BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 1 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Satu seminar mengenai aplikasi tenaga boleh baharu dan storan tenaga telahpun diadakan pada 28 November di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam. Acara ini memupuk perbincangan substantif mengenai sistem solar generasi akan datang, nilai strategik sistem storan tenaga bateri (BESS) dalam peralihan tenaga, struktur tarif dua bahagian yang kian berkembang dan penyelesaian pelaburan berpandangan jauh yang bersasar. Lebih daripada 100 hadirin daripada persatuan industri, syarikat terkemuka dan rakan kongsi ekosistem menyertai sesi ini bagi membentuk masa depan tenaga bersih di Vietnam.
Merebut Peluang, Memulakan Era Baharu untuk Solar Kediaman
Dalam ucapan dasar, Cik Shen Lu, pengedar am nasional untuk Shenzhen Skyworth Photovoltaic Technology Co., Ltd. ("Skyworth PV") di Vietnam menyampaikan analisis yang komprehensif mengenai landskap semasa dan trajektori masa depan pasaran solar kediaman Vietnam. Beliau menekankan sumber tenaga solar Vietnam yang luar biasa, dengan menyatakan purata cahaya matahari tahunan melebihi 2,000 jam yang menyediakan asas semula jadi untuk penjanaan kuasa solar. Walau bagaimanapun, ketika ini, sebahagian besar aplikasi PV dapat dilihat di stesen janakuasa dipasang di atas tanah yang besar dan sistem bumbung komersial atau industri, dengan penerimagunaan yang agak terhad antara isi rumah biasa.
Memudahkan Kerumitan, Mentakrifkan Semula Solar Rumah
Bagi menangani jurang pasaran ini, Skyworth PV mengumumkan pelancaran rasmi penyelesaian SUN Mate Home Solar 2.0, hasil daripada kajian pasaran dan inovasi teknologi yang meluas. Proposisi teras daripada tawaran baharu ini ialah "menjadikan tenaga bersih mudah diakses," mentransformasikan penjanaan kuasa solar yang kompleks dengan berkesan menjadi produk yang mudah dan mesra pengguna seperti peralatan rumah standard.
Ciri utama siri SUN Mate ialah reka bentuk "pasang dan pakai". Tidak seperti pemasangan solar konvensional yang memerlukan reka bentuk profesional, pembinaan kompleks dan pengubahsuaian struktur, SUN Mate benar-benar mencapai prinsip "tiga tiada": tiada reka bentuk, tiada pembinaan dan tiada pengubahsuaian diperlukan. Pemilik rumah bebas daripada rasa bimbang mengenai keperluan pemasangan yang kompleks; sama ada untuk balkoni pangsapuri bandar atau laman dalam rumah luar bandar, penyelesaian pemasangan yang sesuai dan mudah sudahpun tersedia.
Dalam penggunaan seharian, SUN Mate memberikan prestasi yang sama mengagumkan. Sistem ini menghasilkan kuasa pada waktu siang untuk penggunaan isi rumah langsung, lantas mengurangkan penggunaan dan kos elektrik grid dengan ketara. Melalui platform awan pintar dan aplikasi mudah alih proprietari Skyworth, pengguna boleh memantau data penjanaan dan status peralatan pada masa nyata, serta berhubung dengan bahagian perkhidmatan pelanggan profesional apabila diperlukan. Pengalaman pengurusan pintar ini—menjadikan tenaga solar "tampak, boleh diurus dan mampu milik"—membolehkan isi rumah mengguna pakai kuasa solar dengan mudah.
Reka Bentuk Serba Guna untuk Rumah Vietnam
Bagi mengupayakan penerimagunaan tenaga bersih yang lebih luas merentas isi rumah Vietnam, Skyworth PV merekayasa tiga konfigurasi produk SUN Mate yang berbeza, setiap satunya dioptimumkan dengan teliti untuk persekitaran tertentu.
Model Balkoni sesuai untuk kehidupan bandar moden. Strukturnya yang kompak dan reka bentuk minimalis membolehkan integrasi yang lancar dengan pelbagai gaya seni bina. Persediaan berasaskan pendakap yang unik tidak memerlukan alat khas dan memelihara struktur bangunan, lalu menjadikan pemasangan boleh dilaksanakan walaupun untuk penghuni pangsapuri. Direka agar mampu bertahan semasa musim hujan dan berangin di Vietnam, model ini menawarkan kestabilan yang dipertingkat bagi mengekalkan keselamatan dan keandalan dalam keadaan cuaca buruk.
Model Sengkuap menggabungkan secara strategik penjanaan kuasa dengan penyediaan teduhan yang praktikal, menjadikannya sesuai khususnya untuk muka kedai atau bahagian luar rumah binaan pemilik. Ia bukan sahaja membekalkan kuasa elektrik dan mengurangkan kos tenaga, bahkan turut mewujudkan ruang teduh yang selesa, lantas memberikan pelbagai manfaat fungsian. Reka bentuknya yang bergaya turut meningkatkan daya tarikan visual sebuah bangunan.
Model Tingkat Bawah menarik perhatian meluas lantaran kebolehsesuaiannya yang unggul. Ia menyokong pelarasan sudut antara 25 dan 40 darjah, lalu membolehkan pengguna meletakkannya dengan mudah untuk penjanaan kuasa optimum berdasarkan variasi bermusim dan sudut matahari. Sesuai untuk laman keluarga, teres atau tapak perkhemahan, unit ini juga boleh dilipat dan dipindahkan dengan mudah—membawa tenaga bersih mudah alih ke mana-mana sahaja ia diperlukan.
Memandangkan kesedaran terhadap tenaga bersih semakin meningkat dan teknologi pula terus maju, kuasa solar kediaman beralih daripada alternatif premium kepada penyelesaian isi rumah yang penting. Melalui produk inovatif dan reka bentuk berpusatkan pengguna, Skyworth PV membuka pintu kepada era tenaga bersih untuk isi rumah Vietnam. Dalam meniti perjalanan menuju kelestarian ini, Skyworth PV tetap komited untuk bekerjasama dengan keluarga di seluruh Vietnam bagi membina masa depan yang lebih bersih dan lebih cerah secara kolektif.