TIANJIN, China, 27 November 2025 /PRNewswire/ -- DAHON, pembuat basikal lipat yang terbesar di dunia, memulakan penampilan sulung perdagangan Hong Kong menerusi IPO subsidiarinya, DAHON Tech (Kod Saham: 02543.HK), di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong.
Dengan kadar lebihan langganan sebanyak 7,558 kali, pengamal media mengiktirafnya sebagai penyenaraian paling terlebih langgan seumpamanya di Hong Kong.

Dr. David Hon, founder and CEO of DAHON, rings the Listing Gong
Kejayaan penyenaraian ini mendorong DAHON dengan asas modal yang lebih kukuh untuk memajukan misinya dalam inovasi mobiliti hijau. Inisiatif utama pertamanya memerlukan perikatan yang strategik dengan Golden Wheel Group bagi menubuhkan sebuah syarikat baharu Dagold Technology di Tianjin, China.

Dr. Hon and the CEO of Golden Wheel Group at the Grand Opening of Dagold Technology

Dr. Hon and the CEO of Golden Wheel Group at the Grand Opening of Dagold Technology
Kilang baharu ini akan menawarkan kelebihan kos serantau bagi mengilangkan barisan produk aras permulaan, lantas membolehkan DAHON memperluas jangkauan pasarannya dan memenuhi pelbagai keperluan pengguna.
Bagi memaksimumkan nilai bagi pihak berkepentingannya, DAHON mengumumkan trajektori pertumbuhannya dalam tiga hala tuju teras:
- Membina Pasukan Elit Global
Bagi melibatkan firma-firma perunding antarabangsa yang terkemuka untuk memperkukuh kehadiran jenama global, strategi pemasaran digital dan perancangan yang komprehensif untuk mengusahakan pengaruh pasaran yang lebih kukuh.
- Penaiktarafan Teknologi dan Pemupukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Bagi memantapkan inisiatif pembangunan bakat dengan perkongsian yang diperkukuh dengan universiti-universiti yang bertujuan untuk memupuk golongan profesional berkaliber tinggi dalam pembuatan basikal.
- Pengembangan Ekosistem Teknologi DELTECH
Teknologi DELTECH proprietari DAHON meningkatkan ketegaran rangka basikal dengan ketara, menawarkan kelebihan daya saing dari segi kelajuan dan prestasi. Teknologi yang dipatenkan ini akan berfungsi sebagai asas untuk meningkatkan semua barisan produk ke peringkat seterusnya.
- Peluang Kolaboratif dalam Industri
Meneruskan perkongsian yang aktif dengan syarikat-syarikat terkemuka di seluruh dunia dalam beberapa bidang utama:
- Institusi R&D untuk kerjasama teknikal.
- Pengedar dan Ejen untuk hak produk eksklusif dan peluang penjenamaan bersama.
- Pembekal Berkualiti Tinggi untuk mengukuhkan rantaian bekalannya dan meningkatkan standard perkhidmatan.
- Pengambilan Golongan Profesional Berbakat
Dengan tiga orang berkelulusan PhD yang sudahpun terlibat dalam Pasukan R&D DAHON, DAHON berusaha untuk menarik bakat penyelidikan dan pengurusan yang cemerlang di peringkat global, komited terhadap pembangunan globalnya.
Mengapa Pilih DAHON?
- Mendahului Pasaran: Menduduki kedudukan pertama bagi jualan basikal lipat global pada tahun 2024 dan memegang paten basikal lipat terbanyak di China.
- Kebingkasan Terbukti: Prestasi yang kukuh walaupun dalam pasaran mencabar yang memperlihatkan keteguhannya.
- Pengendorsan Modal: Kejayaan penyenaraian di Hong Kong memiliki barisan pelabur asas yang kukuh dan aliran tunai yang besar.
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
DAHON Marketing
Emel: marketing@dahon.com