BALLARAT, Australia, 8 Disember, 2025 /PRNewswire/ -- Federation University Australia ialah jenis universiti yang melaluinya para pelajar berasa dihargai, disokong dan dipersiapkan untuk menggapai kejayaan. Kampus mereka menjangkau ke seluruh Victoria - bermula daripada komuniti wilayah Ballarat dan Gippsland yang mesra hinggalah Berwick dan Melbourne City, yang terletak di salah sebuah bandar yang paling mesra pelajar di dunia[1]. Sebagai universiti pendidikan kerjasama (Co-op) Australia yang terkemuka, Federation menerapkan penempatan berbayar ke dalam kursusnya untuk memberikan pengalaman dunia sebenar, hubungan dan keyakinan sebelum menamatkan pengajian kepada setiap pelajar. Dengan saiz kelas yang lebih kecil, perkhidmatan sokongan antarabangsa khusus dan komuniti kampus pelbagai budaya yang mesra, pengalaman universiti yang dilalui oleh setiap pelajar terasa diperibadikan sejak awal.

Hon. John Brumby AO, Vice-Chancellor Professor Duncan Bentley and Department Secretary Danni Jarrett.
Premier's Award merupakan pengiktirafan yang tertinggi untuk pendidikan antarabangsa di Victoria dan menggambarkan komitmen Federation dalam memastikan para pelajar berjaya dari segi akademik, profesional dan peribadi.
Disampaikan oleh Yang Berhormat John Brumby AO, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Antarabangsa Victoria dan Bekas Premier Victoria, Anugerah ini mengiktiraf pelaburan yang dibuat oleh Federation University dalam kejayaan pelajar antarabangsa dan rekod prestasi yang kukuh dalam mempersiapkan siswazah untuk memiliki kerjaya yang berdaya saing di peringkat global.
Model Pendidikan Kerjasama Universiti yang mendahului negara ini turut diiktiraf menerusi Anugerah Kecemerlangan dalam Kebolehpasaran dan Pembangunan Kerjaya Pelajar Antarabangsa.
Co-op turut membantu pelajar memulakan kerjaya mereka dengan menyediakan pengalaman kerja dunia sebenar dan hubungan industri sebagai sebahagian daripada pengajian mereka.
Sebagai yang pertama di Australia, Co-op menawarkan penempatan berbayar yang dikira dalam kelayakan pelajar tanpa melanjutkan tempoh pengajian ijazah sarjana muda mereka.
Apa yang penting, Co-op diterjemahkan kepada hasil dunia sebenar, dengan Federation dinamakan sebagai nombor satu di Victoria bagi guna tenaga pascasiswazah keseluruhan dan nombor dua di Victoria bagi guna tenaga siswazah keseluruhan – dengan ramai pelajar antarabangsa memperoleh pekerjaan berterusan hasil daripada penempatan Co-op mereka.
Sejak tahun 2013, Victorian International Education Awards meraikan para pelajar antarabangsa, siswazah baharu dan juga penyedia industri yang paling cemerlang di negeri ini.
Anugerah-anugerah ini mengetengahkan kecemerlangan dalam kepimpinan dan inovasi bagi sektor pendidikan antarabangsa, seterusnya memperkukuh kedudukan Victoria sebagai destinasi pendidikan bertaraf dunia.
Petikan yang boleh disandarkan kepada Naib Canselor dan Presiden Federation University, Profesor Duncan Bentley
"Di Federation, kami benar-benar percaya pelajar antarabangsa penting kepada peranan yang kami tonjolkan sebagai sebuah universiti dan juga sebuah komuniti."
"Anugerah-anugerah ini mengesahkan komitmen kami dalam mencipta peluang yang dapat memastikan pelajar antarabangsa meraih kejayaan – baik di Victoria mahupun di seluruh dunia."
Petikan yang boleh disandarkan kepada Timbalan Naib Canselor Global, Keterlibatan dan Kualiti, Carolyn Chong
"Kami berasa bangga menerima pengiktirafan ini, namun ganjaran sebenar ialah apabila melihat pelajar kami berjaya. Setiap inisiatif – bermula daripada penempatan Co-op hinggalah sokongan pelajar – dirancang untuk memberi permulaan yang sebaiknya kepada pelajar dalam kerjaya dan juga kehidupan mereka."
Terokai penempatan berbayar yang dijamin melalui model Co-op Federation University.
[1] QS Best Student Cities 2026
Hubungan Media: Katerina Hatzi | 03 8768 5546 | media@federation.edu.au