omniture

RheoFit Tutup Pusingan Pra-A Didahului Xiaohongshu (RED) dan ZhenFund

RheoFit Co., Ltd.
2025-12-01 11:32 1

SHENZHEN, China, 28 November 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 24 Oktober, RheoFit, sebuah syarikat elektronik pengguna yang mengkhusus dalam bidang kesihatan rangka otot, mengumumkan penyempurnaan pusingan pendanaan Pra-A yang didahului oleh Xiaohongshu (RED) dan ZhenFund. Syarikat ini melancarkan penggelek busa automatik pertama di dunia dalam bulan September 2024. RheoFit akan menggunakan dana baharu ini untuk memajukan pembangunan produk dan memperluas kehadiran globalnya selain terus-menerus meningkatkan pengalaman dikuasakan AI dalam bidang penjagaan kesihatan serta rehabilitasi.

"Kami memulakan RheoFit untuk menyelesaikan masalah yang kita semua alami saban hari: mengapa pemulihan selepas bersenam tidak boleh menjadi lebih mudah dan lebih berkesan? Pada tahun 2022, sebagai pelari maraton dan jurutera, kami mendapati diri kami sekali lagi bergelut dengan penggelek buih selepas berlari dalam tempoh yang lama," kata Adam Sun, Ketua Pegawai Eksekutif RheoFit. "Sebagaimana setiap atlet, kami tahu keletihan yang biasa dialami—otot tegang, kaki berat—namun alat-alat yang ada tidak dapat membantu. Penggelek busa lazim terasa seperti pusingan kesakitan kedua, manakala pistol urut, walaupun berkuasa, sering mengakibatkan tangan kami terasa kebas dan ada kalanya menyebabkan ketegangan."

Begitulah RheoFit A1 tercipta: penggelek busa bergerak sendiri yang tidak memerlukan kerja keras dalam proses pemulihan dan membolehkan tubuh anda benar-benar dapat berehat.


Latar Belakang RheoFit 

Ditubuhkan pada tahun 2023 oleh Adam Sun, RheoFit membangunkan teknologi robotik dan AI generasi akan datang untuk menjadikan pemulihan rangka otot lebih mudah, lebih pintar dan lebih berkesan.

Sun, seorang siswazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal daripada Huazhong University of Science and Technology dan seorang pelari maraton yang tegar, telah lama menggabungkan minat olahraga dengan ketepatan teknikal. Di sekolah menengah, beliau memenangi kejohanan robotik peringkat wilayah selama dua tahun berturut-turut dan sebagai pelajar tahun pertama, beliau mengetuai pasukan robotik yang terdiri daripada 100 orang ahli untuk meraih penghormatan tertinggi di peringkat kebangsaan, termasuk Hadiah Pertama dalam Pertandingan Reka Bentuk Inovasi Mekanikal Universiti Kebangsaan dan Hadiah Kedua dalam RoboMaster.

Pasukan RheoFit ialah sebuah kumpulan Gen Z dinamik yang menggabungkan daya ketahanan pelari maraton, ketepatan pelumba basikal, ketegasan jurutera dan pandangan pakar rehabilitasi.

  • Kepimpinan Teknologi: Pasukan ini terdiri daripada juara robotik kebangsaan dan bekas ketua projek lidar daripada syarikat-syarikat robotik terkemuka yang membawakan pengalaman kendiri dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) termaju serta kejuruteraan peringkat sistem.
  • Kejuruteraan Perubatan Pintar: Dipandu oleh pakar rehabilitasi yang pernah bekerjasama dengan pasukan bola keranjang kebangsaan lelaki China, RheoFit memastikan inovasinya berasaskan keperluan rehabilitasi dalam dunia sebenar, mengintegrasikan algoritma pintar dengan mekanik pergerakan manusia secara lancar.
  • Kepakaran Jenama Global: Pasukan pengkomersialan ini membawakan ahli strategi jenama daripada institusi-institusi seperti Harvard University, London School of Economics and Political Science, University of Southern California dan King's College London, menggabungkan perspektif global dengan kekuatan pelaksanaan untuk menterjemahkan teknologi canggih kepada produk boleh diskala yang sedia menembusi pasaran.

Penciptaan RheoFit A1 

Pada tahun 2022 di Shenzhen, sekumpulan pelari maraton dan jurutera yang kemudiannya menubuhkan RheoFit menyedari terdapat masalah utama yang biasa berlaku dalam pemulihan selepas senaman: alat tradisional seperti penggelek busa dan pistol fascia selalunya menyakitkan atau tidak praktikal. Penggelek busa terasa seperti pusingan ketegangan kedua, manakala pistol fascia, walaupun berkuasa, kerap mengakibatkan rasa kebas atau ketidakselesaan. Bertekad untuk mentakrifkan semula pemulihan, pasukan ini berusaha untuk mencipta penyelesaian yang dapat memberikan relaksasi sebenar dengan begitu mudah.

Sepanjang 1,000 hari berikutnya, pasukan ini mengulangi lebih daripada 20 prototaip, memperhalusi setiap algoritma dan perincian mekanikal. Walaupun terdapat banyak halangan, mereka tidak pernah goyah. Pada September 2024, kegigihan mereka mencapai kemuncaknya menerusi pelancaran RheoFit A1, penggelek busa automatik yang pertama di dunia.

Dalam tempoh tiga bulan sahaja, RheoFit A1 mendapat pengiktirafan daripada pengguna profesional dan menjangkau lebih 20 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Singapura dan Dubai. Bermula daripada ruang tamu dan gimnasium hinggalah padang sukan dan laluan gunung, penggelek busa bergerak sendiri daripada RheoFit ini menjadi teman pemulihan yang penting untuk para atlet di serata dunia.

Memandang ke Hadapan 

Dengan sokongan daripada RED dan ZhenFund, RheoFit mara ke hadapan dengan keyakinan yang diperbaharui. Perkongsian ini adalah lebih daripada sekadar pengiktirafan—ia merupakan kepercayaan bersama, suatu dorongan yang tidak menonjol agar terus maju. Dana baharu ini merupakan suatu pencapaian penting dan juga permulaan: pengesahan komitmen kami selama tiga tahun terhadap falsafah berpusatkan pengguna dan titik permulaan bagi perjalanan kami yang seterusnya.

Para pelabur ZhenFund berkongsi, "Kami sentiasa tercari-cari pengasas pada masa akan datang. Pasukan RheoFit mempunyai pemahaman yang mendalam tentang masalah utama pasaran dan pelaksanaan kejuruteraan yang luar biasa. Kami percaya akan potensi jangka panjang mereka dalam kesihatan pintar serta keupayaan mereka untuk mencipta produk dan pengalaman transformatif."

Dalam komuniti RED, lebih ramai pengguna menerima pendekatan saintifik dan seimbang kepada kesejahteraan. Falsafah RheoFit merupakan tidak balas yang tulus terhadap aspirasi berkenaan. Kami percaya pengurusan kesihatan yang proaktif dan dipacu oleh teknologi akan menjadi salah satu arah aliran yang utama pada masa depan.
Dalam beberapa tahun akan datang, RheoFit akan tetap memfokuskan pada satu matlamat: membantu setiap pelari melangkah lebih jauh dan pulih dengan lebih baik.

— Pasukan RheoFit

Hubungi: Dolores Pei, dolorespei@rheofit.com 

Source: RheoFit Co., Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Social Media Sports Sports Equipment & Accessories New products/services