Membawa Tenaga "Winner Winner Chicken Dinner" ke Setiap Pertempuran
KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 November 2025 /PRNewswire/ -- Anker Innovations, iaitu peneraju bertaraf global bagi teknologi pengecasan, mengumumkan pada hari ini satu kolaborasi yang menarik bersama PUBG MOBILE, salah satu permainan mudah alih yang paling popular di dunia. Kolaborasi ini menghimpunkan penyelesaian Smart Fast Charging Anker yang utama dalam industri ini dengan dunia e-sukan mudah alih yang bergerak pantas, membawakan Anker 25K Powerbank (A1695) dan Anker 140W Charger (B2697) yang memperkasakan pemain untuk kekal dicas sepenuhnya untuk setiap pergerakan, setiap perlawanan dan setiap kemenangan.
Sorotan ke atas Pengecas Sedia-Permainan
Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, rangkaian Smart Fast Charging daripada Anker menjadi tumpuan utama, didahului oleh Anker 25K Powerbank (A1695) yang berfungsi sebagai bank kuasa kejohanan rasmi untuk Kejohanan Global PUBG MOBILE (PMGC) 2025 dan direkayasa untuk prestasi dan kestabilan bagi memastikan tatamain yang lancar serta pemulihan peranti yang pantas antara perlawanan. Anker 140W Charger (B2697) ialah pengecas GaN berbilang port yang berupaya membekalkan kuasa kepada komputer riba, tablet dan telefon secara serentak, lalu menjadikannya amat sesuai untuk pemain permainan. Ketiga-tiga model ini mempunyai pelbagai port dan keupayaan pengecasan pantas, selain memastikan peranti sejuk, stabil dan dikuasakan sepenuhnya dalam keadaan tuntutan permainan yang berat.
Penyelesaian Pengecasan Kedudukan Tertinggi
Anker 25K Powerbank (A1695) dan juga Anker 140W Charger (B2697) mencapai jualan 1 Teratas[1] dalam kategori pengecas dan bank kuasa yang berkaitan melalui Shopee dan Ladaza di Malaysia, lantas menonjolkan popularitinya dalam kalangan pemain permainan dan juga penggemar teknologi. A1695 juga berfungsi sebagai bank kuasa tajaan kejohanan rasmi ini, memberikan prestasi dan kestabilan terbukti yang dipercayai oleh golongan profesional e-sukan semasa tatamain berisiko tinggi. Produk-produk ini bersama-sama memperlihatkan komitmen Anker dalam menyediakan penyelesaian pengecasan yang berprestasi tinggi dan andal untuk setiap jenis pemain.
Memastikan Pemain Dibekalkan Kuasa di PUBG MOBILE
Perhatian kini beralih kepada Kejohanan Global PUBG MOBILE 2025 (PMGC 2025), kemuncak bagi litar E-sukan PUBG MOBILE tahunan. Berlangsung mulai 24 November hingga 14 Disember di Bangkok, Thailand, PMGC 2025 akan menyaksikan pasukan-pasukan terbaik dunia bertarung menempuh peringkat-peringkat yang sengit, bermula dengan Peringkat Gauntlet PUBG MOBILE yang pertama seumpamanya untuk memenangi sebahagian daripada hadiah terkumpul bernilai USD 3 juta dan gelaran Juara Dunia yang menjadi idaman. Tahun ini turut menyaksikan peristiwa penting yang bersejarah buat para peminat PUBG MOBILE, memandangkan PMGC akan diadakan bersama Kejohanan Global PUBG sempena sambutan PUBG United yang pertama seumpamanya. Anker Smart Fast Charging, termasuk 25K Powerbank (A1695) akan memberikan sokongan kuasa yang penting untuk pemain semasa sesi latihan bagi memastikan mereka kekal dicas dan bersedia untuk menunjukkan prestasi optimum pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Leon Wu, Pengurus Besar Asia Tenggara di Anker Innovations, menyatakan bahawa PUBG MOBILE menuntut ketepatan, strategi dan ketahanan — dan teknologi pengecasan harus seiring dengan semangat untuk mencapai prestasi sedemikian. "Di Anker, kami percaya teknologi yang hebat memperkasakan keyakinan," katanya. "Dengan pengecas pantas berbilang port kami, pemain tetap tenang, stabil dan menumpukan sepenuh perhatian, bersiap sedia menempuh setiap pertempuran dan juga setiap kejayaan."
Beliau menambah, "Kolaborasi kami bersama PUBG MOBILE menggambarkan misi Anker Innovations untuk mencetuskan kemungkinan melalui inovasi terunggul, selain memperkasakan pengguna melalui perkakasan pintar dan bermatlamat. Berpandukan nilai-nilai kami — Prinsip Pertama, Capai Keunggulan dan Berkembang Bersama — kami terus mencipta penyelesaian pengecasan andal yang memberi inspirasi kepada tenaga dan hubungan."
Melalui kolaborasi Anker x PUBG MOBILE, para pemain boleh merasai teknologi pengecasan dipercayai yang sama dan digunakan oleh golongan profesional e-sukan. Rangkaian Anker Smart Fast Charging, 25K Powerbank (A1695) dan 140W Charger (B2697) kini boleh didapati melalui gedung dalam talian serantau dan rakan kongsi jualan di seluruh Asia Tenggara.
Latar Belakang Anker
Anker ialah jenama pengecasan mudah alih #1 di dunia dan pembangun bagi teknologi pengecasan berkelajuan tinggi untuk rumah, kereta dan juga semasa dalam perjalanan. Ini termasuk palam dinding, pengecas tanpa wayar, pengecas kereta, bank kuasa, kabel dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut mengenai Anker di anker.com.
Latar Belakang PUBG MOBILE
PUBG MOBILE tercipta berdasarkan PUBG: BATTLEGROUNDS, fenomena yang menggegarkan dunia hiburan interaktif pada tahun 2017. Sehingga 100 pemain terjun payung ke sebuah pulau terpencil untuk bertempur dalam pertembungan pemenang-menang-semua ganjaran. Pemain-pemain harus mengesan dan mencari senjata, kenderaan dan bekalan mereka sendiri dan menewaskan setiap pemain dalam medan pertempuran yang beraneka dari segi visual dan taktikal yang memaksa pemain menuju zon permainan yang semakin mengecil. PUBG MOBILE dibangunkan secara bersama oleh LIGHTSPEED STUDIOS Tencent Games dan KRAFTON, Inc.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi saluran sosial PUBG MOBILE rasmi di Facebook, Instagram, X dan YouTube.
[1] Jualan 25K Powerbank adalah berdasarkan data jualan bagi kedudukan produk yang berkaitan melalui Shopee di Malaysia antara 2025.8.1 ~ 2025.8.31 dan melalui Lazada di Malaysia antara 2025.9.1 ~ 2025.9.30. Jualan 140W Charger adalah berdasarkan data jualan bagi kedudukan produk yang berkaitan melalui Shopee di Malaysia antara 2025.1.1 ~ 2025.10.26, dan melalui Lazada di Malaysia antara 2025.9.1 ~ 2025.9.30. |