omniture

Xinhua Silk Road: Mengapa UNESCO puji Wenzhou Timur China dua kali dalam tempoh hanya setengah bulan?

Xinhua Silk Road
2025-11-30 00:25 123

BEIJING, 30 November 2025 /PRNewswire/ -- Bandar Wenzhou yang terletak di Wilayah Zhejiang, timur China dipuji sebanyak dua kali oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) baru-baru ini atas pencapaian praktikalnya dalam pemeliharaan warisan budaya, integrasi budaya dan pelancongan, selain memacu pembangunan mampan dengan budaya.

Photo shows the UNESCO issues a certificate to Wenzhou City in east China's Zhejiang Province to commend its achievements in the preservation and inheritance of intangible cultural heritage.
Photo shows the UNESCO issues a certificate to Wenzhou City in east China's Zhejiang Province to commend its achievements in the preservation and inheritance of intangible cultural heritage.

Persidangan Kerjasama & Pembangunan Bandar Jalan Sutera Maritim 2025 dan Persidangan Ejen Pelancongan Antarabangsa telahpun diadakan baru-baru ini di Wenzhou. Sesi utama acara ini yang diadakan pada 19 November menarik minat lebih 300 peserta dari dalam dan luar negara.

Jalan Sutera Maritim sudah lama berperanan sebagai jambatan penting untuk perdagangan, dialog dan pertukaran budaya antara China purba dan dunia yang lebih luas, kata Ernesto Ottone Ramirez, penolong ketua pengarah kebudayaan di UNESCO dalam ucapan videonya dengan menyatakan bahawa Wenzhou, sebuah bandar yang berkembang maju lantaran perdagangan maritim selama lebih seribu tahun, merangkum semangat keterbukaan dan kesalinghubungan yang berkekalan ini.

Beliau mengesahkan sepenuhnya amalan sistematik Wenzhou dalam perlindungan warisan budaya, integrasi budaya dan pelancongan serta pembangunan mampan melalui platform-platform seperti Persidangan Kerjasama & Pembangunan Bandar Jalan Sutera Maritim.

Satu sijil daripada UNESCO dihantar ke Wenzhou dari Paris pada 3 November bagi menghargai sepenuhnya komitmen teguh yang ditunjukkan oleh bandar berkenaan dalam melindungi kemahiran tradisional tempatan dan menyatakan bahawa Wenzhou menunjukkan kecemerlangan khususnya dalam mewarisi dan melindungi warisan budaya yang berharga seperti pengetahuan sejarah dan tatabahasa Cina kuno, seterusnya memberikan sumbangan penting untuk memanfaatkan peranan budaya yang positif dalam menggalakkan pembangunan mampan.

Sebagai sebuah bandar bersejarah dan budaya yang terkenal di China, Wenzhou mempunyai sejarah tamadun lebih 5,000 tahun lamanya dan sejarah bandar berusia lebih 2,210 tahun. Ketika ini, ia mempunyai 35 barangan warisan budaya tidak ketara kebangsaan, 159 barangan warisan budaya tidak ketara wilayah dan 836 barangan warisan budaya tidak ketara perbandaran.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Wenzhou giat mempromosikan transformasi kreatif dan pembangunan inovatif terhadap usaha yang berkaitan dengan warisan budaya tidak ketara, mengadakan bengkel berkaitan serta pusat penyelidikan komunikasi antarabangsa dan mendorong integrasi warisan budaya tidak ketara ke dalam sistem pendidikan, serta penampilan budaya tempatan yang kerap di pentas antarabangsa dan sebagainya.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348535.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Publishing/Information Service Travel Trade show news