SINGAPURA dan PHNOM PENH, Kemboja, 3 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Royal Group dengan bangganya mengumumkan kejayaan hebat konsert Rise for Khmer, Stand for Peace yang diadakan di Salle Pleyel, Paris. Sebuah acara yang meraikan kebingkasan, budaya dan perpaduan Kemboja dengan penuh semangat. Konsert ini diserikan dengan kehadiran Puan Yang Terutama, Phoeurng Sackona, Menteri Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja, yang keberadaannya menekankan lagi kepentingan memelihara dan mengangkat identiti serta ekspresi artistik Khmer.
Sejak tahun 1991, di bawah kepimpinan berwawasan oleh Pengerusi Neak Oknha Kith Meng, Royal Group menjadi lebih daripada sekadar perniagaan. Ia merupakan sebuah institusi Kemboja — yang dibina oleh warga Kemboja, untuk Kemboja — yang bertunjangkan kepercayaan bahawa kemajuan negara haruslah dikongsi, bermakna dan berpanjangan.

Since 1991, under Chairman Neak Oknha Kith Meng, Royal Group has become a Cambodian institution built by Cambodians, for Cambodia.
Rise for Khmer, Stand for Peace mempersembahkan lebih daripada sekadar acara muzik. Ia merangkumkan semangat daripada kisah Kemboja: sebuah negara yang dahulunya pernah dicabar, dibina semula melalui ketabahan dan terus bangkit bermaruah, dengan sikap rendah hati dan kekuatan yang tidak mudah goyah.

Rise for Khmer, Stand for Peace reflects Cambodia’s resilient journey—rising with dignity, humility, and unwavering strength through past and present challenges.
Berucap bagi pihak organisasi, wakil daripada Royal Group of Companies memperteguh dedikasi Kumpulan ini di bawah kepimpinan Neak Oknha Kith Meng: "Di Royal Group, kami percaya bahawa perpaduan, belas ihsan dan keamanan merupakan asas bagi negara Kemboja yang kuat. Pelaburan kami — bermula daripada telekomunikasi hinggalah perbankan dan hospitaliti — menyentuh berjuta-juta kehidupan rakyat Kemboja setiap hari. Menyokong seni Khmer, baik di dalam mahupun di luar negara, menggambarkan dedikasi kami untuk memelihara dan meraikan nilai yang membuatkan kami unik sebagai warga Kemboja."
Acara ini menjadi peringatan yang cukup hebat mengenai kekuatan komuniti, terutamanya semasa tempoh mencabar yang dihadapi oleh mereka yang tinggal sepanjang sempadan.

Royal Group supports “Rise for Khmer,” showcasing Cambodian spirit globally and reinforcing unity, resilience, and community strength, especially for affected families from border conflicts.
Pengerusi Neak Oknha Kith Meng menyebut dalam catatannya yang terkini mengenai konsert ini bahawa:
"Walau betapa panjang malam yang ditempuh, semangat Khmer sentiasa menanti fajar menyingsing. Dan apabila fajar mula terbit, kita bina semula — bukan sahaja untuk diri kita sendiri, bahkan buat mereka yang menyusul. Ia bukan tentang seberapa tinggi kita bangkit; ia tentang berapa ramai yang kita bawa bersama."
Konsert yang berjaya ini dijayakan oleh Khmer Artists Association, di bawah kepimpinan Lok Chumteav Neak Oknha Mao Chamnan, Presiden Khmer Artists Association, melalui kolaborasi bersama Baramey Productions dan Sabay Events Productions dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja.