omniture

Korean Temple Food: Budaya Masak-memasak Lestari Diiktiraf Di Peringkat Global

Cultural Corps of Korean Buddhism
2025-11-26 23:00 191

Korean Temple Food, Dinamakan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kebangsaan, Memperluas Jangkauan Globalnya Melalui Acara Antarabangsa dan Diplomasi Budaya

SEOUL, Korea Selatan, 26 November 2025 /PRNewswire/ -- Korean Temple Food (Makanan Tokong Korea), yang bertunjangkan kebijaksanaan agama Buddha Korea selama 1,700 tahun, mendapat perhatian global yang baharu susulan penetapannya baru-baru ini sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kebangsaan oleh kerajaan Korea. Lebih daripada sekadar masakan vegetarian, hidangan makanan tokong menggambarkan falsafah yang menumpukan rasa hormat terhadap semua kehidupan, kesederhanaan dan juga kesyukuran. Kaedah-kaedah penyediaannya yang berasaskan tumbuhan menonjolkan rasa semula jadi ramuan bermusim dan mendorong keharmonian antara alam semula jadi dan juga insan—nilai-nilai yang semakin sejajar dengan tumpuan global pada hari ini terhadap kemampanan dan kehidupan sepenuh perhatian. 

Photo of Balwoo Gongyang
Photo of Balwoo Gongyang

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran interaktif penuh di sini: https://www.multivu.com/cultural-corps-of-korean-buddhism/936875-en-korean-temple-food-globally-recognized-sustainable-culinary-culture

Bagi berkongsi kedalaman nilai budaya dan kerohanian makanan tokong bersama masyarakat antarabangsa, Kor Kebudayaan Buddhisme Korea menganjurkan tiga acara global yang besar pada tahun ini—bermula daripada festival berskala besar dan simposium akademik hinggalah inisiatif diplomasi budaya di luar negara.

Pada bulan Jun, Festival Makanan Tokong Korea ke-4 telahpun diadakan di aT Center di Seoul yang merupakan festival terbesar seumpamanya dalam tempoh sedekad. Sebelas tokong dari seluruh Korea mengambil bahagian bagi menawarkan beraneka jenis program, termasuk ceramah, bengkel amali dan demonstrasi yang diketuai oleh enam sami dan biarawati utama (Sunim) yang pakar dalam masakan tokong. Acara ini menarik minat lebih daripada 20,000 pelawat selama dua hari. Khususnya, sebanyak 47% hadirin berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an, satu penunjuk kukuh berkenaan minat yang semakin meningkat terhadap budaya makanan berasaskan tumbuhan yang lestari dalam kalangan generasi muda.

Pada bulan Ogos, Simposium Akademik Antarabangsa Makanan Tokong diadakan di Muzium Istana Negara Korea di Seoul yang menghimpunkan pakar-pakar dari Korea, Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali dan juga China untuk membincangkan "Potensi Makanan Tokong sebagai Budaya Masak-memasak yang Lestari." Brendan R. Walsh, dekan The Culinary Institute of America, menekankan kepentingan Ogwan-ge (Five Contemplations)—renungan Buddha yang dibaca sebelum makan bagi memahami erti gongyang (penawaran)—dengan menyatakan bahawa "prinsip-prinsipnya berkait langsung dengan teras amalan masak-memasak dan masa depannya." Beliau menambah bahawa "jawapannya terletak pada makanan tokong" dan menunjukkan minat untuk menerapkan nilai-nilainya ke dalam kurikulum CIA.

Mulai penghujung Oktober hingga awal November, acara Diplomasi Kebudayaan Antarabangsa Makanan Tokong di Paris, Perancis dan London, UK, memperkenalkan secara langsung semangat kontemplatif makanan tokong kepada pakar gourmet dan pempengaruh di Eropah.

Di Perancis, salad ala Korea 'Deodeok Beomuri' (Deodeok Perap (akar bunga loceng Korea)) yang dipersembahkan oleh Temple Food Artisan Venerable Yeogeo Sunim mendapat sambutan yang hebat di sebuah majlis makan malam yang dihoskan oleh Kedutaan Republik Korea di Perancis, sempena memperingati ulang tahun ke-140 hubungan diplomatik antara Korea dan Perancis pada tahun depan. Di UK, kedalaman makanan tokong disampaikan melalui 'Minggu Makanan Tokong Korea' yang dianjurkan bersama Korean Cultural Centre UK dan Le Cordon Bleu London. Yang Mulia Yeogeo Sunim menyampaikan syarahan di kampus Le Cordon Bleu London dan Pakar Makanan Tokong Yang Mulia Jeong Kwan Sunim yang amat terkenal dengan pendekatan kontemplatifnya serta penampilannya di Chef's Table Netflix, memaparkan sifat batasan dan meditatif makanan tokong dengan menganjurkan majlis makan tengah hari dan restoran sementara di restoran hidangan pesona 'CORD by Le Cordon Bleu.' Emil Minev, Dekan Le Cordon Bleu London, mengulas, "Makanan tokong merupakan amalan masak-memasak yang merangkum keharmonian dengan alam semula jadi dan rasa hormat terhadap kehidupan dan saya benar-benar menyokong usaha masa depan Kor Kebudayaan untuk mendaftarkan makanan tokong dengan UNESCO."

Sementara itu, Kor Kebudayaan meneruskan diplomasi kebudayaannya sejak menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) tiga pihak dengan Korean Cultural Centre UK dan Le Cordon Bleu London pada April 2021, menganjurkan ceramah dan demonstrasi Makanan Tokong Korea secara berkala dalam Program Seni Kulinari Berasaskan Tumbuhan Le Cordon Bleu.

Makanan tokong merupakan satu budaya masak-memasak Korea yang unik dan merangkum semangat agama Buddha dalam menghormati kehidupan serta kesederhanaan dan kini ia mengambil langkah pertamanya ke arah inskripsi sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO. Kor Kebudayaan menyatakan, "Kami berharap agar makanan tokong akan berkembang menjadi model kehidupan lestari dan kesejahteraan rohani yang diiktiraf" dan menambah, "Kami akan terus memupuk pertukaran global dalam budaya makanan berasaskan tumbuhan dan lestari yang menghubungkan Korea dan dunia."

Di tengah-tengah minat global ini, pelawat ke Korea boleh merasai sendiri makanan tokong di lokasi-lokasi utama yang dikendalikan oleh Kor Kebudayaan Buddhisme Korea. Di 'Korean Temple Food Center', Insadong, Seoul, mereka boleh mempelajari tentang makanan tokong melalui bengkel pengenalan selama sehari yang dirancang untuk peserta antarabangsa. Di 'Balwoo Gongyang,' iaitu restoran makanan tokong berbintang Michelin yang pertama di dunia, pelawat boleh menikmati intipati makanan tokong melalui sajian lengkap yang dibuat dengan ramuan bermusim yang segar.

Semangat penyembuh, bersifat kontemplatif dan kebijaksanaan kehidupan lestari yang disampaikan oleh semangkuk makanan kini tersebar ke seluruh dunia.

Pertanyaan:

Korean Temple Food Center (edu.koreatemplefood.com / +82-2-733-4650)

Balwoo Gongyang (eng.balwoo.or.kr / +82-2-733-2081)

Venerable Yeogeo gave a lecture at the Le Cordon Bleu London Campus
Venerable Yeogeo gave a lecture at the Le Cordon Bleu London Campus

Source: Cultural Corps of Korean Buddhism
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Food/Beverages Travel Broadcast feed announcements New products/services