GUANGZHOU, China, 2 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Mulai 19 hingga 21 November, satu perwakilan yang terdiri daripada wakil-wakil media automotif Afrika yang terkemuka dari negara-negara termasuk Mesir dan Tunisia melawat Guangzhou untuk mengambil bahagian dalam "Lawatan GAC Media Afrika" selama tiga hari yang mendalam. Semasa lawatan ini, Perwakilan Media Afrika turut melawat ibu pejabat GAC, meninjau kilang pembuatan pintar termaju, mengambil bahagian dalam pandu uji imersif, menghadiri sesi wawancara berkumpulan di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou dan menyertai acara penciptaan bersama bandar di Canton Tower. Melalui pengembaraan ini, mereka memperoleh pemahaman yang komprehensif mengenai kekuatan dan visi GAC dalam globalisasi, kecerdasan dan juga elektrifikasi.
Pada hari pertama, Perwakilan Media Afrika melawat ibu pejabat GAC, memperoleh gambaran keseluruhan yang sistematik berhubung susun atur perniagaan global syarikat, sistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berpandangan jauh dan strategi pembangunan antarabangsa.
Kemudian, perwakilan ini melawat pangkalan pengeluaran GAC dan AION, melawat bengkel-bengkel utama termasuk kimpalan, pemasangan akhir dan pemeriksaan kualiti. Keupayaan pembuatan pintar GAC meninggalkan kesan yang mendalam terhadap Perwakilan Media Afrika dari segi kecekapan dan juga kestabilan.
Semasa sesi pandu uji, Perwakilan Media Afrika dapat merasai sendiri prestasi komprehensif EV GAC baharu dan model Hybrid-Reev dalam pelbagai senario pemanduan. Program ini merangkumkan pengendalian angka lapan, bahagian jalan yang tidak rata, pecutan garis lurus dan laluan slalom, mensimulasikan keadaan bandar, persekitaran jalan yang rumit dan pemanduan lebuh raya.
Pada 21 November, perwakilan ini melawat kawasan pameran GAC di Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-23, memerhatikan susun atur yang berpandangan jauh oleh syarikat ini bagi tenaga baharu, teknologi pintar dan mobiliti masa depan dari perspektif global.
Selepas pameran auto, perwakilan ini mengagumi mercu tanda seperti Canton Tower dan Pearl River Night Cruise yang memperlihatkan kevitalan dan daya tarikan unik Guangzhou. Mereka menyatakan bahawa pengalaman ini memperdalam pemahaman mereka tentang Guangzhou sebagai sebuah bandar yang melaluinya "teknologi dan budaya wujud bersama" dan menguatkan lagi tanggapan mereka ke atas GAC sebagai jenama yang bersifat terbuka, mendapat nafas baharu dan berorientasikan global.
Lawatan yang mendalam oleh Perwakilan Media Afrika ini memberikan perspektif langsung yang tidak ternilai untuk media antarabangsa memahami dan melaporkan mengenai GAC dan dalam masa yang sama menyokong pembangunan pertukaran industri automotif dan kerjasama antara China dan Afrika. Memandang ke hadapan, GAC akan terus mendukung pendekatan terbuka dan pragmatik, menyediakan penyelesaian mobiliti yang lebih berkualiti tinggi untuk pengguna tempatan dan menyumbang kepada kemajuan kerjasama industri automotif China-Afrika.