![]() |
Industri rangkaian mudah alih, dengan sokongan GSMA, menyeru agar rangka kerja dasar yang diselaraskan, berasaskan risiko dan lebih kolaboratif dilaksanakan bagi memperkukuh ketahanan siber di peringkat global.
DOHA, Qatar, 27 November 2025 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini menerbitkan satu kajian bebas baharu bertajuk "Kesan Peraturan Keselamatan Siber ke atas Pengendali Rangkaian Mudah Alih (The Impact of Cybersecurity Regulation on Mobile Operators)", yang mendedahkan bahawa pengendali mudah alih kini membelanjakan antara AS$15–19 bilion setahun bagi aktiviti teras keselamatan siber — jumlah yang dijangka meningkat kepada AS$40–42 bilion menjelang tahun 2030. Walaupun pelaburan besar ini, pengendali rangkaian mudah alih, tulang belakang ekonomi digital di seluruh dunia terus terkesan oleh peraturan yang lemah reka bentuknya, tidak selaras atau terlalu preskriptif. Keadaan ini membawa kepada kos yang tidak perlu, mengalihkan sumber daripada usaha mitigasi risiko yang sebenar, dan dalam sesetengah keadaan turut meningkatkan pendedahan terhadap ancaman siber.
Michaela Angonius, Ketua Dasar dan Peraturan GSMA, berkata: "Rangkaian mudah alih ialah nadi utama dunia digital. Ketika ancaman siber semakin kompleks, pengendali sudah pun melabur besar untuk melindungi pengguna dan masyarakat – tetapi peraturan perlu menjadi pemangkin, bukan penghalang. Laporan ini menunjukkan bahawa rangka kerja keselamatan siber paling berkesan apabila ia selaras, berasaskan penilaian risiko dan dibina atas kepercayaan. Jika digubal tanpa teliti, peraturan bukan sahaja membebankan, malah boleh mengalihkan tumpuan daripada usaha keselamatan sebenar kepada sekadar memenuhi syarat di atas kertas."
Perspektif global
Dibangunkan dengan kerjasama Frontier Economics, laporan ini berdasarkan analisis ekonomi serta temubual dengan pengendali dari rantau Afrika, Asia Pasifik, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Amerika Utara. Laporan ini menekankan cara perubahan pantas dalam ancaman siber meningkatkan kos dan kerumitan bagi pengendali mudah alih di seluruh dunia, menjadikan kerjasama antara kerajaan di pelbagai bidang kuasa dan penglibatan dengan industri sebagai elemen penting untuk mengelakkan kos tidak perlu bagi pengendali yang beroperasi di pelbagai pasaran.
Ketidakselarasan dasar membebankan secara tidak perlu:
Kajian ini mengenal pasti pelbagai cabaran di pasaran, termasuk:
Seorang pengendali melaporkan bahawa sehingga 80% masa pasukan operasi keselamatan siber mereka dihabiskan untuk audit dan tugasan pematuhan, bukannya untuk pengesanan ancaman atau tindak balas insiden.
Walaupun menghadapi tekanan ini, pengendali menekankan bahawa memastikan rangkaian mudah alih selamat dan terjamin adalah keutamaan bagi pelanggan mereka serta masyarakat secara keseluruhan dalam dunia yang semakin bersambung secara digital.
Enam prinsip untuk peraturan keselamatan siber yang berkesan:
Laporan ini menggariskan rangka kerja panduan untuk kerajaan dan pembuat dasar membina sistem keselamatan siber yang lebih selamat dan efisien, serta merangka dasar keselamatan siber berdasarkan enam prinsip utama:
Laporan ini memberi amaran bahawa pendekatan unilateral dan bercelaru meningkatkan kelemahan serta mewujudkan ketidakcekapan bagi pengendali global.
Michaela Angonius menambah: "Keselamatan siber adalah tanggungjawab bersama. Bagi melindungi rakyat dan perkhidmatan masyarakat yang kritikal, pengawal selia dan pengendali perlu bekerjasama dengan berpandukan satu set prinsip bersama. Apabila dasar jelas dan berfokus kepada hasil, keseluruhan ekosistem digital menjadi lebih selamat."
Seruan untuk tindakan global yang diselaraskan:
Industri mudah alih, dengan sokongan GSMA, menyeru kerajaan dan pengawal selia untuk mengurangkan beban tidak perlu ke atas pengendali mudah alih dengan bekerjasama dan membangunkan rangka kerja serta mekanisme yang dipercayai, yang menyokong inovasi dan memastikan rangkaian mudah alih kekal selamat, tahan lasak dan mampu menyokong perkhidmatan digital yang semakin menjadi keperluan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut dan mengakses laporan penuh, lihat di sini.
Maklumat tentang GSMA
GSMA ialah sebuah organisasi global yang menyatukan ekosistem mudah alih untuk meneroka, membangunkan dan menyampaikan inovasi yang menjadi asas kepada persekitaran perniagaan yang positif dan perubahan dalam masyarakat. Visi kami adalah untuk membuka sepenuhnya kuasa penyambungan agar orang ramai, industri dan masyarakat dapat berkembang maju. Mewakili operator mudah alih dan organisasi di seluruh ekosistem mudah alih dan industri berdekatan, GSMA memberikan manfaat kepada ahlinya melalui tiga tonggak utama: Penyambungan untuk Kebaikan, Perkhidmatan dan Penyelesaian Industri dan Jangkauan. Aktiviti ini merangkumi memajukan dasar, menangani cabaran masyarakat terbesar hari ini, menyokong teknologi dan kebolehoperasian yang menjadikan peranti mudah alih berfungsi dan menyediakan platform terbesar di dunia untuk mengumpulkan ekosistem mudah alih dalam siri acara MWC dan M360.
Kami menjemput anda untuk mengetahui lebih lanjut di gsma.com.
Maklumat tentang Frontier Economics
Frontier Economics ialah firma perundingan ekonomi khusus bertaraf antarabangsa, yang menggunakan prinsip ekonomi untuk memberikan nasihat dan analisis yang jelas mengenai isu-isu kompleks kepada banyak syarikat terbesar di dunia, pengawal selia sektor terkemuka, jabatan kerajaan dan organisasi antarabangsa. Dengan lebih 350 kakitangan di Dublin, Amsterdam, Berlin, Brussels, Cologne, London, Madrid, Paris dan Prague, Frontier Economics ialah salah satu firma perundingan ekonomi terbesar dan paling berpengaruh di Eropah, dengan pakar merentasi pelbagai industri termasuk pasaran digital, telekomunikasi, tenaga, pengangkutan, pos, air dan kesihatan. Frontier bekerjasama rapat dengan syarikat kembarnya yang beroperasi secara berasingan dari segi perundangan, iaitu Frontier Economics Australia.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1882833/5642042/GSMA_Logo.jpg?p=medium600