omniture

Siri CPad SUNMI Peroleh Tarikan Global dengan Reka Bentuk Semua-dalam-Satu

SUNMI Technology
2025-11-21 20:48 28

SINGAPURA, 21 November 2025 /PRNewswire/ -- SUNMI, peneraju global bagi peranti komersial pintar, menyaksikan penerimagunaan antarabangsa yang pesat bagi siri CPad sejak pelancarannya lewat tahun ini. Barisan tablet perniagaan ini, termasuk SUNMI CPad PAY yang diintegrasikan dengan pembayaran, menggantikan persediaan berbilang peranti lazim dalam sektor jualan, perkhidmatan makanan serta kewangan di seluruh dunia.

Mengatasi Cabaran Perniagaan Sebenar

"Ruang komersial memerlukan penyelesaian bersepadu dan bukan alat berpecah-pecah," kata Jack Lin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SUNMI. "Siri CPad direka dari peringkat awal untuk menangani batasan daripada tablet pengguna dalam persekitaran perniagaan. Gerak balas pasaran mengesahkan bahawa kami berada di landasan yang betul."

Tiga Pembeza Utama

  1. Ekosistem Magnet Boleh Suai 
    Sistem magnet Quick Lock mengupayakan transformasi segera antara konfigurasi pegang, binaan permukaan dan dipasang di dinding, memberikan fleksibiliti operasi yang belum pernah terjadi sebelumnya.
  2. Keandalan Gred Perusahaan
    Dikuasakan oleh pemproses okta-teras Qualcomm dan dipertingkat oleh teknologi SUNMI Hyper Wi-Fi, peranti ini mengekalkan prestasi yang konsisten semasa waktu puncak dan cabaran rangkaian.
  3. Infrastruktur Pembayaran Terbina-dalam
    CPad PAY mempunyai integrasi pembayaran komprehensif yang menyokong NFC, kod QR dan transaksi kad, manakala platform pengurusan peranti SUNMI mengupayakan kawalan terpusat bagi penggunaan global.

Kejayaan Pelaksanaan Global

  • Korea Selatan: Lebih 1,000 lokasi restoran menggunakan CPad untuk pesanan di tepi meja, meningkatkan kelajuan perkhidmatan dengan ketara
  • Etiopia: Institusi-institusi perbankan menggunakan unit CPad PAY untuk memacu transformasi digital dalam perkhidmatan kewangan
  • 7-Eleven: Kedai-kedai di seluruh dunia menggabungkan pengurusan inventori, koordinasi tugas dan pemprosesan pesanan melalui sistem CPad berpadu

Pembangunan Masa Depan

Dengan siri CPad yang mewujudkan standard baharu untuk tablet perniagaan, SUNMI terus memperluas ekosistem peranti komersialnya. Komitmen syarikat ini merangkum perlindungan jaminan selama tiga tahun dan ketersediaan produk selama lima tahun, demi memastikan keandalan dalam tempoh jangka panjang untuk rakan niaga.

Kejayaan pelancaran ini memperlihatkan keutamaan pasaran yang semakin meningkat terhadap penyelesaian komersial dibina khas berbanding teknologi pengguna tersuai, lalu memantapkan kedudukan SUNMI untuk mencapai inovasi yang berterusan dalam bidang peranti perniagaan pintar.

Source: SUNMI Technology
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Retail New products/services Financial Technology