HANGZHOU, China, 27 November 2025 /PRNewswire/ -- BMW Group memberikan lesen secara rasmi bagi dua konsep mikromobilitinya kepada rakan kongsi, LUYUAN Group, semasa majlis menandatangani perjanjian pada hari ini. Konsep berlesen ini, "Dynamic Cargo" ("Kargo Dinamik") dan "Clever Commute" ("Ulang-Alik Bijak") dibangunkan oleh BMW Group bagi menangani cabaran dalam mobiliti bandar.
"Dynamic Cargo" ialah basikal kargo beroda tiga elektrik gaya "pikap" yang mengekalkan ketangkasan basikal konvensional sekali gus menawarkan pilihan pengangkutan yang inovatif dan selamat, selain ditingkatkan dengan sistem perlindungan cuaca modular pilihan. "Clever Commute" pula merupakan skuter tendang elektrik "batuan akhir" yang sempurna, direka untuk dilipat dengan mudah agar boleh dibawa dalam pengangkutan awam atau di dalam kereta tanpa menjejaskan kestabilan tunggangan.
LUYUAN berhasrat untuk memanfaatkan teknologi berlesen ini bagi membangunkan kenderaan mobiliti ringan untuk pelbagai senario mobiliti bandar dan menembusi pasaran global di bawah jenama-jenamanya sendiri.
Sebagai perintis dalam industri kenderaan dua roda elektrik China, LUYUAN komited terhadap konsepnya untuk "mencipta mobiliti ringan yang lebih baik melalui teknologi". Setakat ini, LUYUAN menyediakan penyelesaian mobiliti ringan kepada lebih 30 juta pengguna di lebih 80 negara dan wilayah.
Dr. Jochen Karg, Ketua Konsep Kenderaan dalam BMW Group, menyatakan: "Kami dengan sukacitanya memberikan hak konsep Dynamic Cargo dan Clever Commute kepada Luyuan yang merupakan sebahagian daripada inisiatif kami yang memfokuskan pada masa depan mobiliti bandar. BMW Group berkolaborasi dengan bandar-bandar selama bertahun-tahun dan memahami pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kawasan bandar, termasuk emisi CO2, kesesakan lalu lintas dan ruang awam yang terhad. Melalui pendekatan kolaboratif kami, kami bermatlamat untuk menyumbang kepada sistem pengangkutan mesra bandar dengan meningkatkan kesalinghubungan mobiliti bandar, mempromosikan penyelesaian mikromobiliti untuk batuan akhir dan menggalakkan perubahan tingkah laku mobiliti."
Cik Hu Jihong, Ketua Pegawai Eksekutif LUYUAN Group, menyatakan: "Perkongsian bersama BMW Group ini merupakan satu langkah yang penting dalam strategi global kami. Kami membina sebuah ekosistem teknologi dengan menggabungkan keupayaan dalaman kami dengan rakan kongsi bertaraf dunia. Bagi memastikan produk-produk kami memenuhi piawaian Eropah yang ketat, kami melantik studio inovasi BMW Group, Designworks dan firma kejuruteraan Jerman dalam sistem pembekal BMW—— Faissner Petermeier Fahrzeugtechnik AG bagi tujuan pembangunan produk di Munich. Pendekatan ini menggabungkan 'Pembuatan Pintar' China dengan teknologi rakan kongsi bagi menyampaikan produk-produk yang hebat dan disesuaikan secara tempatan kepada pelanggan di seluruh dunia."