SINGAPURA, 7 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Kayou, salah satu jenama barang koleksi dan budaya pop yang berkembang paling pantas di dunia membuat pendekatan yang luar biasa di hadapan pengguna di Singapore Comic Con (SGCC) 2025, lantas memperteguh komitmennya untuk meluaskan jangkauan pengedaran dan membina komuniti peminat setempat di seluruh Asia Tenggara.
Memperluas tema "KAYOU COLLECTIBLES, HERE FOR THE SUPERFANS", jenama ini mempamerkan persekitaran imersif mengutamakan peminat yang menampilkan artis-artis global dan bakat e-sukan serantau—termasuk Brenda Hickey, pelukis ilustrasi buku komik rasmi My Little Pony; artis terkenal Zeen Chin; pelukis ilustrasi Hendry Prasetya; dan pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang RRQ Banana dan Letda Hyper. Menandatangani autograph secara langsung, pameran interaktif dan pelancaran IP kolaborasi-artis baharu "SKEEN" mengetengahkan fokus Kayou dalam menggabungkan kandungan global dengan budaya peminat tempatan.
Reruai Kayou menawarkan pengalaman berbilang-IP yang dibina berdasarkan My Little Pony, Naruto, Harry Potter, Mobile Legends: Bang Bang dan Free Fire, lalu mewujudkan ruang dinamik yang membolehkan peminat berinteraksi melalui seni, e-sukan dan barang koleksi.
Pengaktifan ini berlaku tatkala Kayou terus meluaskan kehadiran jualan fizikalnya di seluruh rantau ini. Sejak menembusi pasaran Asia Tenggara, Kayou mewujudkan rangkaian dengan lebih daripada ribuan titik sentuh jualan di seluruh Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam, disokong oleh lebih 20 rakan pengedar tempatan.
"Kami berada di sini untuk berkembang bersama-sama rakan kongsi saluran kami dan membina komuniti peminat yang berkekalan yang bertunjangkan budaya tempatan," kata Ketua Komersial Luar Negara Kayou. "Dengan memperluas rangkaian pengedaran kami dan mencipta kandungan yang relevan dan menarik, kami memudahkan peminat untuk mengakses jenama-jenama yang mereka gemari—dan dalam masa yang sama membawa tenaga baharu kepada kategori barang koleksi."
Melangkah ke hadapan, Kayou akan terus meluaskan jejak jualannya dan mempererat kolaborasi dengan pengedar di seluruh Asia Tenggara bagi mengupayakan kebolehcapaian produk yang lebih luas dan memupuk lingkungan perbincangan peminat yang dikongsi bersama. Melalui fokus yang berterusan terhadap IP resonan di peringkat tempatan dan pengaktifan berpusatkan peminat, Kayou bermatlamat untuk memantapkan peranannya sebagai jambatan antara budaya pop global dan komuniti pengumpul yang rancak di Asia Tenggara.
Latar Belakang Kayou
Kayou ialah syarikat kad dagangan dan produk hiburan menyeluruh yang terkemuka di China dan disenaraikan dalam Hurun Global Unicorn Index 2025. Dengan portfolio yang mencapai hampir 100 IP berlesen dalam bidang animasi, hiburan dan budaya pop, Kayou bermatlamat untuk menjadi kurator bagi barang koleksi premium dan pengalaman budaya pop terkemuka di dunia. Jenama ini terus menjalin hubungan yang bermakna untuk peminat tegar di seluruh dunia melalui inovasi boleh diskala dan penceritaan yang imersif. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.kayouofficial.com dan ikuti @kayousea di Instagram dan @kayou_sea di TikTok.