![]() |
BANDAR TAGUIG, Filipina, 7 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Kerry, peneraju bertaraf global bagi citarasa dan pemakanan, membuka secara rasminya pejabat yang dinaik taraf dan Pusat Penciptaan Bersama Pelanggan di Bandar Taguig yang memperteguh komitmennya untuk memupuk perkongsian dan mempercepat inovasi makanan di seluruh Filipina dan juga Asia Tenggara.

Kerry's expanded office and Customer Co-Creation Centre in Taguig City will foster partnerships and accelerate food innovation across the Philippines and Southeast Asia.
Dengan beroperasi selama lebih sedekad di Filipina, Kerry mengalami pertumbuhan yang kukuh merentas tiga saluran perniagaan yang utama: jualan, rangkaian perkhidmatan makanan dan jenama. Direka sebagai hab moden untuk kepimpinan pemikiran dan kolaborasi pelanggan, pejabat seluas 716 meter persegi ini dijangka akan memberi inspirasi kepada penciptaan konsep yang berjaya dan penyelesaian makanan pada masa akan datang.
Ruang pejabat ini mempunyai makmal khusus yang mengupayakan inovasi secara langsung, termasuk makmal Sweet, Savoury dan Meat, suit pelanggan khusus untuk pelanggan jenama penyelesaian minuman DaVinci Gourmet dan dapur uji masak-memasak bagi perkhidmatan makanan serta rakan kongsi jualan, selain bilik lembaga, bilik mesyuarat dan reruai untuk tugas individu.
Upacara pembukaan diserikan dengan kehadiran Puan Yang Terutama Emma Hickey, Duta Besar Ireland ke Filipina yang menonjolkan hubungan erat antara Ireland dan Filipina serta peranan Kerry sebagai pusat kecemerlangan inovasi citarasa, minuman dan makanan untuk wilayah ini.
Pengguna Filipina semakin mengutamakan kesihatan, kemudahan dan nilai dalam pilihan makanan dan minuman mereka. Laporan Voice of the Consumer (Suara Pengguna) 2025 PwC menunjukkan bahawa 67% pengguna Filipina memetik nilai pemakanan sebagai faktor utama apabila membeli makanan, manakala 45% mencari jenama yang menjimatkan atau bernilai bagi mengurus kenaikan kos. Produk-produk dengan ramuan semula jadi, penguatan tambahan dan label bersih mendapat permintaan tinggi, lantas memperlihatkan keutamaan yang mantap terhadap pilihan yang lebih sihat.
Kemudahan juga sesuatu yang amat penting: populariti produk sedia diminum dan hidangan sedia dimakan terus meningkat. Satu tinjauan global pada tahun 2024 berhubung State of Snacking (Keadaan Menikmati Kudapan) menunjukkan bahawa Filipina mengungguli kedudukan teratas di dunia bagi pengambilan kudapan, namun tinjauan baru-baru ini juga menunjukkan bahawa 99% penggemar kudapan Filipina mengamalkan pengambilan kudapan yang bermanfaat, dengan 91% menggabungkan manisan yang memberi kepuasan dengan pilihan yang lebih sihat dan 80% mencari kudapan yang dikawal bahagiannya.
Jacinta Macapugay, Ketua Negara & Ketua Komersial, Kerry Philippines mengulas: "Tatkala pengguna Filipina mencari pilihan yang lebih sihat, lebih mudah dan bernilai lebih baik, pelaburan kami bertujuan untuk memperkasakan pasukan dan rakan kongsi kami untuk bersama-sama mencipta masa depan makanan. Kami dapat bersama-sama mengemudi keutamaan pengguna yang berubah-ubah dan mendayakan inovasi yang lebih pantas dan lebih relevan yang dapat memenuhi citarasa serta keperluan pengguna Filipina yang kian berkembang, seterusnya meraikan budaya makanan yang meriah di negara ini serta memacu pertumbuhan yang mampan untuk tahun-tahun mendatang."