KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 November 2025 /PRNewswire/ -- DirectD, salah satu penjual telefon pintar pelbagai jenama terbesar di Malaysia, hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama JCL Credit Leasing (JCL), sebuah syarikat perkhidmatan kewangan yang berpusat di Tokyo. Kerjasama ini bertujuan memperluaskan akses kepada pemilikan telefon pintar berkualiti di samping menggalakkan amalan kitar semula dan mengurangkan sisa elektronik dan pelepasan karbon.
DirectD dan JCL bergabung meningkatkan akses telefon pintar secara lestari. DirectD (kiri): Ketua Program Mampu Milik Norhayati Mohd Zain, Ketua Produk Strategi (Apple) Ezwan Rais, CEO Amy Tan. JCL (kanan): Pengurus Jualan Tan Yi Xin, Ketua Jualan Afzan D’Silva & Alicia Tye, Pengarah Yutaka Tanimoto.
Melalui penawaran peranti berkualiti dengan pilihan pembiayaan fleksibel termasuk pelan pemilikan, langganan, dan naik taraf, inisiatif ini membantu rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang untuk memiliki peranti yang menyokong pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan seharian mereka.
"Kami berbangga berpeluang bekerjasama dengan JCL untuk meningkatkan akses rakyat Malaysia kepada telefon pintar yang lebih berkualiti untuk urusan kerja, pembelajaran ataupun untuk melengkapi cara hidup masa kini" kata Amy Tan, Ketua Pegawai Eksekutif DirectD. "Dengan menggabungkan konsep mampu milik, kemudahan untuk menaik taraf peranti, dan proses tukar beli, peranti boleh digunakan dengan lebih lama. Justeru, mengurangkan pelepasan karbon Skop 3 dan merancakkan agenda ESG kami."
"Inklusiviti digital dan kelestarian alam sekitar bergerak seiring," ujar Encik Yutaka Tanimoto, Pengarah JCL. "Dengan kepakaran JCL dari aspek kewangan pengguna dan rangkaian cawangan DirectD di seluruh negara, kami berhasrat menggalakkan penglibatan lebih ramai rakyat Malaysia dalam ekonomi digital yang telus dan mampu diurus sambil meningkatkan produktiviti individu seiring dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar."
Pelanggan di seluruh Malaysia boleh mendapatkan peranti berkualiti tinggi dengan kadar yang lebih rendah, dengan perhatian khusus diberikan kepada komuniti berpendapatan rendah. Untuk lebih penjimatan, pelanggan boleh menukar beli peranti sedia ada dan menambah nilai untuk pembelian telefon yang seterusnya. Melalui inisiatif ini, peranti yang ditukar akan dihantar kepada rakan kongsi yang sah untuk pemeriksaan, proses pengubahsuaian dan pembaharuan, seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat peranti tersebut untuk terus digunakan. Sementara itu, peranti yang tidak dapat dipulihkan akan dikitar semula untuk mengurangkan sisa elektronik dan anggaran pelepasan kitaran hayat.
DirectD telah berkhidmat kepada lebih satu juta pengguna sejak penubuhannya, dan berhasrat untuk menyasarkan 30,000 peranti kepada komuniti yang memerlukan melalui kerjasama dengan JCL menjelang tahun 2026.
Tentang DirectD
DirectD adalah penjual telefon pintar pelbagai jenama terkemuka dengan lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia, menawarkan perkhidmatan jualan, tukar beli dan naik taraf melalui program mampu milik. Maklumat lanjut boleh didapati di https://pakaidulu.directd.com.my. Untuk lokasi cawangan DirectD, sila rujuk laman web di https://www.directd.com.my/shop-location
Tentang JCL
JCL adalah syarikat perkhidmatan kewangan yang berpusat di Tokyo, yang memberi tumpuan kepada penyelesaian pembiayaan inklusif dan telus untuk memperluaskan akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan di seluruh Asia. Ketahui lebih lanjut di laman web https://jcl.my/