GUANGZHOU, China, 23 November 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 21 November, Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-23 bermula di Canton Fair Complex. Di pameran pada tahun ini, GAC mempersembahkan pencapaian utama daripada "Panyu Action" setahun selepas pelancarannya yang menyaksikan kemajuan yang ketara dalam reformasi dan juga inovasi organisasi.
Dengan berpusatkan pengguna, GAC mempertingkat daya saing terasnya dengan "memahami pengguna secara lebih baik, bertindak balas dengan lebih pantas dan memajukan teknologi yang lebih kukuh." GAC memperkenalkan secara rasminya Empat Enjin Pertumbuhan—teknologi baharu, produk baharu, perkhidmatan baharu dan ekosistem baharu—bagi mempercepat penciptaan "GAC Baharu."
Teknologi Baharu: GAC akan memacu kemajuan merentas rangkaian kuasa tenaga baharu, keselamatan, sistem casis pintar dan teknologi AI yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengguna serta memperkayakan mobiliti.
Produk Baharu: Dengan membina sistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang komprehensif untuk jenamanya sendiri, GAC akan bertindak balas dengan tepat terhadap jangkaan pengguna, menawarkan penyelesaian terpelbagai yang memenuhi keperluan bermula daripada perjalanan ulang-alik harian hinggalah pengalaman perjalanan premium.
Perkhidmatan Baharu: GAC memajukan transformasi saluran untuk menjadikan perkhidmatan lebih mudah dicapai dan dalam masa yang sama terus-menerus meningkatkan keupayaan OTA. Lebih 300 ciri dan peningkatan pengalaman turut ditambah atau dioptimumkan demi memastikan kenderaan "sentiasa dikemas kini dan terus-menerus meningkat nilainya."
Ekosistem Baharu: GAC akan mempererat kolaborasi terbuka dalam seluruh ekosistem tenaga, rangkaian pengecasan, platform pintar dan inovasi model perniagaan, seterusnya membentuk ekosistem berpusatkan pengguna dengan faedah-faedah yang dikongsi bersama.
Di Pameran Auto Guangzhou 2025, GAC mempamerkan portfolio kenderaan pintar dan penyelesaian mobiliti yang luas. Antara jenama-jenamanya sendiri, model HYPTEC A800 andalan—yang dibangunkan bersama-sama HUAWEI—membuat penampilan sulung rasminya. GAC mempersembahkan pelbagai versi S7, M8 Qian Kun dan S9 Qian Kun. AION pula mempamerkan AION UT Super dan AION i60.
Dalam segmen usaha sama, GAC Honda mempamerkan model-model popular, termasuk Accord dan Odyssey. GAC Toyota mengetengahkan pencapaian terkini iaitu strategi "Berkuasa dengan Petrol dan juga Hibrid".
Bagi kenderaan komersial, trak tugas berat tenaga baharu T9 daripada GAC Commercial Vehicles dilancarkan secara rasmi. Platform perkhidmatan mobiliti Ruqi Mobility (OnTime) dan GAC Toyota Engine turut menyertai pameran ini.
Dengan Empat Enjin Pertumbuhan sebagai asasnya, GAC tetap komited untuk memberikan pengalaman mobiliti yang lebih baik kepada pengguna di seluruh dunia—lantas mencipta perjalanan yang berkualiti lebih tinggi, pintar dan lebih mesra alam demi masa depan.