![]() |
GUANGZHOU, China, 23 November 2025 /PRNewswire/ -- Barisan produk AITO yang lengkap dan pencapaian teknologi SERES yang terkini dipamerkan di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou. Pada masa yang sama, SERES MF Platform 2.0 diperkenalkan secara besar-besaran.
Kecerdasan Mentakrifkan Semula Kemewahan: Barisan Model Penuh AITO Muncul
Pameran auto pada tahun ini menyaksikan kehadiran terbesar AITO dari segi skala dan juga barisan produknya. Produk-produk terbaharu daripada seluruh siri AITO dipamerkan secara bersama, dengan penghantaran kumulatif melangkaui 900,000 unit. Antaranya, AITO M9 dan AITO M8 disenaraikan sebagai jaguh jualan dalam segmen harga masing-masing iaitu 500,000-RMB dan 400,000-RMB.
Reruai AITO seluas 1,700 meter persegi yang baru dinaik taraf membawakan paparan teknologi dan zon pengalaman mewah yang mentafsirkan dengan jelas deklarasi jenama ini iaitu "Kecerdasan Mentakrifkan Semula Kemewahan."
SERES MF Platform 2.0 Dilancarkan, Pencapaian Lebih Tinggi untuk Mobiliti Pintar Masa Depan
SERES MF Platform 2.0 dilancarkan secara rasmi di pameran ini. Berpandukan Kecerdasan Panoramik dan dibina berlandaskan asas keselamatan pintar, platform ini mewakili penaiktarafan yang komprehensif bagi Tenaga Pintar, Casis Pintar, Seni Bina EEA dan juga Ruang Pintar. Ia merupakan platform dipacu AI untuk kenderaan elektrik pintar.
Pencapaian teknologi yang terkini turut dipamerkan, termasuk pemanjang jarak 2.0T dan sistem pemanjangan jarak ultra-bersepadu 14-dalam-1 yang membuat penampilan sulung di sebuah pameran auto domestik.
Kumpulan Pengguna AITO Melangkaui 900,000, Jumlah Perbatuan Pemanduan Berbantu Melebihi 4.45 Bilion Kilometer
Setakat ini, AITO memperoleh kepercayaan daripada 900,000 pengguna. Jumlah perbatuan yang dapat ditampung oleh kenderaan elektrik jarak dilanjutkan olehnya melangkaui 21.4 bilion kilometer, dengan pemanduan elektrik tulen menyumbang 70% daripada jarak ini. Perbatuan pemanduan berbantu kumulatif pula melebihi 4.45 bilion kilometer.
Di samping itu, AITO menyediakan secara proaktif penjagaan perkhidmatan sebanyak 266,000 kali dan menjimatkan masa penyelenggaraan untuk pengguna selama lebih 440,000 jam melalui diagnostik jarak jauh, lantas menetapkan penanda aras baharu untuk perkhidmatan premium.
SERES akan terus membangunkan produk-produk mewah untuk pengguna yang dicirikan oleh keselamatan tinggi, kualiti tinggi, keandalan tinggi, prestasi tinggi dan juga nilai yang tinggi.