omniture

CIIE 2025 Buka Pintu kepada Peluang Global: Inovasi, Keterangkuman dan Pasaran Baharu Jadi Tumpuan Utama

China International Import Expo (CIIE)
2025-12-03 22:08

SHANGHAI, 3 Disember 2025 /PRNewswire/ -- "Klover Empat-Daun", yang memberi rupa bentuk National Exhibition and Convention Center (NECC), sekali lagi menjadi ibu kota perniagaan dunia apabila Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kali kelapan diadakan mulai 5 hingga 10 November 2025.


Tahun ini, enam negara tetamu kehormat — Sweden, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Colombia, Nigeria, Thailand dan Georgia — menjadi tumpuan utama acara ini yang mewakili empat benua dan komitmen bersama terhadap pertumbuhan yang terbuka dan mampan.

Bahagian Baharu Memupuk Inovasi dan Keterangkuman

CIIE pada tahun ini membawakan beberapa bahagian pameran yang julung kali diadakan yang direka untuk menggalakkan inovasi dan penyertaan yang lebih inklusif. Zon yang baru diwujudkan untuk negara-negara di Asia dan Afrika menonjolkan produk-produk dari negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan China, menawarkan capaian keutamaan dan dasar kemasukan tarif sifar yang membantu pengeksport kecil-kecilan mendapat tempat bertapak pertama mereka dalam ekonomi pengguna yang kedua terbesar di dunia ini.

Meningkatkan Keterbukaan Berstandard Tinggi untuk Kemakmuran Bersama

CIIE kelapan menyambut lebih 4,108 peserta pameran dari lebih 155 negara dan wilayah, meliputi ruang pameran seluas 430,000 meter persegi. Sejumlah 67 negara dan organisasi telahpun mengesahkan penyertaan, termasuk 17 negara Afrika yang mempamerkan produk-produk mereka yang tersendiri— kacang soya dari Nigeria, nanas dari Benin dan kopi dari Burundi — yang menonjolkan kepelbagaian yang beraneka dan kualiti barangan Afrika yang dipamerkan.

Pandangan forum dan kerjasama global 

Di samping ekspo ini, Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao (HQF) sekali lagi menghimpunkan para pemimpin pemikiran global untuk mempererat kerjasama dan berkongsi pandangan mengenai keterbukaan. Forum ini mengeluarkan World Openness Report 2025 (Laporan Keterbukaan Dunia 2025) dan World Openness Index (Indeks Keterbukaan Dunia) terkini yang memberikan analisis berautoriti mengenai keterbukaan ekonomi global serta keterbukaan peringkat tinggi China. Buat julung kalinya, seorang ahli ekonomi pemenang Hadiah Nobel mengetuai pendrafan bab khas dalam laporan ini dan sumbangan daripada organisasi-organisasi antarabangsa memperluas perspektifnya. Menerusi tema Forum ini iaitu "Keterbukaan demi Peluang Baharu, Berkolaborasi demi Masa Depan Bersama," sebanyak 25 sesi selari diadakan yang meliputi topik-topik bermula daripada penggiatan semula kerjasama pelbagai hala dan inovasi digital hinggalah pembangunan hijau dan pembinaan ekonomi yang lebih terbuka.

CIIE kali kelapan melabuhkan tirai dengan jayanya, lantas mengesahkan sekali lagi misi globalnya — menghubungkan pasaran, menginspirasikan inovasi dan memajukan pertumbuhan inklusif. Para peserta pameran dan pelawat dari seluruh dunia berhimpun di Shanghai dan mengubah peluang menjadi kenyataan.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila kunjungi laman web rasmi CIIE: Ekspo Import Antarabangsa China.

Hubungi: Cik Cui Yan Tel.: 0086-21-968888 Emel: exhibition@ciie.org

Source: China International Import Expo (CIIE)
Keywords: Publishing/Information Service Trade show news