omniture

Ekspo Bandar Pintar Doha melabuhkan tirai dengan memperlihatkan hala tuju baharu bagi kehidupan bandar di Timur Tengah

Fira de Barcelona
2025-11-28 20:20 75

BARCELONA, Sepanyol, 28 November 2025 /PRNewswire/ -- Ekspo Bandar Pintar Doha berakhir pada 26 November selepas dua hari perbincangan mendalam tentang cara teknologi boleh mengubah bandar-bandar di Timur Tengah menjadi persekitaran yang lebih lestari dan selesa didiami. Sebagai acara utama yang membincangkan masa depan bandar di rantau MENA, penganjur kini bersiap untuk edisi kelima yang dijadualkan berlangsung pada 28–29 April 2026.

Next Smart City Doha will be held from April 28 to 29, 2026.
Next Smart City Doha will be held from April 28 to 29, 2026.

Edisi ke-4 Ekspo Bandar Pintar Doha, anjuran Fira de Barcelona bersama Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat (MCIT) Qatar, memberi tumpuan kepada impak teknologi AI mempengaruhi bidang seperti mobiliti, reka bentuk dan pengurusan bandar. Dengan tema "Melangkaui ketersambungan: laluan penyelesaian digital untuk masa depan yang lebih pintar dan berkembang maju", acara ini menghimpunkan lebih 30 pakar antarabangsa dan menampilkan empat sesi ucaptama utama: Kent Larson (MIT) membincangkan reka bentuk bandar berasaskan teknologi, Jesús Serrano mengetengahkan inovasi AI, Yang Berhormat Reem Al Mansoori berkongsi strategi transformasi bandar Qatar, manakala duta FIFA Ghanim Al-Muftah menyampaikan mesej inspirasi tentang ketabahan dan keterangkuman.

Penganjuran edisi tempatan SCE ini menyerlahkan peranan Qatar sebagai peneraju dalam pembangunan bandar pintar dan mampan di rantau MENA. Peranan penting ini terserlah melalui pelbagai projek nasional berskala besar yang menterjemahkan visi digital negara kepada pembangunan yang nyata. Lusail City, salah satu pembangunan bandar pintar paling maju di rantau ini, menggabungkan sistem data masa nyata, penyelesaian mobiliti pintar, dan perkhidmatan bandar bersepadu yang meningkatkan kualiti hidup serta kecekapan operasi. Begitu juga, Msheireb Downtown Doha menjadi daerah bandar pintar dan mampan pertama yang lengkap di Qatar, menggabungkan inovasi digital, kecekapan tenaga dan reka bentuk bandar berfokuskan manusia. Secara keseluruhan, contoh-contoh nyata ini menunjukkan cara Qatar membentuk persekitaran bandar yang bersedia untuk masa depan dan bergerak ke arah merealisasikan aspirasi dalam Wawasan Nasional Qatar 2030 serta Agenda Digital Negara 2030.

Pada tahun ini, Ekspo Bandar Pintar Doha telah ditampilkan di MWC25 Doha. Anjuran GSMA dengan kerjasama MCIT, acara MWC pertama di rantau MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara) ini menghimpunkan hampir 300 pemimpin pemikiran dan lebih 250 peserta pameran serta penaja sepanjang dua hari.

Ekspo Bandar Pintar di dunia

Diadakan setiap tahun di Barcelona, Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar ialah acara terkemuka dunia mengenai bandar pintar. SCE Doha ialah satu daripada edisi tempatan yang dianjurkan di luar Sepanyol pada tahun 2025, termasuk edisi di New York, Curitiba, Puebla, Santiago del Estero, Santiago de Chile, Kuala Lumpur, Cartagena de Indias dan Tomorrow.City di Shanghai.

Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2833694/Smart_City_Doha.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2826383/Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Fira de Barcelona
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Retail Trade show news Artificial Intelligence