omniture

Memperkenalkan Kamvas Pro 27 (144Hz): Paparan Pen 4K 27-inci Pertama Industri dengan Kadar Segar Semula 144Hz

Huion
2025-12-01 16:00 32

LAS VEGAS, 1 December 2025 /PRNewswire/ -- Huion, pengilang tablet digital yang terkemuka dalam industri ini, dengan gembiranya mengumumkan paparan pen Kamvas Pro 27 (144Hz). Edisi baharu ini dibina berdasarkan ciri-ciri Kamvas Gen 3 ikonik yang sudah kita kenali, termasuk PenTech 4.0 (dengan 16,384 tahap kepekaan tekanan) dan ketepatan warna yang tinggi, di samping turut meningkatkan kadar segar semula kepada 144Hz, mengemas kini kaca dengan teknologi Canvas Glass 3.0 anticap jari yang terkini serta meluaskan gamut warna.

Kadar segar semula yang tinggi memainkan peranan penting dalam bidang kreatif. Ia menjadikan pengalaman melukis digital terasa seakan-akan melukis di atas kertas sebenar, lalu membolehkan pencipta memberi penghayatan yang sepenuhnya dalam proses kreatif. Dengan kadar segar semula 144Hz, pencipta boleh menikmati visual yang amat halus, input pen yang lancar dan keresponsifan pada masa nyata. Kesemua ini amat penting terutamanya untuk animasi bergerak pantas atau karya yang amat terperinci.

Sebagai contoh, semasa mengusahakan animasi bingkai-demi-bingkai, juruanimasi perlu melihat pratonton urutan secara berulang kali. Skrin 144Hz memberikan visual yang luar biasa halus dan jelas, menjadikannya lebih mudah untuk mengesan sebarang gerakan, sentak atau getaran yang tidak sejadi dan mengupayakan pelarasan yang tepat.

Digandingkan dengan resolusi 4K, Kamvas Pro 27 (144Hz) memastikan setiap perincian dalam karya seni anda dipersembahkan dengan kejelasan yang menakjubkan. Kefungsian berbilang sentuhan menjadikan interaksi bersifat lebih intuitif dan menyeronokkan, lantas mampu meningkatkan kecekapan kerja anda. Pen PW600 dan PW600S yang disertakan dan dikuasakan oleh PenTech 4.0, memberikan garisan yang sekata dan penjejakan kursor yang tepat, serta terasa seperti pen atau berus sebenar.

Selain itu, Kamvas Pro 27 (144Hz) mempunyai gamut warna yang luas, meliputi 99% sRGB, 98% Adobe RGB, 98% DCI-P3 dan ruang warna Display P3 (98%) yang baru ditambah. Sama ada anda mengusahakan ilustrasi, grafik gerakan, iklan atau projek 3D, ia memberikan visual yang terang dan berkualiti sinematik dengan rona dan kontras yang pekat.

Sebagai paparan pen 4K 27-inci yang pertama dalam industri ini dengan kadar segar semula 144Hz, Kamvas Pro 27(144Hz) ialah produk yang amat kompetitif di pasaran. Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, kunjungi www.huion.com.

Latar Belakang Huion

Huion mengkhusus untuk membangunkan penyelesaian dakwat digital yang inovatif dan alatan kreatif canggih, termasuk tablet pen, paparan pen dan komputer pen untuk semua bentuk seni digital.

Source: Huion
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Computer Accessories Telecommunications New products/services