![]() |
Kelab elit dan atlet phygital dari seluruh dunia telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing dalam acara kemuncak phygital, dengan jumlah hadiah bernilai jutaan dolar menanti untuk dimenangi
DUBAI, UAE, 2 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Phygital International hari ini mengumumkan kumpulan pertama kelab yang akan mengambil bahagian dalam Games of the Future 2025 (Temasya Sukan Masa Depan 2025), yang akan berlangsung di Abu Dhabi bulan hadapan. Acara sukan phygital unggul dunia itu akan menyaksikan kelab-kelab elit dari seluruh pelosok dunia bersaing dalam 11 disiplin hibrid generasi baharu yang menggabungkan ketangkasan fizikal dengan permainan digital berprestasi tinggi.
Dianjurkan di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC) dari 18 hingga 23 Disember, setiap disiplin akan menghimpunkan atlet phygital terbaik dari seluruh dunia yang telah membuktikan prestasi cemerlang, pengaruh kukuh dalam komuniti, serta daya saing yang terbukti—menjadikan penyertaan mereka dalam Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) satu keharusan dan acara yang wajib ditonton.
Bagi peminat Battle of Robots, telah disahkan bahawa pasukan di sebalik robot terkenal dunia, Zadkiel, iaitu Team Saint, akan turut serta dalam acara tahun ini. Mereka akan disertai oleh pasukan duo bapa dan anak, Team Eruption, yang telah memenangi 12 kejohanan peringkat nasional dan antarabangsa; serta Team Monsoon, juara UK Extreme Robots Championships 2025; dan Toon dengan robot mereka, TR4.
Dalam pertandingan MOBA Mobile.MLBB yang sangat dinanti-nantikan, RRQ Hoshi, pasukan esukan profesional dengan barisan pemain dari Indonesia, telah disahkan bakal menyertai acara tersebut bersama peserta terdahulu Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), iaitu Aurora Gaming.
Sementara itu, pertandingan VR Game.HADO Global Invitation akan menyaksikan MISTA, Team Rock dan ATROTOS berentap dalam fenomena terbaharu ini, yang menghimpunkan atlet dari Jepun, Korea Selatan dan Greece.
Pasukan pejuang MMA, GOR MMA, akan bertanding dalam acara Phygital Fighting.FATAL FURY: City of Wolves.
Acara Phygital Drone Racing akan menyaksikan penyertaan Minchan Kim, juara 2023 FAI World Drone Racing Championship, dan Yuki Hashimoto, berusia 18 tahun dan pemenang pingat emas di World Games di China—kedua-duanya akan bertanding sebagai sebahagian daripada Team BDS. Mereka akan bersaing menentang Tech Drone League, yang menampilkan Atakan Mercimek, pemenang tempat ketiga dalam FAI Drone Racing World Cup Turkey Drone Race 2024.
Dengan jumlah hadiah bernilai jutaan dolar, Games of the Future 2025 (Temasya Sukan Masa Depan 2025) akan menghimpunkan atlet dan pencipta bertaraf tinggi yang beroperasi di persimpangan antara sukan fizikal dan inovasi digital.
Nis Hatt, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International, berkata: "Kualiti kelab-kelab yang menyertai kami di Abu Dhabi menekankan betapa pantasnya sukan phygital berkembang. Kelab-kelab ini bukan sekadar hadir untuk bertanding. Mereka membentuk budaya persaingan baharu di mana prestasi fizikal, strategi, dan kemahiran digital berdampingan. Games of the Future 2025 (Temasya Sukan Masa Depan 2025) akan menunjukkan sejauh mana pergerakan ini telah berkembang, dan sejauh mana lagi ia akan terus maju."
Peminat di seluruh dunia boleh menyaksikan setiap detik GOTF 2025 secara langsung melalui siaran global berskala besar. Sportworld akan menstrim kejohanan ini secara percuma di lebih daripada 200 negara serta di Samsung dan LG Smart TV, manakala Huya dan SOOP akan memberikan liputan di China, Korea Selatan dan Asia Tenggara. Di Afrika, StarTimes dan TV BRICS AFRICA akan menyiarkan aksi langsung, sorotan, serta program perbincangan kepada jutaan penonton. Dengan BIGG TV dan Ei Nerd yang turut menyiarkan acara ini di seluruh EMEA dan Amerika, peminat di mana-mana sahaja boleh menonton, menyaksikan kelab kegemaran mereka bertanding, dan mengalami sukan phygital seperti tidak pernah sebelum ini.
Games of the Future 2025 (Temasya Sukan Masa Depan 2025) akan dianjurkan oleh Local Organizing Committee, diketuai oleh ASPIRE, pihak berkuasa rasmi yang bertanggungjawab menganjurkan banyak acara global berprofil tinggi di emirat tersebut. ASPIRE akan menyelia keseluruhan perancangan dan pelaksanaan acara ini, memastikan pengalaman yang inovatif, lancar, dan tidak dapat dilupakan dari awal hingga akhir. Bergabung dengan mereka ialah Ethara, kuasa operasi di sebalik beberapa acara paling ikonik di bandar ini, yang membawa kepakaran bertaraf dunia untuk memastikan pelaksanaan sempurna di semua peringkat Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan).
Untuk maklumat lanjut tentang Games of the Future 2025 (Temasya Sukan Masa Depan 2025), termasuk jadual, jualan tiket dan kemas kini acara, sila layari: laman web rasmi.
Maklumat Tentang Phygital International (PI):
Phygital International ialah penganjur sukan phygital pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://Phygitalinternational.com
Hubungan Media: press@Phygitalinternational.com
Maklumat Tentang Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan - GOTF):
Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak sukan phygital. Kejohanan ini menghimpunkan para wira sukan phygital generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital. Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 akan diadakan di Abu Dhabi, UAE manakala Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026 akan diadakan di Astana, Kazakhstan.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://gofuture.games/
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2835074/Phygital_Drone_Racing.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2835075/Battle_of_Robots.jpg?p=medium600
Logo : https://mma.prnasia.com/media2/2745156/5648221/PhygitalInternational_GOTF_Logo.jpg?p=medium600