omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Minhang di Shanghai, Timur China berusaha tingkatkan pembangunan industri kopi khusus

Xinhua Silk Road
2025-11-25 18:02 103

BEIJING, 25 November 2025 /PRNewswire/ -- Daerah Minhang di Perbandaran Shanghai, timur China berusaha untuk membina sebuah hab kopi dan jalanan budaya yang menonjolkan gaya Minhang dan juga gaya Shanghai dengan menghimpunkan kedai kopi di dalam daerah berkenaan dan menggabungkan budaya kopi dan kehidupan seharian ke dalam suasana yang diinspirasikan oleh angkasa berkisarkan tema "Minhang aeroangkasa" dan sebagainya.


Ia melancarkan "pasaran kopi terbaik Minhang" di Festival Budaya Kopi Antarabangsa Shanghai 2025 yang diadakan pada bulan Mei tahun ini.

Berperanan sebagai tapak sulung untuk projek "Secangkir Kopi Pertama Setelah Tiba di Shanghai", "pasar kopi terbaik Minhang" membawakan pengalaman projek dan juga promosi ke tempat utama festival berkenaan di North Bund bagi mengundang pengunjung untuk menikmati "secangkir kopi pertama mereka setelah tiba di Shanghai" yang dibru sendiri oleh barista cemerlang di zon "kabin pesawat" yang interaktif.

Sementara itu, daerah berkenaan meneruskan "program rakan kopi terbaiknya" dengan menawarkan pas naik khusus untuk jurubina bandar, sukarelawan, pegawai komuniti dan kumpulan lain serta mengundang mereka ke "pasar kopi terbaik Minhang" bagi mendapatkan kopi percuma.

Di pasar, pelbagai kedai kopi dari Daerah Minhang menghidangkan kopi hutan, kopi bandar purba, kopi taman dan sebagainya yang menghasilkan lebih banyak kemungkinan untuk pengambilan kopi dan gaya hidup kopi dengan model "kopi +", seperti "bir + kopi", "kopi istimewa + khidmat masyarakat + warisan budaya", "seni + kopi" dan sebagainya.

Di acara ini, Daerah Minhang menghubungkan bahagian pengeluaran dan pengambilan dengan menubuhkan studio strim langsung di "pasar kopi terbaik Minhang" dan menganjurkan sesi perkongsian biji kopi yang memenangi anugerah, seterusnya memantapkan pertukaran antara penggiat industri serta menggalakkan kemajuan sektor kopi.

Daerah berkenaan turut berpadu tenaga dengan kawasan komersial teras iaitu Daerah Perniagaan Pusat Antarabangsa Hongqiao dan melancarkan beberapa acara mulai Mei hingga Julai tahun ini, termasuk promosi budaya dan pelancongan, festival cinta belia, pertandingan kemahiran vokasional kopi, pertandingan fotografi dan sebagainya yang menawarkan pelbagai pengalaman "kopi terbaik Minhang" yang imersif.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348459.html 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Beverages Publishing/Information Service Travel