omniture

Xinhua Silk Road: Syarikat gergasi industri timah China perluas kehadiran global dengan usaha inovatif

Xinhua Silk Road
2025-11-29 03:16 3

BEIJING, 29 November 2025 /PRNewswire/ -- Pengeluar timah bertapis yang terletak di Barat Daya China, Yunnan Tin Group (Holding) Co., Ltd. mempercepat langkahnya untuk meneroka pasaran timah global secara lebih mendalam dengan pertumbuhan yang dipacu inovasi pada masa ini.

Photo shows a panoramic view of the tin industry branch under Yunnan Tin Group (Holding) Co., Ltd. (Source: Yunnan Tin Group (Holding) Co., Ltd.)
Photo shows a panoramic view of the tin industry branch under Yunnan Tin Group (Holding) Co., Ltd. (Source: Yunnan Tin Group (Holding) Co., Ltd.)

Setelah menabur usaha selama seabad, syarikat gergasi industri timah China ini membina rantaian industri lengkap yang meliputi perlombongan, pemprosesan, peleburan, bahan timah, bahan kimia timah dan kitar semula yang berkaitan, seterusnya menjadikannya pengeluar timah bertapis yang terbesar di dunia dalam dua dekad yang lalu.

Pada masa kini, produk dan bahan daripada syarikat ini digunakan secara meluas dalam industri penerbangan, komunikasi 5G, bateri PV dan cip semikonduktor, lalu membolehkannya memperoleh tempat bertapak yang kukuh dalam industri timah global.

Sepanjang tahun 2021-2025, syarikat ini mewujudkan corak industri "4+2" yang mana bahan mentah logam bukan ferus, rantaian bekalan dan logistik, bahan baharu dan pemprosesan mendalam, serta pengurusan aset dan industri sokongan mempaksikan secara bersama perniagaan terasnya seiring dengan platform inovasi sains dan teknologi serta pemupukan bakat.

Sun Yong, pengerusi Yunnan Tin Group berkata bahawa corak industri sedemikian bukan sahaja memperteguh kelebihan sedia ada oleh syarikat ini, bahkan turut meletakkan asas yang kukuh untuk bidang-bidang yang berorientasikan masa depan. Sejak tahun 2021, syarikat ini menginkubasikan 17 lagi platform dan entiti inovasi peringkat negeri dan wilayah.

Justeru itu, beraneka jenis teknologi inovatif telahpun tercipta, termasuk teknologi yang menerobos hambatan dalam pateri bermutu tinggi, fluks pematerian, bahan sasaran ITO dan bahan berketulenan tinggi untuk semikonduktor.

Bagi tempoh lima tahun akan datang, Yunnan Tin Group telahpun merangka pelan tindakan pembangunan yang melaluinya sebuah kempen khas untuk mempertajam daya saingnya dalam sektor bahan bermutu sederhana dan tinggi akan dijalankan, ujar Sun.

Daripada mencapai kemajuan yang berasingan, syarikat ini menyasarkan kelebihan sistematik dan ketika ini beralih ke arah penciptaan nilai yang dipacu inovasi, menurut Sun.

Dalam era baharu, memanfaatkan prospek global untuk memenangi masa depan, mengambil bahagian dalam kerjasama Jalur dan Jalan serta mempercepat usaha antarabangsa merupakan segala usaha yang dilakukan oleh Yunnan Tin Group untuk memperluas kehadiran global.

Sun menonjolkan keutamaan dengan tiga aspek dalam hal ini, iaitu kerjasama yang menampilkan keterbukaan untuk mewujudkan susun atur industri global, pematuhan kepada pembangunan hijau termasuk membangunkan lombong hijau, pengeluaran bersih dan ekonomi kitaran, serta imej jenama yang mengutamakan kualiti.

Dengan objektif yang jelas dan produk berkualiti premium, Yunnan Tin Group bertekad untuk menjadi penyedia penyelesaian komprehensif yang terkemuka untuk industri timah dan indium global, tambah Sun.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348509.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Chemical Mining/Metals Publishing/Information Service General Manufacturing