omniture

Himel Pacu Pertumbuhan Global dengan Pelancaran ALTIVO, Majukan Visi Memperkasakan Infiniti

Himel
2025-11-28 14:02 6

HONG KONG, 28 November 2025 /PRNewswire/ -- Himel, pengilang dan pembekal produk elektrik yang diiktiraf di peringkat global, memperkukuh kehadirannya dalam segmen elektrik rumah premium menerusi pelancaran global siri peranti pendawaian ALTIVO. Sejak tahun 2024, ALTIVO berjaya dilancarkan di seluruh Bahrain, UAE, Kenya, Oman, Arab Saudi, Yaman, Indonesia dan Malaysia, memperoleh tarikan pasaran yang kukuh lantaran gabungan antara estetika moden, ketahanan jangka panjang dan prestasi elektrik andal yang seterusnya memantapkan kedudukan Himel sebagai jenama yang dipercayai untuk persekitaran kediaman dan juga komersial.

Himel launches ALTIVO across global markets
Himel launches ALTIVO across global markets

Momentum ALTIVO yang semakin meningkat menggambarkan peralihan global ke arah peranti pendawaian yang memberikan ciri estetika moden, keselamatan yang andal dan kebolehgunaan harian yang dipertingkat. Direkayasa dengan plat amat nipis yang rata sepenuhnya, lima pilihan warna kontemporari dan lebih daripada 80 modul fungsian, siri ini direka untuk diintegrasikan dengan lancar ke dalam rumah moden, kawasan hospitaliti dan pembangunan komersial. Hasilnya ialah rangkaian pendawaian yang menggabungkan ketepatan reka bentuk dengan integriti elektrik yang mantap — tawaran yang semakin dicari-cari dalam pasaran yang berkembang pesat.

"Penerimagunaan ALTIVO yang pesat merentas pelbagai wilayah menonjolkan perubahan sejagat dari segi bagaimana pengguna dan pembangun berfikir mengenai reka bentuk elektrik," kata Wenjie Qi, Pengurus Besar Perniagaan Antarabangsa di Himel. "Orang ramai tidak lagi memilih antara estetika dan keselamatan — mereka mengharapkan kedua-duanya. ALTIVO menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang berkualiti tinggi, direka dengan baik dan mudah diakses untuk kehidupan moden."

ALTIVO’s stylish, safety-focused wiring devices for modern living spaces
ALTIVO’s stylish, safety-focused wiring devices for modern living spaces

Jejak global Himel yang semakin meluas disokong oleh misinya sejak dahulu lagi untuk menjadikan penyelesaian elektrik yang andal dan direka bentuk dengan baik dapat diakses oleh khalayak yang lebih luas. Ditubuhkan di Sepanyol pada tahun 1958 — Himel membawakan estetika warisan yang terus membentuk pendekatannya terhadap elektrik rumah moden. Asas ini memperteguh falsafah Memperkasakan Infiniti (Powering Infinity) Himel bagi membolehkan orang ramai, perniagaan dan komuniti mencapai potensi mereka dengan sistem elektrik yang selamat, lestari dan sedia mendepani masa depan.

"Bermula daripada koridor binaan dinamik Asia Tenggara hinggalah projek transformatif merentas Teluk dan Afrika Timur, siri ALTIVO adalah lebih daripada sekadar rangkaian produk — ia mencerminkan komitmen kami untuk meningkatkan ruang harian menjadi rumah impian dan pintar menerusi penyelesaian elektrik yang andal dengan reka bentuk mutakhir," kata Koon San Ang, Naib Presiden Jualan Antarabangsa di Himel.

Melangkah ke hadapan, Himel bermatlamat untuk memajukan komitmennya dalam memperkasakan persekitaran "rumah impian" moden di seluruh dunia. Laluan ke hadapan ini menggambarkan inisiatif Memperkasakan Infiniti Himel, seterusnya memperteguh komitmen terhadap inovasi yang berterusan dan nilai yang berkekalan untuk setiap ruang yang mendapat sentuhannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Himel dan siri ALTIVO, kunjungi: https://www.himel.com/gb 

 

Source: Himel
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Utilities Corporate Expansion