omniture

Penyelesaian HVAC Hitachi Bawakan Kemampanan kepada Pertumbuhan Pesat Pusat Data Asia Tenggara

Bosch Home Comfort Group
2025-11-26 08:25 7
  • Pendingin terkini menetapkan penanda aras baharu bagi kecekapan dan keandalan sambil memperkasakan pertumbuhan serantau
  • Pendingin baharu meminimumkan masa henti dengan keupayaan untuk dimulakan semula dalam masa hanya 35 saat
  • Bahan penyejuk GWP rendah dan pendinginan terlaras automatik memaksimumkan kecekapan dan kemampanan

SINGAPURA, 26 November 2025 /PRNewswire/ -- Jenama Hitachi Cooling & Heating[1] oleh Bosch Home Comfort Group mengumumkan pada hari ini penyelesaian pendingin canggih baharunya untuk pusat data berkapasiti besar — Siri S, Siri VG dan Siri VM. Tatkala pengembangan pusat data Asia Tenggara terus maju dengan pesat, pendingin empar ini menetapkan standard baharu bagi keandalan, kecekapan tenaga, keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) dan kemampanan keseluruhan.

Pendingin baharu[2] ini menonjol kerana keupayaannya untuk dimulakan semula hanya dalam 35 saat selepas terputus bekalan elektrik bagi memastikan operasi yang berterusan. Teknologi Penyongsang Pacuan Langsung syarikat ini melaraskan pendinginan secara automatik berdasarkan permintaan dan suhu bermusim bagi memberikan prestasi optimum, kecekapan tenaga yang lebih baik dan kos kendalian yang lebih rendah. Pendingin ini turut menggunakan bahan penyejuk GWP rendah — seperti R513A, R1233zd dan R1234ze — bagi menyokong pendinginan mampan. Teknologi antipusuan meningkatkan lagi keandalan dalam aplikasi.

En. Tan Kok Choon, Pengurus Besar Jualan Asia Tenggara untuk Hitachi Cooling & Heating menyatakan: "Tatkala Asia Tenggara muncul sebagai hab pusat data global, kami menerima pertanyaan berhubung sumber air dan elektrik yang terhad di rantau ini. Sebagai respons, pendingin berkecekapan tinggi kami mempunyai pemampat dan penukar haba yang canggih untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Bagi pemuliharaan air, terutamanya di kawasan tepi pantai, kami menawarkan pilihan pemeluwap — seperti tiub kuprum-nikel, titanium dan keluli tahan karat — yang mengupayakan penyejukan air laut. Ini dapat meminimumkan penggunaan air tawar dan mengelakkan pergantungan pada sistem dingin udara yang kurang cekap, seterusnya mengurangkan penggunaan elektrik secara keseluruhan."

Memaksimumkan kecekapan dalam pembangunan pusat data Asia Tenggara yang pesat

Pasaran pusat data di Asia Tenggara sedang mengalami pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelum ini. US-ASEAN Business Council mengunjurkan permintaan akan meningkat pada CAGR 20% menjelang tahun 2028, manakala Projek Perubahan Iklim dan Tenaga ASEAN menganggarkan pasaran akan mencecah USD 11.80 bilion menjelang tahun 2030. Lonjakan ini menonjolkan keperluan yang mendesak terhadap kecekapan tenaga, dengan pendingin memainkan peranan penting dalam mengekalkan suhu optimum dan prestasi pendinginan.

Penyelesaian HVAC canggih yang baharu untuk kemampanan pusat data

Pendingin Siri S, VG dan VM Hitachi menawarkan pendinginan yang cekap sehingga 13.8 ACCOP. Teknologi berpaten meningkatkan kecekapan motor dan pemampat, manakala bahan penyejuk GWP rendah mengurangkan lagi impak terhadap alam sekitar.

Pendingin Siri S, yang mempunyai pemampat tunggal sehingga 3,500RT, mengintegrasikan pemampat dua peringkat dan teknologi Pacuan Frekuensi Boleh Ubah untuk ketepatan pendinginan dan kecekapan tenaga yang dipertingkat.

Siri VG menggunakan motor berkelajuan tinggi dengan pemacu pendesak dua peringkat langsung yang meningkatkan kecekapan sebanyak 1.5% untuk motor dan 4% untuk pemampat. Dibina untuk keandalan 24/7, ia dimulakan semula secara automatik dalam masa seminit selepas sehingga lima penurunan voltan, menjadikannya amat sesuai sebagai penyelesaian pendinginan untuk pusat data misi kritikal.

Siri VM membawakan reka bentuk bebas minyak dengan bearing apungan magnetik yang menawarkan kecekapan yang tinggi melalui geseran yang dikurangkan, keandalan yang dipertingkat dengan menghapuskan kegagalan berkaitan minyak dan keperluan penyelenggaraan lebih rendah yang disebabkan oleh haus komponen yang minimum.

Pendinginan jitu dengan Sistem VRF

Bagi memenuhi keperluan khusus seperti kawalan kelembapan di bilik pelayan dan keselesaan yang dipertingkat di ruang pejabat, Sistem VRF (Aliran Bahan Penyejuk Boleh Ubah) Hitachi menawarkan penyelenggaraan yang dipermudah dan integrasi lancar yang melengkapi pendingin tradisional. Ini memberikan kawalan suhu yang tepat, kecekapan tenaga yang unggul melalui SmoothDrive® dan konfigurasi unit dalaman yang fleksibel bagi memenuhi pelbagai keperluan pendinginan pejabat dan infrastruktur.

Kajian kes: Penyelesaian HVAC andal untuk keperluan pusat data kritikal

Penyedia awan AS terkemuka yang berkembang di Hong Kong memilih pendingin Siri VG Hitachi lantaran kecekapan tenaga dan keandalan operasi 24/7, terutamanya ciri permulaan semula automatik yang pantas. Di Indonesia, penyedia teknologi Jepun yang terkemuka menerima pakai siri Top Flow VRF air365 Max lantaran permulaan semulanya yang pantas, lalu memberikan kawalan yang tepat dan integrasi lancar untuk pusat data kompak.

Ketahui lebih lanjut dan hubungi kami di sini untuk demo. 

[1] Produk Hitachi Cooling & Heating dikilangkan dan dijual oleh Bosch Home Comfort Group.

[2] Spesifikasi produk mungkin berbeza mengikut model. Sila hubungi wakil jualan untuk maklumat terkini.

Bosch Home Comfort Group ialah penyedia bertaraf global bagi penyelesaian pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC) yang cekap dengan portfolio produk inovatif yang disesuaikan dengan keperluan serantau. Susulan pemerolehan perniagaan HVAC kediaman dan komersial ringan daripada Johnson Controls dan Usaha Sama Penyamanan Udara Johnson Controls-Hitachi pada Ogos 2025, syarikat ini menyatukan portfolio jenama-jenama global dan serantau yang komprehensif, termasuk Bosch, Buderus, Hitachi dan YORK®. Bosch Home Comfort Group menggaji lebih daripada 25,000 pekerja di seluruh dunia dan mempunyai kehadiran pasaran yang kukuh di Amerika, Asia dan Eropah / Timur Tengah / Afrika, dengan rangkaian global yang terdiri daripada 33 tapak pengeluaran serta 26 pusat pembangunan (termasuk kepentingan minoriti). Menerusi pemerolehan ini, jualan Bosch Home Comfort Group hampir berganda saiznya kepada lebih daripada lapan bilion euro.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.bosch-homecomfortgroup.com

Imej 01: Produk Penyelesaian Pusat Data Hitachi (Sumber: Bosch Home Comfort Group)
Imej 01: Produk Penyelesaian Pusat Data Hitachi (Sumber: Bosch Home Comfort Group)

 

Imej 02: Produk Penyelesaian Pusat Data Hitachi (Sumber: Bosch Home Comfort Group)
Imej 02: Produk Penyelesaian Pusat Data Hitachi (Sumber: Bosch Home Comfort Group)

 

Source: Bosch Home Comfort Group
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics HVAC