omniture

Xinhua Silk Road: Hidupkan semula Warisan Dunia dorong pasaran pelancongan di bandar bersejarah Quanzhou, Tenggara China

Xinhua Silk Road
2025-11-21 21:01 141

BEIJING, 21 November 2025 /PRNewswire/ -- Lazare Eloundou Assomo, pengarah Pusat Warisan Dunia UNESCO, baru-baru ini mengetuai satu perwakilan untuk melawat Quanzhou, sebuah bandar pelabuhan bersejarah di Wilayah Fujian, tenggara China bagi membuatkan bandar ini, yang diiktiraf sebagai "Emporium Dunia di Song-Yuan China", sekali lagi menggamit perhatian global.


Walaupun pengiktirafan global Warisan Dunia memberi nafas baharu kepada pasaran pelancongan dalam Quanzhou, bandar tersebut, yang kaya dengan sumber Warisan Dunia, telahpun berusaha untuk terus-menerus mengoptimumkan perkhidmatan pelancongan dalam Quanzhou sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pelaksanaan program transit bebas visa 240 jam memberikan kemudahan yang ketara kepada pelancong antarabangsa yang melawat Quanzhou. Statistik menunjukkan bahawa Quanzhou menerima sekitar 403,900 kunjungan pelancong masuk pada separuh pertama tahun 2025, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 95.5 peratus. Hasil pelancongan daripada pelawat antarabangsa mencecah 2.995 bilion yuan (kira-kira 421 juta dolar A.S.), meningkat 83.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Di sebalik angka-angka ini wujudnya peranan penting laluan pelancong tersendiri yang dibangunkan oleh Quanzhou dengan memanfaatkan IP Warisan Dunianya. Bermula daripada Tokong Kaiyuan yang berusia seribu tahun hinggalah seni bina eksotik Masjid Qingjing, setiap tapak warisan berfungsi sebagai "magnet budaya" untuk pelawat antarabangsa.

Sementara itu, Program Penggalak Pelancongan Antarabangsa "Jalan Sutera Maritim Quanzhou" oleh bandar tersebut memastikan penyenaraiannya sebagai antara 100 destinasi pelancongan Asia teratas yang dikeluarkan oleh penyedia perkhidmatan pelancongan dalam talian China, Ctrip.com yang seterusnya meningkatkan lagi reputasi dan pengaruh Quanzhou dalam pasaran pelancongan global.

Quanzhou turut berdedikasi untuk mempelopori kerjasama antarabangsa dalam pemuliharaan Warisan Dunia. Ia melaksanakan pertukaran dan kolaborasi dengan pelbagai bandar sepanjang Jalan Sutera Maritim dari segi perlindungan warisan dan pembangunan pelancongan budaya.

Pada masa akan datang, bandar ini merancang untuk mempererat kerjasama dengan UNESCO. Ia akan menggalakkan pengalaman pemuliharaan warisannya di peringkat global melalui platform PBB dan dalam masa yang sama turut memperkenalkan konsep dan pendekatan antarabangsa termaju untuk pembangunan pelancongan budaya ke Quanzhou yang bermatlamat untuk menggalakkan pembangunan industri pelancongan budaya yang berkualiti lebih tinggi.

Di samping itu, Quanzhou akan memanfaatkan IP Warisan Dunianya bagi membangunkan inisiatif perdagangan budaya rentas sempadan, lalu mengupayakan produk warisan budaya tak ketara dan barangan kreatif budayanya dapat menembusi pasaran global.

Semasa lawatan ke Quanzhou, Assomo menyifatkan bandar tersebut sebagai "warisan hidup" dan memberi pujian tinggi berhubung pendekatan bandar itu terhadap pemuliharaan warisan budaya. Beliau turut menyatakan harapannya "untuk mempromosikan pengalaman pemuliharaan warisan China".

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348413.html 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Publishing/Information Service Travel