![]() |
Jangkauan Seluruh Dunia Berterusan Memacu Peluang Kolaborasi Lebih Besar
BEIJING, 8 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China ke-4 ("CISCE," "Ekspo") akan diadakan di Beijing mulai 22 hingga 26 Jun 2026. Setakat ini, lebih daripada 300 syarikat telahpun mendaftar untuk mengadakan pameran, dengan persiapan menunjukkan kemajuan yang lancar.
Mulai 30 November hingga 2 Disember, satu perwakilan pemimpin perniagaan China yang dianjurkan oleh Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) mengunjungi Kanada untuk terlibat dalam pertukaran yang meluas dengan wakil kerajaan serta industri. Di Forum Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan Kanada-China, kumpulan ini mengadakan pembentangan mengenai Ekspo yang akan datang kepada lebih 150 pegawai kerajaan, pemimpin institusi dan eksekutif korporat dari kedua-dua negara. Perbincangan menumpukan untuk mempererat kolaborasi dalam pembuatan termaju, teknologi digital, tenaga bersih dan pertanian lestari.

Canada-China Forum on Trade and Investment Cooperation Held in Toronto,On-site Promotion the 4th China International Supply Chain Expo (CISCE).
Susulan peristiwa ini, CCPIT menghantar satu perwakilan ke Amerika Syarikat untuk terlibat dalam dialog ekstensif bersama pemimpin politik dan perniagaan Amerika sekali gus mengadakan beberapa acara promosi di seluruh negara berkenaan. Pada 4 Disember, bertempat di Washington, D.C., Presiden CCPIT Ren Hongbin berucap di forum "Daripada Dasar kepada Perkongsian: APEC 2026 – Membuka Potensi Perdagangan dan Pelaburan." Beliau menyatakan mengenai manfaat timbal-balik daripada hubungan komersial A.S.-China dan dalam masa yang sama menegaskan sekali lagi peranan CCPIT dalam mempererat kerjasama praktikal dan menggalakkan pembangunan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala yang stabil dan dalam tempoh jangka panjang. Para hadirin A.S. menunjukkan minat yang tinggi untuk memantapkan hubungan rantaian bekalan dengan China. Semasa berlangsungnya forum berkenaan, China International Exhibition Center Group mengadakan pembentangan khusus mengenai CISCE kali ke-4.

The Forum “From Policy to Partnership: APEC 2026 – Unlocking Trade and Investment Potential” Held in Washington, D.C. On-site Promotion the 4th China International Supply Chain Expo (CISCE)
Pada 5 Disember, perwakilan ini menghadiri "Port of Opportunity: U.S.-China Business Networking Breakfast" ("Pelabuhan Peluang: Sarapan Perangkaian Perniagaan A.S.-China") di Oakland, California yang memfokuskan pada teknologi digital, kecerdasan buatan dan sektor-sektor baru muncul yang lain bagi meninjau peluang inovasi bersama dalam ekosistem industri kedua-dua negara. Satu lagi pembentangan terperinci mengenai CISCE ke-4 turut dikongsikan.
Ekspo ini menjadi platform yang amat penting untuk memajukan kerjasama antarabangsa dalam rantaian industri dan bekalan global. Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China menyatakan bahawa ia akan terus mematuhi panduan strategik dalam Rancangan Lima Tahun ke-15 bagi memastikan standard yang tinggi dan kualiti unggul dalam kesemua persiapan yang dijalankan untuk edisi keempat Ekspo ini.
Sila kunjungi https://en.cisce.org.cn/ untuk berita mutakhir yang lebih lanjut mengenai Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China ke-4.