omniture

Melangkaui Perdagangan, Menuju Lebih Baik: ETO Markets Raikan 12 Tahun Evolusi dan Masa Depan Lebih Pintar

ETO Markets
2025-12-01 15:09 1

SYDNEY, 29 November 2025 /PRNewswire/ -- ETO Markets meraikan ulang tahunnya yang ke-12 dan pelancaran identiti jenamanya yang diperbaharui bersama rakan kongsi, pemimpin industri dan juga wakil media di Sydney. Acara ini, yang bertemakan "Melangkaui Perdagangan, Menuju Lebih Baik," menonjolkan evolusi syarikat ini selama dua belas tahun dan komitmennya terhadap masa depan yang lebih pintar dan lebih inovatif.

ETO Markets Rebranding Ceremony
ETO Markets Rebranding Ceremony

Sorotan penting daripada acara ini ialah pengenalan logo ETO Markets yang baharu. Jonathan Barratt, Pengarah ETO Markets turut serta bersama para tetamu kehormat untuk menghidupkan cahaya logo tersebut yang menyaksikan permulaan babak yang lebih pantas, lebih kukuh dan lebih bercita-cita tinggi. Identiti visual yang diperbaharui mencerminkan cita-cita antarabangsa jenama ini, reka bentuk moden dan kejelasan dipertingkat yang melakar pencapaian yang simbolik dan juga strategik.

Semasa berlangsungnya acara ini, ETO Markets turut mengumumkan satu perkongsian bersama pelumba profesional Denise Yeung yang dedikasinya terhadap kelajuan, ketepatan dan kecemerlangan sejajar dengan nilai kecekapan, kepakaran dan inovasi syarikat ini. Kolaborasi ini akan menyokong aspirasi perlumbaan antarabangsanya yang melakar pencapaian penting dalam kerjayanya, sekali gus membawa tenaga baharu dan perspektif global yang lebih luas kepada jenama ini.

Sambutan ini turut membawakan peluang untuk memberi pengiktirafan kepada pelanggan, rakan kongsi dan pasukan yang menyumbang kepada pertumbuhan ETO Markets. Para tetamu terlibat dalam perbincangan mengenai arah aliran pasaran dan peluang perkongsian, memperkukuh hubungan profesional serta visi yang dikongsi bersama demi masa depan.

Memandang ke hadapan, ETO Markets tetap komited terhadap ketelusan, kestabilan dan juga profesionalisme. Dengan tempoh dua belas tahun yang telah berlalu dan perspektif global yang diperkukuh, syarikat ini bersedia untuk terus melangkaui perdagangan, menuju lebih baik, memajukan masa depan yang lebih pintar dan lebih inovatif di samping rakan kongsi dan juga pelanggannya.

Emel : (Global) info@eto-markets.com  / (Australiainfo@etomarkets.com 

Source: ETO Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology