omniture

Telefon Boleh Lipat Andalan Ketengahkan Pelancaran Produk Huawei di Dubai

HUAWEI
2025-11-26 15:00 161

SHENZHEN, China, 26 November 2025 /PRNewswire/ -- Huawei akan menganjurkan acara pelancaran produk andalan "Unfold the Moment" pada 11 Disember 2025 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Acara ini akan menyaksikan pelancaran produk-produk rintis seperti telefon pintar boleh lipat generasi akan datang HUAWEI Mate X7, fon putik TWS terbuka HUAWEI FreeClip 2, HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN dan HUAWEI MatePad 11.5 S.

Flagship Foldable Phone to Highlight Huawei's Product Launch in Dubai
Flagship Foldable Phone to Highlight Huawei's Product Launch in Dubai

"Unfold the Moment" ("Serlahkan Detik Ini") bukan sahaja merujuk kepada pembukaan peranti boleh lipat, tetapi juga kepada pengalaman memperkayakan yang dibawakan oleh produk-produk yang inovatif.

Huawei melancarkan telefon boleh lipat pertamanya, HUAWEI Mate X pada tahun 2019 dan dalam tempoh tujuh tahun sejak itu, ia menerajui hala tuju teknologi lipat, memacu inovasi dalam reka bentuk, keandalan serta pengalaman pengguna. Syarikat ini memegang 70% bahagian pasaran di pasaran telefon boleh lipat China pada separuh pertama tahun 2025, menurut laporan International Data Corporation (IDC), menduduki tempat pertama dengan lebih sepuluh juta peranti dihantar. HUAWEI Mate X7 membawakan teknologi dwilipat perintis, keandalan yang dipertingkat, di samping fotografi mudah alih yang setanding dengan telefon pintar tidak boleh lipat yang terbaik.

Acara pelancaran ini akan turut memperkenalkan fon putik HUAWEI FreeClip 2, yang meneruskan legasi mendengar lut udara daripada rangkaian produk HUAWEI FreeClip, namun dengan peningkatan yang ketara dari segi kualiti audio, keselesaan pemakaian serta keserbagunaan. Ini dapat memastikan keupayaan mendengar sepanjang hari yang lebih jelas dan juga lebih selesa. HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN, yang juga bakal dilancarkan, didatangkan dengan reka bentuk canggih yang memanfaatkan bahan premium serta menyokong sejumlah besar ciri termaju.

Satu lagi sorotan penting di acara pelancaran ini ialah pengenalan kepada HUAWEI MatePad 11.5 S, kemuncak bagi kehandalan Huawei dalam industri tablet sejak tahun 2014, dengan paparan PaperMatte baharu dan lebih baik yang ideal untuk kerja dan belajar semasa dalam perjalanan.

Didorong oleh dedikasi terhadap pengalaman pengguna, usaha Huawei dalam mengejar inovasi membawanya ke peringkat paling maju dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menghasilkan aliran kemajuan transformatif yang berterusan. Huawei berharap dapat berpadu tenaga dengan pengguna di seluruh dunia untuk "Serlahkan Detik Ini", seterusnya mendepani dan membentuk kemungkinan yang luar biasa dalam dunia yang dipenuhi teknologi pada masa akan datang.

Source: HUAWEI
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services