omniture

Shanghai Electric Lancar Sino-Pakistan Academy of Excellence for Engineers Pupuk Bakat "Jalur dan Jalan"

Shanghai Electric
2025-11-30 09:15

Menggalakkan kolaborasi industri-akademik dan pertukaran teknologi dan budaya Sino-Pakistan melalui pendidikan tenaga dan kejuruteraan elektrik antara disiplin

SHANGHAI, 30 November 2025 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK: 2727, SSE: 601727) melancarkan secara rasmi Sino-Pakistan Academy of Excellence for Engineers ("Akademi") pada 24 November sebagai satu inisiatif bersama oleh Shanghai Electric dan Shanghai Dianji University. Akademi ini bermatlamat untuk memupuk bakat kejuruteraan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa, antara disiplin dan serba boleh, di samping membina platform penting bagi tujuan pertukaran teknologi dan budaya antara China serta Pakistan.

Shanghai Electric Launches Sino-Pakistan Academy of Excellence for Engineers to Cultivate “Belt and Road” Talent
Shanghai Electric Launches Sino-Pakistan Academy of Excellence for Engineers to Cultivate “Belt and Road” Talent

Majlis pelancaran berlangsung dalam talian dan luar talian secara serentak di tiga lokasi kedua-dua negara. Wakil-wakil daripada projek lombong arang batu dan kuasa bersepadu Thar Block-I ("Projek Thar") dan Shanghai Dianji University menandatangani perjanjian kerjasama untuk program latihan Fasa I yang menyaksikan pelaksanaan rasmi inisiatif pemupukan bakat ini.

Zhu Zhaokai, Presiden Shanghai Electric Group menyatakan bahawa berlatarbelakangkan penyesuaian yang mendalam terhadap landskap industri global, berlakunya keterdesakan yang semakin meningkat untuk perusahaan-perusahaan mencari bakat serba boleh yang dilengkapi dengan asas teori, amalan kejuruteraan, perspektif antarabangsa serta keupayaan kolaborasi silang budaya.

"Penubuhan Akademi ini merupakan satu inisiatif yang penting oleh Shanghai Electric untuk menggalakkan integrasi mendalam 'aplikasi-penyelidikan-akademik-industri' dan untuk membina sistem pemupukan bakat antarabangsa," katanya. "Dengan memanfaatkan kekuatan akademik Shanghai Dianji University dalam pembuatan termaju, kami akan memperdalam penyelidikan kolaboratif, pengajaran praktikal dan perkongsian fakulti, selain bekerjasama untuk mencipta model baharu bagi memupuk bakat antarabangsa di bawah Inisiatif 'Jalur dan Jalan'."

Gong Siyi, Presiden Shanghai Dianji University menyatakan bahawa Akademi ini, sebagai sebuah projek demonstrasi luar negara yang utama, akan menjadi keutamaan. Dengan mengintegrasikan fakulti dan sumber pendidikan yang berkualiti tinggi, universiti ini komited untuk mengekalkan piawaian tinggi dalam sistem pembangunan bakat, kualiti pengajaran dan juga sokongan perkhidmatan keseluruhan.

"Matlamatnya adalah untuk mengukuhkan kedudukan Akademi ini sebagai jambatan penting demi ikatan persahabatan dan kerjasama teknologi China-Pakistan," ujarnya.

Sebagai program bakat kejuruteraan antarabangsa diterajui perusahaan yang pertama di bawah rangka kerja Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), Akademi ini akan menawarkan program ijazah sarjana yang sejajar dengan keperluan Projek Thar yang memfokuskan pada tenaga serta kejuruteraan elektrik. Melalui dwihubungan bimbingan yang menggandingkan profesor dan pakar industri, ia akan memperlengkapkan pelatih bagi menangani cabaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan teori dengan amalan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Shanghai Electric mengutamakan pemupukan bakat yang sistematik dan perancangan strategik dalam membina Akademi ini, mempererat kolaborasi industri–akademik bagi memupuk sebuah ekosistem inovasi yang memfokuskan pada globalisasi dan integrasi teknologi canggih.

Sebagai platform pembangunan bakat industri-pendidikan bersama yang ditubuhkan oleh Shanghai Electric Group dan Shanghai Dianji University, sejak dirasmikan pada tahun 2024, Shanghai Electric Academy of Excellence for Engineers memberi tumpuan untuk memperkasakan pakar teknologi dan memupuk ahli profesional berkaliber tinggi. Institut ini juga komited untuk membina saluran pemimpin teknologi masa depan yang kukuh.

Sebagai inisiatif andalan yang pertama oleh Akademi ini, Simposium Pakar Teknologi berfungsi sebagai forum premium untuk pakar dan cendekiawan tersohor menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan, kolaborasi teknikal dan pembangunan bakat. Sejak pelancarannya, ia mengadakan lima sesi yang menampilkan arah aliran teknologi canggih serta pandangan kejuruteraan praktikal.

Di sebalik strategi bakat Shanghai Electric yang proaktif adanya komitmen yang kukuh terhadap kemajuan teknologi dan modal insan sepanjang tempoh transformasi yang pesat ini. Dalam separuh pertama tahun 2025 sahaja, syarikat ini melabur sebanyak 2.546 bilion CNY dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)—peningkatan tahun ke tahun sebanyak 9.4% yang bersamaan dengan 4.7% daripada jumlah hasil—dengan 39.5% daripada dana disalurkan kepada sektor-sektor baru muncul.

Bagi mengekalkan inovasi yang dipercepat, Shanghai Electric memantapkan kedudukan dan akan terus memberi kedudukan kepada bakat sebagai sumber strategiknya yang paling utama, seterusnya memperbaharui sistem pembangunan bagi membina pasukan yang kuat dan distrukturkan dengan baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/ .

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Education Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Higher Education Oil/Energy Utilities