BEIJING, 1 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Komuniti OpenAtom openEuler ("openEuler") berjaya melabuhkan tirai Persidangan Sistem Pengendalian & Sidang Kemuncak openEuler 2025 di Beijing pada 14–15 November. Di bawah tema "Kecerdasan Tak Terbatas, Sumber Terbuka Melangkauinya", acara selama dua hari ini menghimpunkan pemimpin industri global, penyumbang sumber terbuka dan rakan kongsi ekosistem bagi memajukan inovasi dalam OS dan mempercepat pembangunan infrastruktur perisian global yang terbuka.
Sejak pelancaran sumber terbukanya pada tahun 2019, openEuler berkembang pesat dan kini merangkumkan lebih 2,100 organisasi ahli dan lebih 23,000 penyumbang global. Pangkalan OS berasaskan openEuler yang dipasang dijangka melebihi 16 juta pasang atur menjelang akhir tahun 2025, lantas menjadikannya salah satu pilihan utama untuk transformasi digital merentas sektor internet, telekomunikasi, kewangan, utiliti dan tenaga China.
Memandang ke hadapan, komuniti ini menetapkan sasarannya pada peringkat pertumbuhan dan inovasi yang seterusnya. Menjelang akhir tahun 2025, openEuler akan melancarkan secara rasmi OS generasi akan datang yang direka untuk SuperPoD, seterusnya meletakkan asas untuk era AI dan memperkukuh kolaborasi global.
Pengerusi OpenAtom Foundation Cheng Xiaoming, dalam ucaptamanya, menekankan bahawa sumber terbuka berkembang maju melalui kolaborasi dan ekosistem berkenaan berkembang melalui usaha bersama. Beliau menegaskan bahawa setiap langkah ke hadapan untuk openEuler bergantung pada koordinasi yang erat antara rakan kongsi perkakasan, vendor perisian serta pembangun global.
Keluaran OS Pertama openEuler untuk SuperPoD
Tatkala beban kerja AI bertambah pada kelajuan yang belum pernah terjadi sebelum ini, kluster pelayan konvensional sedang bergelut untuk mengikuti rentaknya. Industri ini sedang beralih ke arah SuperPoD—kluster berskala ultra besar yang mengintegrasikan pelbagai mesin fizikal ke dalam unit pengkomputeran berpadu yang berupaya melatih dan membuat inferens AI—untuk menangani cabaran ini.
Di sidang kemuncak ini, Dr. Xiong Wei, Pengerusi Jawatankuasa OpenAtom openEuler mengumumkan openEuler 24.03 LTS SP3, iaitu versi keluaran pertama yang menyokong SuperPoD.
Beliau mengetengahkan tiga keupayaan utama yang diperlukan untuk OS sedemikian:
Beliau menyatakan bahawa openEuler komited untuk menerima pengkomputeran SuperPoD dan AI, mempercepat globalisasi serta menawarkan pilihan OS yang baharu kepada dunia.
Memajukan Keupayaan AI bagi Mempercepat Pendigitalan Industri
Penyelesaian AI Tindanan Penuh: Intelligence BooM 2511 "Qiaoyumian"
Bagi beban kerja AI pusat data, openEuler memperkenalkan keluaran terkini penyelesaian AI sumber terbuka tindanan penuh Intelligence BooM—2511 "Qiaoyumian", susulan keluaran Julai 2025, 2507 "Huimian" (kedua-dua nama keluaran diilhamkan oleh hidangan mi tradisional Cina).
Versi baharu ini menyokong:
Penyelesaian ini sudahpun diguna pakai secara komersial oleh rakan kongsi termasuk Powerleader dan HUAKUN.
Membina Automasi Industri Generasi Akan Datang
Dalam domain automasi industri, openEuler terus memajukan keupayaan terbenam, termasuk pasang atur rangka kerja sistem MIxed-CriticAlity (MICA), kernel masa nyata UniProton dan teknologi virtualisasi openEuler Embedded.
Kesemua teknologi ini bersama-sama mencapai keresponsifan peringkat mikrosaat dan dipasang atur dalam perusahaan seperti China Southern Power Grid dan Phoenix Contact bagi mempercepat penumpuan IT-OT.
Penyelesaian Pengkomputeran Sulit openEuler Arm CCA
Aspek keselamatan kekal menjadi keutamaan tertinggi tatkala penerimagunaan AI memecut.
openEuler, di samping Arm, Linaro, Baidu AI Cloud, KylinSoft, Kylinsec, UnionTech, Shanghai Jiao Tong University, Huazhong University of Science and Technology dan Global Computing Consortium (GCC), mengeluarkan secara bersama penyelesaian pengkomputeran sulit berasaskan Arm CCA yang pertama di dunia pada OS sumber terbuka.
Penyelesaian ini:
Ketua Pegawai Teknologi Linaro, Grant Likely mengetengahkan mengenai sumbangan jangka panjang Linaro kepada ekosistem Arm dan menyatakan bahawa sejak menyertai komuniti openEuler pada tahun 2021, syarikat ini memainkan peranan penting dalam mendayakan Arm CCA pada openEuler.
Memperteguh Ekosistem Global dan Memperluas Kolaborasi Antarabangsa
Tahun ini, AMD, Inspur Cloud dan Digital China menyertai openEuler sebagai ahli baharu. Dengan ini, ketiga-tiga perusahaan cip terkemuka—Intel, Arm dan AMD—kini menjadi sebahagian daripada komuniti ini yang merupakan satu pencapaian penting.
Maria Tang, Naib Presiden Korporat AMD, menekankan perkongsian terbuka AMD dengan pasaran Cina dan kolaborasinya yang berterusan dengan openEuler dalam AI, awan dan pengkomputeran sulit. Beliau turut menekankan bahawa AMD menyesuaikan sepenuhnya produk pemproses pelayannya kepada openEuler dan memastikan integrasi yang lancar merentas platform.
Andrew Wafaa, Pengarah Kanan Komuniti Perisian Arm & Felo serta Lembaga PyTorch, menekankan komitmen Arm untuk memastikan keserasian jangka panjang dan inovasi bersama openEuler.
Di sidang kemuncak ini, komuniti ini memperkenalkan kumpulan rakan perintis globalisasinya yang pertama, termasuk LINX SOFTWARE, Chinasoft International, Wind River, UnionTech, xFusion, Hoperun, KylinSoft dan Kylinsec. Rakan-rakan kongsi ini akan bersama-sama mempercepat penerimagunaan antarabangsa openEuler.
openEuler turut mempererat kerjasama dengan yayasan sumber terbuka global. Baru-baru ini, komuniti ini menjalin kolaborasi teknikal yang baharu dengan Zephyr Project dan LF AI & Data Foundation. Setakat ini, openEuler membentuk perkongsian dengan 15 organisasi sumber terbuka global merentas AI, awan, data raya, pengkomputeran kluster dan terbenam.