omniture

Ericsson dan LotusFlare Mengumumkan Pelaburan Ekuiti dan Perkongsian Strategik

LotusFlare
2025-12-03 15:00 2

STOCKHOLM dan SANTA CLARA, California, 3 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Ericsson, peneraju global dalam penyelesaian telekomunikasi, pada hari ini mengumumkan penyempurnaan pelaburan ekuiti dalam LotusFlare, penyedia platform perdagangan dan penjanaan pendapatan digital awan asli untuk penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP). Pelaburan ini akan melengkapkan penyelesaian menyeluruh Ericsson yang luas kepada CSP bagi mendedahkan dan menjana pendapatan daripada Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) rangkaian, serta meningkatkan skala global dan keupayaan pergi ke pasaran LotusFlare. Kickstart Ventures, cabang usaha niaga Globe Telecom, juga menyertai pusingan pelaburan berkenaan.

Perkongsian strategik ini dibina berdasarkan visi bersama untuk mempercepat pembangunan dan penempatan komersial penyelesaian perisian dikuasakan AI dalam industri telekomunikasi, bagi mewujudkan ekosistem API rangkaian global. Pelaburan Ericsson untuk kepentingan minoriti dalam LotusFlare ialah pengesahan tawaran Awan DNO LotusFlare yang akan menyediakan pengabstrakan rangkaian dan pendedahan rangkaian luaran, termasuk pengurusan persetujuan, untuk API rangkaian. Kerjasama ini menandakan pencapaian penting dalam perjalanan LotusFlare kerana syarikat itu bersedia untuk fasa pertumbuhan dan perkembangan yang seterusnya.

Kedudukan pasaran LotusFlare yang berbeza disokong oleh dua barisan produk yang amat bersepadu, direka bentuk untuk memacu pertumbuhan hasil, kecekapan pengendalian dan penjanaan pendapatan secara besar-besaran untuk CSP:

  • Awan Digital Network Operator® (DNO™) LotusFlare, platform perdagangan dan penjanaan pendapatan digital dikuasakan AI yang memberikan hasil perniagaan berharga kepada CSP merentasi rangkaian perniagaan pengguna, perusahaan dan borong. Pada hari ini, DNO memperkasa pasaran API, mudah alih, jalur lebar dan jenama tertumpu, serta platform MVNE/O untuk pengendali global yang terkemuka.
  • eSIM Nomad, produk ketersambungan global berpotensi menyumbang kepada kesan besar yang menyediakan pelan data mudah, andal dan berpatutan kepada pengembara atau pelancong di lebih 200 destinasi di seluruh dunia.

Niklas Heuveldop, Naib Presiden Kanan, Ketua Bidang Perniagaan Platform Komunikasi Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Vonage, berkata: "Kami amat berbesar hati untuk mewujudkan perkongsian strategik ini dengan LotusFlare. Gabungan rangkaian berprestasi tinggi Ericsson yang boleh diprogramkan dengan keupayaan Pengabstrakan Rangkaian LotusFlare, keupayaan pengagregatan API rangkaian global Aduna dan penyelesaian perusahaan dikuasakan rangkaian Vonage akan mempercepat kemampuan CSP bagi membuka keupayaan rangkaian baharu dan memanfaatkan satu daripada peluang penciptaan nilai yang paling penting untuk industri. Dengan mengukuhkan lagi ekosistem industri, Ericsson mempercepat peluang bagi CSP, perusahaan dan pembangun untuk bekerjasama dan berinovasi pada hiperskala, memanfaatkan potensi 5G dan AI sepenuhnya."

"Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Ericsson sebagai pelabur dalam LotusFlare," kata Sam Gadodia, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama LotusFlare. "Sejak penubuhan kami, misi kami ialah untuk memudahkan teknologi dan pengalaman pelanggan. Kami telah membuat kemajuan besar ke arah matlamat ini melalui kedua-dua perniagaan Awan DNO dan eSIM Nomad kami. Pelaburan Ericsson mewakili pengesahan yang kuat terhadap inovasi produk dan impak pasaran kami. Kami yakin perkongsian ini akan membuka peluang pasaran baharu dan mempercepat pembangunan keupayaan penjanaan pendapatan aset rangkaian kritikal untuk CSP di seluruh dunia."

"LotusFlare secara konsisten menunjukkan bahawa syarikat itu boleh membina dan menempatkan produk bertaraf dunia dengan kemajuan yang besar untuk pengendali perkhidmatan mudah alih seperti LP kami, Globe Telecom. Pelaburan kami menunjukkan keyakinan kami terhadap prestasi kukuh syarikat tersebut dan perkaitan strategik yang berterusan. Kami percaya pusingan terkini yang dipimpin oleh Ericsson ini menjadikan peluang tersedia lebih menarik bagi kami dan meletakkan LotusFlare untuk lembaran kukuh yang seterusnya," kata Rakan Pengurusan dan Pengasas Bersama Kickstart Ventures, Dan Siazon.     

Kedua-dua syarikat merancang untuk meneroka peluang berkaitan dengan penjanaan pendapatan aset rangkaian dan pendedahan API. Bersama pelaburan ini, LotusFlare akan memperluas kehadiran global syarikat itu, mempercepat pembangunan penyelesaian sedia AI yang menjimatkan kos dan mengurangkan kerumitan, serta menyampaikan platform terkemuka industri untuk CSP.

Gunderson Dettmer berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada LotusFlare yang dipimpin oleh rakan kongsi Bennett Yee.

Maklumat Tentang LotusFlare  

Misi LotusFlare ialah mereka bentuk, membina dan memajukan platform perdagangan dan penjanaan pendapatan natif awan, Awan DNO, secara berterusan yang memudahkan teknologi dan pengalaman pelanggan untuk menyampaikan hasil yang bernilai kepada perusahaan. LotusFlare memiliki dan mengendalikan eSIM Nomad, yang mengubah ketersambungan global dengan menyediakan pelan data yang mudah, andal dan berpatutan kepada pengembara atau pelancong di lebih 200 destinasi.

Maklumat Tentang Ericsson

Rangkaian berprestasi tinggi Ericsson menyediakan ketersambungan kepada berbilion pengguna setiap hari. Selama hampir 150 tahun, kami telah menjadi perintis dalam mencipta teknologi untuk komunikasi. Kami menawarkan penyelesaian komunikasi mudah alih dan ketersambungan untuk penyedia perkhidmatan dan perusahaan. Bersama dengan pelanggan dan rakan kongsi, kami menjadikan dunia digital masa akan datang satu realiti. www.ericsson.com

Maklumat Tentang Kickstart Ventures

Didorong oleh visi syarikat untuk membentuk masa depan yang lebih baik, Kickstart Ventures melabur dalam syarikat permulaan teknologi yang menyelesaikan masalah dunia sebenar melalui inovasi yang mampan dan holistik. Firma modal usaha niaga korporat syarikat terkemuka Filipina, Kickstart Ventures mempunyai 71 pelaburan di seluruh dunia yang diterajui oleh 140+ pengasas.

Maklumat Hubungan Ericsson

Ralf Bagner, Ketua Perhubungan Media
Telefon: +46 76 128 47 89
E-mel: ralf.bagner@ericsson.com 

https://x.com/ericsson
https://www.facebook.com/ericsson
https://www.linkedin.com/company/ericsson

Maklumat Hubungan LotusFlare

Eric Morhenn
Ketua Pegawai Komersial
Alamat E-mel: eric@lotusflare.com
Berita LotusFlare: https://lotusflare.com/news/
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/lotusflare

Maklumat Hubungan Kickstart Ventures

Celina Durante
Ketua Komunikasi
Alamat E-mel: celina@kickstart.ph
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/kickstart-ventures-inc-

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2449183/5648568/LotusFlare_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2835232/Ericsson_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: LotusFlare
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Venture Capital