![]() |
BEIJING, 9 Disember 2025 /PRNewswire/ -- SANY Group mengumumkan bahawa trak tugas berat autonomi generasi keempat yang dibangunkan secara bersama oleh SANY Heavy Truck dan Pony.ai hampir mencapai kesediaan pengeluaran besar-besaran, dengan kumpulan pertama dijangka akan memulakan operasi komersial pada tahun depan. Pencapaian penting ini akan memantapkan kepimpinan global China bagi pengangkutan autonomi dan mempercepat transformasi digital, pintar dan rendah karbon dalam industri logistik.
Kemajuan Teknologi Memacu Pengangkutan Autonomi Boleh Skala
Sebagai pencapaian yang terkini bagi integrasi teknikal yang mendalam antara kedua-dua syarikat, model baharu ini dilengkapi dengan pek bateri lebih 400 kWj. Setiap kenderaan dijangka dapat mengurangkan emisi karbon tahunan sebanyak kira-kira 60 tan, lantas menetapkan penanda aras untuk transformasi rendah karbon dalam industri logistik.
Dari segi keselamatan dan keandalan, trak ini menerima pakai reka bentuk casis pacu-melalui-wayar lewah sepenuhnya daripada SANY yang mencakupi enam sistem teras — kemudi, brek, komunikasi, bekalan kuasa, pengkomputeran dan penderiaan. Ia telahpun lulus ujian EMC dan suhu ekstrem yang ketat, lalu mewujudkan sistem perlindungan komprehensif yang meningkatkan standard keselamatan pengangkutan autonomi dalam seluruh industri.
Berkenaan kecekapan operasi, penyelesaian platun autonomi "1+4" — satu trak dipandu oleh manusia diikuti oleh empat trak tanpa pemandu, berdasarkan anggaran pandu, dapat mengurangkan kos pengangkutan setiap kilometer sebanyak 29% dan meningkatkan keuntungan kendalian sebanyak 195%. Penyelesaian yang boleh direplikasi ini akan menyokong logistik dalam mengoptimumkan operasi pelabuhan pintar.
Zhou Wanchun, Naib Presiden SANY Group dan Pengurus Besar SANY Heavy Truck Marketing, berkata pada majlis menandatangani perjanjian: "Pengeluaran besar-besaran trak autonomi generasi keempat ini menyaksikan satu lagi pencapaian penting dalam strategi Pendigitalan dan penyahkarbonan SANY. Casis pacu-melalui-wayar lewah sepenuhnya yang utama dalam industri menyediakan asas perkakasan yang andal untuk pemanduan autonomi. Melalui kolaborasi mendalam bersama Pony.ai, kami mempercepat penerimagunaan peralatan logistik pintar secara terskala dan memberikan tambahan yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam kecekapan operasi."
Sejak membentuk perkongsian strategik mereka pada tahun 2022, kekuatan SANY dalam pembangunan casis dan kenderaan pacu-melalui-wayar benar-benar sejajar dengan teknologi pemanduan autonomi Pony.ai yang utama. Mereka bersama-sama mencapai penggunaan "5G + pemanduan autonomi + elektrifikasi" yang pertama di dunia untuk trak tugas berat, mencapai kemajuan daripada prototaip kepada pengeluaran besar-besaran penuh.
Melalui kerjasama bersama Sinotrans, rakan kongsi ini mewujudkan model "Kenderaan + Teknologi + Senario" yang mentakrifkan industri bagi memastikan penjajaran optimum antara kapasiti pengeluaran, kematangan teknologi dan operasi dunia nyata.
Pengeluaran besar-besaran model autonomi generasi keempat akan memacu industri ini untuk beralih daripada operasi demonstrasi terhad kepada penggunaan komersial tanpa pemandu berskala besar. Menerusi kemajuan dalam teknologi, keselamatan, prestasi rendah karbon dan daya maju perniagaan, SANY, bersama-sama Pony.ai akan terus mempercepat transformasi pintar dan hijau dalam sektor logistik.