BEIJING, 28 November 2025 /PRNewswire/ -- Sebuah pameran yang mempamerkan porselin putih Dehua China dibuka di sini pada hari Jumaat dan menarik minat seramai lebih 100 hadirin dari kedua-dua negara dan bermatlamat untuk mengetengahkan budaya tradisional Cina sekali gus menggalakkan pertukaran silang budaya.

Visitors view an artwork at an exhibition showcasing China's Dehua white porcelain in Los Angeles, the United States, Nov. 21, 2025. The exhibition opened here Friday, drawing over 100 attendees from both countries and aiming to highlight traditional Chinese culture while promoting cross-cultural exchange. Titled "The Aesthetics of Harmony: Blanc de Chine, Porcelain from Dehua," the exhibition featured around 100 finely crafted ceramic artworks and photographic pieces. (Photo by Qiu Chen/Xinhua)
Pameran ini, yang bertajuk "Estetika Harmoni: Blanc de Chine, Porselin dari Dehua," mempersembahkan sekitar 100 karya seni seramik yang halus buatannya dan juga karya fotografi. Menggabungkan teknik-teknik tradisional dengan konsep reka bentuk kontemporari, pameran ini mengetengahkan legasi budaya, keindahan seni dan juga semangat inovatif yang terangkum dalam seramik Dehua.
Berucap di acara ini, Huang Hongjiang, timbalan konsul besar China di Los Angeles, berkata porselin Dehua bukan sahaja mewakili tradisi budaya China yang wujud sejak dahulu lagi, bahkan mutu ketukangan modennya yang halus.
Huang berkata Rancangan Lima-Tahun ke-15 China yang akan datang menawarkan prospek yang luas bagi kerjasama yang saling menguntungkan dengan Amerika Syarikat dalam bidang perdagangan, pelaburan serta bidang-bidang lain, selain menyeru usaha bersama untuk meningkatkan pertukaran dan menyampaikan lebih banyak manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara.
Fang Junqin, ketua Daerah Dehua di Wilayah Fujian, tenggara China, berharap agar pameran ini akan memberi peluang kepada orang awam Amerika untuk menghargai keanggunan porselin Dehua dan estetika Timur yang terangkum.
Fred Stehle, seorang penduduk tempatan dari Whittier di Los Angeles County, memberitahu Xinhua bahawa produk porselin "sangat halus buatannya dan perinciannya teliti dan beraneka" serta menonjolkan gabungan antara tradisi, budaya dan ketukangan moden Cina.
"Kami benar-benar berminat dengan budaya Cina dan berharap dapat belajar lebih banyak lagi," katanya. "Kami juga berharap dapat melawat China lagi dalam masa terdekat."
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348511.html