QINGDAO, China, 26 November 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah global, sekali lagi menduduki tempat No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan ke atas dengan bahagian penghantaran sebanyak 56.6% serta dalam segmen TV Laser dengan bahagian penghantaran sebanyak 68.9% pada Suku Ketiga 2025, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Omdia. Keputusan ini mengesahkan sekali lagi kepimpinan industri Hisense yang didorong oleh inovasi berterusan serta pemahaman yang mendalam tentang keperluan pengguna.
Sebagai Pengasas bagi RGB MiniLED, Hisense terus menetapkan standard baharu bagi teknologi paparan skrin besar. Disokong oleh penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas yang mantap, teknologi RGB MiniLED Hisense memberikan warna asli dan terang yang belum pernah terjadi sebelum ini — dikuasakan oleh kecerahan dan ketepatan luar biasa yang menghidupkan setiap adegan dengan realisme yang menakjubkan dan kedalaman emosi. Inovasi ini melangkaui kualiti warna dan gambar — menjadikan teknologi lebih bersifat manusiawi, lalu mengubah setiap detik menonton, berkongsi dan bersantai menjadi pengalaman yang lebih beraneka dan lebih terhubung secara emosi untuk keluarga di serata dunia.
Hisense terus mendahului pasaran TV Laser — seperti yang dibuktikan oleh keputusan UST Projector Showdown 2025 yang terkini. Hisense L9Q menduduki tempat teratas bagi Penggunaan Bilik Bercampur, Teater Khusus dan Kualiti Gambar Keseluruhan, manakala PX3-PRO dianugerahkan sebagai Pilihan Nilai Terbaik #1 dan turut menduduki kedudukan yang tinggi bagi prestasi gambar.
Menerusi kolaborasi bersama Devialet, L9Q menawarkan pengalaman pawagam rumah yang mewah dengan tayangan sehingga 200-inci, 5,000 lumen ANSI, nisbah kontras 5,000:1 serta pensijilan IMAX Enhanced dan Dolby Vision — yang benar-benar membawa pawagam ke rumah.
Bermula daripada teknologi hingga ke pasaran, Hisense terus mendahului evolusi industri ini menuju kualiti yang lebih tinggi dan inovasi yang lebih hebat. Dengan menguasai teknologi teras dan mengubahnya menjadi produk yang meningkatkan standard hiburan rumah global, Hisense bukan sahaja membentuk apa yang ditonton oleh orang ramai — tetapi juga bagaimana dunia membayangkan masa depan paparan.
Latar Belakang Hisense
Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna yang beroperasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki tempat No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan ke atas (2023-S3 2025). Sebagai penaja rasmi FIFA World Cup 2026™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.