HAIKOU, China, 21 November 2025 /PRNewswire/ -- Laporan daripada Hainan International Media Center:
Kongres Persekutuan Persatuan-persatuan Hainan Dunia kali ke-18 (HNWF2025) yang bertemakan "Peluang Baharu di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan: Membina Jambatan Baharu bersama ASEAN" melabuhkan tirainya di Pulau Pinang, iaitu bandar ketiga terbesar di Malaysia pada 16 November. Acara tiga hari ini menghimpunkan lebih 3,000 orang berketurunan Hainan, elit perniagaan dan pelabur Asia Tenggara dari 23 negara dan wilayah.
Di Sidang Kemuncak Pelaburan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan-ASEAN yang diadakan pada 16 November, lapan perusahaan dan institusi Hainan menandatangani memorandum kerjasama dengan rakan sejawat mereka di Malaysia yang meliputi bidang-bidang seperti pelancongan luar negara, bioteknologi, perundingan undang-undang, perkhidmatan katering serta penyelidikan bahasa dan budaya. Inisiatif-inisiatif baharu ini dijangka akan memajukan kerjasama serantau dengan ketara antara Hainan dan ASEAN. Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa Hainan mengambil inisiatif untuk "mencapai tahap global" dengan menandatangani perjanjian kerjasama bersama Dewan Perniagaan Hainan Malaysia. Langkah ini menggambarkan respons Hainan kepada penekanan pelabur antarabangsa terhadap perlindungan undang-undang—"menjadikan pelaburan lebih terjamin," seperti yang dinyatakan oleh Dato' Ricky Tan Seng Cheong, Pengerusi jawatankuasa penganjur persidangan ini. Wakil-wakil daripada Qiongtai Normal University Hainan menyatakan bahawa kolaborasi bersama dengan Persekutuan Persatuan Hainan Malaysia akan membantu golongan muda Malaysia berketurunan Hainan kembali ke kampung halaman mereka untuk mempelajari bahasa dan budaya tradisional Hainan, di samping turut menggalakkan pertukaran pelajar ke Malaysia yang seterusnya membolehkan generasi muda menjadi duta budaya yang menghubungkan China dan ASEAN.
Di samping itu, pelbagai jenama makanan dan katering Hainan muncul di persidangan ini bagi mencari peluang kerjasama yang saling menguntungkan dan dalam masa yang sama berhubung dengan komuniti Hainan luar negara di seluruh dunia.
Pada 18 Disember 2025, Hainan akan memulakan era keterbukaan yang lebih besar menerusi pelancaran operasi kastam khas seluruh pulau. HNWF2025, yang berlangsung hanya sebulan sebelum pelancaran operasi kastam khas dan bilamana dividen dasar FTP Hainan menjadi semakin ketara, berfungsi sebagai saluran penting untuk Hainan meningkatkan kepercayaan bersama dan menggalakkan kerjasama dengan Malaysia serta negara-negara ASEAN yang lain. Bagi para perwakilan yang menghadiri acara ini, merebut peluang untuk mempererat kerjasama antara Hainan dan ASEAN, memudahkan koordinasi sumber perniagaan warga Hainan baik di Hainan mahupun di peringkat global, serta mempercepat penjajaran perindustrian dan pelaksanaan projek telahpun menjadi satu konsensus yang luas.