BEIJING, 21 November 2025 /PRNewswire/ -- Satu perwakilan kumpulan pemikir yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pakar industri dari China dan luar negara menjalankan kajian lapangan di kampus ibu pejabat global JD.com pada hari Isnin, bagi mendapatkan pandangan langsung mengenai dinamik inovasi daripada perusahaan yang dipacu teknologi ini.
Kampus ibu pejabat global JD.com yang terletak di Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing, menjangkau keluasan lebih 30 hektar dengan jumlah luas lantai melebihi 2 juta meter persegi yang mewakili komuniti pejabat moden yang mengintegrasikan kecanggihan teknologi dengan reka bentuk berpusatkan insan.
Semasa lawatan ini, perwakilan berkumpul di hadapan model seni bina terperinci kampus ibu pejabat JD.com. Model berkenaan mendemonstrasikan kluster ibu pejabat JD.com dan perancangan rangkaian pejabat globalnya yang menonjolkan visi strategik dan rangka kerja pembangunan seluruh dunia oleh peneraju teknologi ini.
Kemudian, perwakilan ini menuju ke dewan pameran kebudayaan dan di dewan ini teknologi bayang samar bersepadu dan paparan fizikal menjejaki evolusi JD.com dengan jelas daripada sebuah kaunter kecil di Zhongguancun menjadi sebuah syarikat Fortune Global 500. Sepanjang perjalanannya, JD.com bukan sahaja menyaksikan pembangunan ekonomi China yang pesat bahkan turut muncul sebagai wakil teladan dalam mengimbangi inovasi dan tanggungjawab korporat dalam era digital.
Christophe de Contenson, Datuk Bandar Couzon di Auvergne-Rhone-Alpes, Perancis, menyatakan bahawa ibu pejabat JD.com semegah sebuah bandar, dengan skala operasi dan volum perniagaan turut sama mengagumkan.
Perwakilan ini kemudiannya menuju ke skrin data raya "JD Today" di zon pameran JD Vision. Pada skrin ini, data transaksi pada masa nyata divisualisasikan secara dinamik melalui 'heat map' dan kedudukan jualan kategori produk yang menggariskan dengan jelas kawasan khas dan arah aliran penggunaan negara. Seluruh proses ini memaparkan dengan jelas kecekapan operasi JD Logistics dan kedinamikan ekonomi pengguna China yang rancak.
Semasa sesi pertukaran selepas lawatan, para eksekutif JD.com membentangkan secara sistematik profil komprehensif syarikat ini dan juga susun atur perniagaan JD Global Sales. Sejak penubuhannya pada tahun 2015, perniagaan ini telahpun berkembang ke lebih 100 negara dan wilayah, selain memperkenalkan lebih 20,000 jenama luar negara. Melalui model yang inovatif dan dengan memanfaatkan rantaian bekalan digital-pintar dengan hampir 90 gudang terikat dan luar negara, JD Global Sales komited untuk membina laluan yang cekap untuk jenama-jenama antarabangsa mengakses pasaran Cina.
Pada tahun 2025, JD.com menduduki tempat ke-44 dalam senarai Fortune Global 500 dan memperoleh tempat ke-10 dalam senarai 500 perusahaan Cina teratas bagi tahun 2025.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348388.html