omniture

Xinhua Silk Road: Persidangan ketengahkan tapak pelabuhan purba Laluan Sutera Maritim diadakan di Wenzhou, Timur China

Xinhua Silk Road
2025-12-01 08:32 3

BEIJING, 1 Disember 2025  /PRNewswire/ -- Di bandar pesisir pantai timur China, Wenzhou, satu persidangan yang memfokuskan pada penemuan terkini berkenaan tapak pelabuhan purba Shuomen telahpun diadakan baru-baru ini bagi memperbaharui konotasi budaya Laluan Sutera Maritim.

Photo shows a scene of the Shuomen Ancient Port Site Research Results Press Conference held in Wenzhou City of Zhejiang Province, east China.
Photo shows a scene of the Shuomen Ancient Port Site Research Results Press Conference held in Wenzhou City of Zhejiang Province, east China.

Acara ini, berpandukan Akademi Warisan Budaya China, Pusat Arkeologi Kebangsaan dan pihak berkuasa warisan budaya Wilayah Zhejiang, menarik ramai pakar daripada muzium-muzium Cina, bandar-bandar Perikatan Bandar untuk Pemuliharaan Warisan Laluan Sutera Maritim dan Pencalonan Warisan Dunia dan juga institusi-institusi penyelidikan yang berkaitan.

Foto menunjukkan suasana Sidang Akhbar Keputusan Penyelidikan Tapak Pelabuhan Purba Shuomen yang diadakan di Bandar Wenzhou, Wilayah Zhejiang, timur China.

Semasa berlangsungnya persidangan ini, Institut Pelabuhan Purba Shuomen Wenzhou dirasmikan dan Institut Peninggalan Budaya dan Arkeologi Wenzhou mendapat kebenaran untuk dinamakan bersempena institut berkenaan, satu langkah penting untuk Wenzhou mempertingkat perlindungan warisan budaya tempatan yang berkaitan dengan Laluan Sutera Maritim.

Liang Yanhua, ketua bagi Institut Peninggalan Budaya dan Arkeologi Wenzhou, menjelaskan secara terperinci mengenai penemuan baharu tapak pelabuhan purba Shuomen sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi membolehkan para hadirin persidangan mendapat gambaran sekilas mengenai pelbagai peninggalan dan artifak daripada pelabuhan purba tersebut.

Pada masa ini, sebahagian besar daripada kerja penggalian pada tahun ini sudahpun selesai. Dalam kawasan seluas lebih 1,000 meter persegi yang baru digali, peninggalan garis pantai asal yang wujud sejak Lima Dinasti hingga awal Dinasti Song Utara telah ditemui, lantas mengisi jurang penting dalam susunan kronologi garis pesisir pelabuhan purba Shuomen.

Di sebelah timur barbican Shuomen, sempadan jalan keluar dan zon kediaman daripada Dinasti Song Selatan hingga dinasti Ming dan Qing telahpun ditakrifkan dengan jelas, yang memperlihatkan persepaduan ruangan bandar-pelabuhan.

Selepas berusaha selama dua tahun, pasukan penggalian di sana menyimpulkan bahawa tinjauan dan penggalian bangkai kapal No. 2 di tapak pelabuhan purba Shuomen dan perbezaannya dengan kapal purba yang dibuat di Wilayah Fujian serta persamaannya dengan bangkai kapal No. 1 menjurus kepada kemungkinan limbungan kapal pengeluaran di Wenzhou purba.

Umumnya, penemuan akademik dan arkeologi sedemikian memberikan bukti yang lebih nyata untuk memperbaharui peranan Wenzhou sebagai salah satu lokasi warisan bagi tujuan permohonan warisan Laluan Sutera Maritim, yang bermanfaat untuk meningkatkan perlindungan warisan budaya tempatan dan pemahaman mengenai tamadun Cina.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348541.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation Travel Trade show news