PETALING JAYA, Malaysia, 22 November 2025 /PRNewswire/ -- Sunway University dan Elitery, penyedia penyelesaian awan terurus dan keselamatan yang terkemuka di Indonesia, mengumumkan pada hari ini bahawa mereka telahpun menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bukan monetari dan tak terikat untuk meneroka kolaborasi dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran digital. MoU ini mewujudkan rangka kerja bagi perbincangan penuh percaya dan tidak mewujudkan kewajipan undang-undang atau kewangan.
Di bawah MoU ini, kedua-dua pihak berhasrat untuk meneroka peluang kolaborasi dalam empat bidang:
Profesor Malissa Maria Mahmud, Dekan Pusat Pengajian Pendidikan di Sunway University, mengalu-alukan kolaborasi ini. "Di Sunway University, kami melihat teknologi sebagai pengupaya yang amat penting untuk pendidikan. MoU ini membolehkan kami meneroka sejauh mana AI dapat memperkayakan pengajaran dan pembelajaran sekali gus memastikan pendidik dan pelajar kami memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk ekonomi digital. Ia memberi kami fleksibiliti untuk mengenal pasti dan mewujudkan bersama inisiatif yang benar-benar memberi manfaat kepada pelajar dan rakan kongsi kami," katanya.
Kresna Adiprawira, Presiden Pengarah Elitery, menambah, "Pendidikan sentiasa menjadi nadi dalam perjalanan inovasi Elitery. Selama bertahun-tahun kami bekerjasama dengan sekolah, universiti dan institusi kerajaan bagi memperkenalkan penyelesaian digital yang menjadikan pembelajaran lebih mudah diakses dan memberi impak. Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat meneroka sejauh mana AI dapat menyokong bakat yang sedia mendepani masa depan dan menyumbang kepada ekonomi digital Malaysia."
Elitery berperanan sebagai rakan kongsi strategik yang pertama dalam memajukan AI di Sunway University, Malaysia. MoU ini bertujuan untuk membimbing perbincangan untuk tempoh permulaan selama tiga tahun. Sebarang projek atau program tertentu yang tercetus daripada perbincangan ini akan dibangunkan di bawah perjanjian yang berasingan.
Latar Belakang Sunway University
Sunway University, salah sebuah institusi swasta yang terkemuka di Malaysia, disenaraikan di peringkat global oleh QS dan dinamakan sebagai universiti swasta #1 di ASEAN oleh AppliedHE 2025. Ia juga merupakan universiti swasta bukan berkaitan kerajaan #1 di ASEAN oleh Times Higher Education (THE) World University Rankings 2026. Buat tahun keempat berturut-turut, Sunway mendahului bagi Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia, menurut Indeks Kebolehpasaran Siswazah Kebangsaan Talentbank.
Latar Belakang Elitery
Disenaraikan di Bursa Saham Indonesia (simbol saham: ELIT), PT Data Sinergitama Jaya Tbk (Elitery) ialah penyedia perkhidmatan terurus IT Indonesia yang mengkhusus dalam penyelesaian awan terurus dan keselamatan terurus. Sebagai Penyedia Perkhidmatan Terurus yang diperakui, Elitery membantu perusahaan dan organisasi sektor awam memodenkan dan melindungi infrastruktur digital mereka yang meliputi perancangan, penghijrahan, pelaksanaan, pemantauan dan tindak balas insiden. Elitery telahpun diperakui sebagai Great Place to Work® dan menubuhkan Elitery Global Technology Sdn. Bhd. di Malaysia bagi menyokong transformasi digital serantau.