Strutt Day dirancang untuk mempamerkan bukan sahaja teknologi tetapi juga individu dan visi di sebalik jenama ini. Para hadirin berpeluang untuk bertemu dengan Tony Hong, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif yang berkongsi kisah asal usul Strutt dan misi untuk mencipta penyelesaian mobiliti peribadi yang intuitif, selamat dan berpusatkan insan. Barney Mason, Ketua Reka Bentuk, membentangkan falsafah reka bentuk syarikat yang menekankan "Pemberdayaan Senyap" - mencipta teknologi yang lenyap dalam kehidupan seharian dan dalam masa yang sama memberikan pengguna keyakinan, kebebasan dan kegembiraan.

"Kami memulakan Strutt kerana kami melihat adanya jurang antara teknologi yang luar biasa dan masalah sebenar yang dihadapi oleh orang ramai saban hari," kata Tony Hong, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif. "Strutt Day bukan sekadar tentang produk kami; ia tentang menunjukkan kepada dunia bagaimana reka bentuk yang bernas dan teknologi pintar dapat mengubah kehidupan."

STRUTT ev¹ ialah kenderaan peribadi pintar yang dibina berdasarkan dua inovasi teras:

  • Sistem evSense: sistem penderiaan dan pembuatan keputusan 360° yang menggabungkan LiDAR, kamera, ultrasonik dan penderia ToF untuk pengemudian dunia sebenar yang selamat.
  • Sistem Pacuan-Kuad: seni bina pacuan aktif empat roda yang direka untuk pergerakan yang lancar dan terkawal merentas ruang dalaman dan luaran.

Para hadirin mengalami sendiri ev¹, menguji keupayaannya dalam senario dunia sebenar dan melihat bagaimana ia menangani cabaran utama dalam mobiliti peribadi: kerumitan, stigma dan teknologi ketinggalan zaman. Pembangunan kenderaan ini dipandu oleh kajian pengguna yang meluas bagi memastikan bahawa setiap pilihan reka bentuk - bermula daripada kebolehlarasan tempat letak tangan hingga penempatan kayu bedik - menyokong kebebasan, keyakinan serta kemuliaan.

"Kami menghabiskan masa selama bertahun-tahun memahami pengalaman hidup pengguna mobiliti," kata Barney Mason, Ketua Reka Bentuk. "Setiap perincian pada ev¹, bermula daripada casis hingga antara muka, dibentuk oleh manusia, bukan sekadar teknologi. Matlamat kami adalah untuk menjadikan pergerakan terasa semula jadi, memberdayakan dan menggembirakan."

Strutt Day turut meraikan pengiktirafan industri awal. ev¹ sudahpun memperoleh satu-satunya Red Dot: Luminary 2025 untuk kecemerlangan reka bentuk dan menerima anugerah CES Best of Innovation 2026 untuk kategori Teknologi Kenderaan & Mobiliti Termaju.

Sebagai satu pencapaian penting sebelum pelancaran, Strutt Day menunjukkan keupayaan syarikat dalam menggabungkan robotik canggih dengan reka bentuk berpusatkan insan, mencipta produk yang menyelesaikan masalah sebenar sekali gus mempersiapkan jenama ini bagi penampilan sulungnya di CES 2026. Acara ini menonjolkan peranan Strutt yang semakin berkembang di pasaran mobiliti dan mewujudkan suasana bagi pengenalan berprofil tinggi ev¹ kepada audiens global.

"Mobiliti peribadi bukan sekadar tentang pengangkutan; ia berkenaan keyakinan, kebebasan dan kegembiraan," tambah Tony Hong. "Strutt Day memberi gambaran sekilas kepada dunia tentang masa depan yang kami bina, yang akan tiba secara rasmi di CES 2026."

Latar Belakang Strutt Inc.

Diperbadankan di Singapura, Strutt ialah sebuah syarikat teknologi mobiliti terkemuka yang menghimpunkan pakar-pakar yang terkenal dunia dalam penderiaan termaju, robotik autonomi dan reka bentuk produk pintar. Disokong oleh pelabur-pelabur tersohor termasuk Matter Venture Partners dan Vertex Ventures, Strutt menggabungkan penyelidikan berpusatkan insan dengan metodologi R&D-pembuatan inovatif untuk mencipta penyelesaian mobiliti peribadi yang paling pintar, paling selamat dan paling mesra pengguna.

Ketahui lebih lanjut: Strutt | Home

Untuk kit media, sila rujuk folder di sini. Imej beresolusi tinggi dan bahan media tambahan disediakan atas permintaan.

Ini merupakan salinan terjemahan. Untuk ketepatan profesional, sila rujuk versi Bahasa Inggeris rasmi.


 

Source: Strutt Inc.
Keywords: Transportation Trade show news