Daripada hadiah bermakna hinggalah kepada mencipta kenangan indah bersama, pengunjung dijemput untuk meraikan Krismas yang dirasakan 'tepat' bersama orang-orang tersayang.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Pusat Beli-belah IPC dengan bangganya memperkenalkan kempen Krismas tahun ini iaitu 'Once Upon a Christmas Dream' yang didedikasikan untuk memberi hadiah bermakna. Bersandarkan kepada slogan 'The Lagom Life, It's Just Right,' sambutan perayaan pada tahun ini ingin membawa magik ke dunia nyata, di samping mengingatkan setiap pengunjung bahawa hadiah terbaik boleh datang dalam pelbagai berbagai bentuk, baik dalam bentuk kenangan yang dekat di hati, pengalaman indah yang dikongsi, atau rasa keriangan yang dinikmati, mahu pun dalam bentuk detik-detik bermakna yang dilalui bersama mereka yang dikasihi.
Pusat Beli-belah IPC Memperkenalkan Tema ‘Once Upon A Christmas Dream’ Di Mana Setiap Orang Boleh Menemui Hadiah Impian yang Tepat
Dari 20 November hingga 4 Januari, IPC berubah menjadi sebuah ruang yang penuh kehangatan dan suasana perayaan, menampilkan pengalaman unik berinspirasikan Scandinavia untuk menghidupkan magik musim ini. Reka bentuk ruang legar utama (concourse) mengasyikkan para pengunjung dengan suasana Swedish Winter Market yang memikat, lengkap dengan rumah-rumah kayu asli yang estetik, tekstur rustik, serta cahaya hangat yang menyerlahkan pesona Scandinavia.
Tumpuan kepada acara perayaan kali ini adalah Kuda Dala yang ikonik, yang akan mengambil peranan lebih besar sebagai rusa kutub Santa untuk mencipta kemeriahan suasana Krismas yang magikal. Keindahan suasana ini dihidupkan lagi melalui ketelitian perincian seperti tempat meletak patung Tomte di samping suntikan elemen Nordic yang lain di seluruh ruang legar utama.
Pengunjung juga dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti interaktif, termasuklah mengunjungi pasar-pasar jualan, sudut kraf tangan kreatif, serta mengambil foto di tempat-tempat menarik yang dibina dengan rekaan yang begitu mengagumkan, kesemuanya bagi memeriahkan lagi sambutan Krismas untuk setiap individu mahupun seisi keluarga.
Hiburan Sempena Perayaan & Bengkel Menarik
Pengalaman yang magikal ini bukan sekadar hanya memasang hiasan sahaja malah terdapat atur cara persembahan pada tarikh terpilih di ruang legar utama, Aras G. Antaranya termasuklah persembahan muzikal mengikut tema, seperti bagpipe & dram, nyanyian karol secara akapela, dan persembahan brass ensemble yang akan menghangatkan lagi suasana pusat beli-belah tersebut dengan keriangan musim cuti yang dinanti-nantikan.
Maskot kesayangan IPC, Tomte dan Swedish Maiden turut akan berada di sana untuk menyambut kedatangan para pengunjung yang ingin membeli-belah, sambil mengedarkan hadiah istimewa serta bergambar bersama-sama mereka.
Kanak-kanak yang telah berdaftar di bawah Små Club IPC boleh menyertai bengkel kraf tangan secara percuma dengan membuat pra-pendaftaran di aplikasi IPC. Acara yang telah disediakan termasuklah membuat hiasan perayaan, menghias beg rumah gingerbread, mengumpul/menyusun New Year's Celebration Crackers, serta menghasilkan Wand Streamers 2026, di mana bengkel ini direka untuk menggalakkan kreativiti anak-anak dan mengeratkan hubungan kekeluargaan, seterusnya membuktikan bahawa sesetengah hadiah yang paling 'tepat' adalah momen yang dihabiskan bersama yang tersayang.
Sambutan Krismas yang Lebih Hijau
Seiring dengan penekanan terhadap kehidupan Lagom Life yang seimbang dan pilihan yang mengutamakan alam sekitar, Pusat Beli-belah IPC meneruskan komitmennya untuk kehidupan yang lebih mampan dengan memilih bahan-bahan yang mesra alam untuk membina ruang pameran serta memberi ganjaran kepada pihak yang mengitar semula.
Pada tahun ini, untuk hiasan Krismas, IPC meneruskan amalan keprihatinannya terhadap alam sekitar dengan menggabungkan elemen bahan yang boleh diguna semula dan dikitar semula dalam keseluruhan dekorasi. Banyak binaan struktur diperbuat daripada kayu yang tak dirawat, manakala hiasannya pula daripada bahan yang diguna semula atau direka dengan teliti supaya boleh diguna dan dibentuk semula. Apabila kempen berakhir, IPC bakal bekerjasama secara rapat dengan rakan kongsinya untuk mengumpul dan mengitar semula bahan-bahan dengan penuh tanggungjawab di samping memastikan sambutan perayaan tetap diraikan dengan meriah.
Dari 20 November hingga 1 Mac 2026, ahli Tack Club boleh mendapatkan mata ganjaran berganda melalui aplikasi IPC untuk bahan-bahan terpilih di Recycling and Buy-Back Centre (RBBC).
Oleh yang demikian, pengunjung yang mahu menikmati sajian ketika berkumpul bersama keluarga digalakkan membawa bekas makanan atau botol air mereka sendiri semasa memesan hidangan untuk dibawa pulang di kedai-kedai yang mengambil bahagian. Menerusi program 'Bring Your Own Container (BYOC) Reward Programme' yang diperkenalkan baru-baru ini, ahli Tack Club boleh mendapatkan 'BYOC Reward' di aplikasi IPC menggunakan 5 mata ganjaran Tack melalui Rewards Catalogue dan imbas kod QR kedai tersebut di kaunter pembayaran untuk nikmati terus diskaun sebanyak RM0.50.
Hadiah Krismas untuk Pembeli
Dengan semangat untuk saling memberi, Pusat Beli-belah IPC telah menyediakan hadiah-hadiah yang praktikal untuk para pembeli di mana ia boleh ditebus di i-Counter di Aras G, antaranya seperti:
Cik Karyn Lim, Pengurus Besar Pusat Beli-belah IPC berkata, "Di Pusat Beli-belah IPC, kami percaya bahawa hadiah Krismas yang 'tepat' melangkaui apa yang mampu dibeli atau apakah di sebalik bungkusan yang cantik. Ia adalah tanda ingatan dan penemuan sesuatu yang istimewa, sama ada ia adalah barangan yang praktikal, sesuatu yang menarik, atau hidangan enak yang dikongsi bersama, menikmati detik indah dengan yang tersayang, mahu pun jalan bergandingan menyusuri Christmas Marketplace — segalanya ini semestinya dapat menceriakan hari-hari mereka. Sambutan perayaan 'Once Upon A Christmas Dream' kami pada tahun ini, direka untuk memastikan setiap pengunjung dapat menemui sesuatu yang dirasakan bermakna untuk diri mereka."
"Berdasarkan falsafah Lagom Life kami iaitu hidup dengan keseimbangan, bersederhana dan mempunyai matlamat, maka setiap aspek kempen ini dibentuk untuk memberi kegembiraan yang bukan secara berlebihan, mencipta momen indah, serta menggalakkan sambutan yang berpada-pada. Daripada susun atur kami yang mengagumkan dengan inspirasi Scandinavia hinggalah agihan ganjaran praktikal dan pengalaman yang tidak boleh dilupakan, Pusat Beli-belah IPC komited untuk menjadi lebih daripada sekadar destinasi membeli-belah. Kami mahu menjadi sebuah tempat di mana impian menjadi kenyataan dan hubungan erat dapat dijallinkan agar setiap pengunjung dapat menemukan 'Krismas yang tepat untuk mereka' bersama kami."
Dengan pengalaman yang membangkitkan semangat perayaan, penggunaan hiasan yang lestari, bengkel interaktif, serta ganjaran membeli-belah yang menarik, Pusat Beli-belah IPC mengalu-alukan seluruh komuniti untuk datang berkunjung meraikan Krismas dengan merasai kehangatan Nordic yang autentik, keterujaan mencari hadiah yang tepat, serta mencipta kenangan indah yang tidak dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut tentang 'Once Upon a Christmas Dream', sila layari ipc.com.my atau ikuti Pusat Beli-belah IPC di laman Facebook, Instagram, atau TikTok untuk sebarang promosi, acara dan info terkini.
Tentang IPC Shopping Centre:
Ditubuhkan pada Disember 2023, IPC Shopping Centre merupakan pusat pertemuan pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh IKEA dengan gambaran bangunan kotak biru besar dan adalah penting dalam portfolio Ikano Retail yang semakin berkembang di rantau Asia Tenggara ini. Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah campuran pelbagai pembangunan pesat di Mutiara Damansara, ia berfungsi sebagai rumah ketiga yang tidak asing lagi untuk komuniti baik di sekitar mahupun pengunjung daripada luar. Lebih dari sekadar destinasi membeli-belah, di IPC Shopping Centre, semua pengunjung boleh menaikkan semula semangat mereka, saling berhubung, dan menikmati detik-detik bermakna, semasa mereka membeli barangan keperluan mereka. Berakar umbi dari warisan negara Sweden, IPC Shopping Centre menerapkan konsep Lagom Life – gaya hidup yang seimbang, mampan, dan secukupnya. Kesemua ini dibentuk daripada kehidupan yang berinspirasikan alam sekitar, campuran rakan-niaga yang dipilih dengan teliti, hinggalah pengalaman di pusat tersebut secara keseluruhan yang mengajak pengunjung untuk bersederhana, mencari keseimbangan, dan menikmati hidup mengikut keupayaan masing-masing. IPC Shopping Centre turut menerajui kelestariannya melalui perkhidmatan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycling and Buy-Back Centre) yang canggih serta pelbagai inisiatif lain untuk menjaga alam sekitar dalam memupuk penglibatan komuniti dan menunjukkan komitmen mereka mengekalkan dan menjaga kehijauan di muka bumi ini demi masa depan.