omniture

Persidangan MOOC dan Pendidikan Dalam Talian Global 2025 Diadakan di Mexico

Tsinghua University
2025-12-09 19:52 3

BEIJING, 9 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Persidangan MOOC dan Pendidikan Dalam Talian Global 2025 yang bertemakan "Menerobos Sempadan dan Membentuk Semula Masa Depan: Pendidikan Global Terbuka dan Pintar" telahpun diadakan di National Autonomous University of Mexico (UNAM) mulai 2–4 Disember. Upacara pembukaan membawakan ucapan daripada Li Luming, Presiden Tsinghua University dan Pengerusi Lembaga Global MOOC and Online Education Alliance; Patricia D á vila Aranda, Setiausaha Agung UNAM; dan Asha Kanwar, Pengerusi Lembaga Pentadbir UNESCO IITE. Stefania Giannini, Penolong Ketua Pengarah Pendidikan UNESCO menyampaikan ucapan video.

Presiden Li menghulurkan sambutan mesra dan mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kehormat yang menghadiri persidangan ini. Beliau mengulas mengenai usaha Perikatan sepanjang tahun lalu dalam empat bidang utama: Kualiti, Ekuiti, Komuniti dan Kebijaksanaan, selain mengumumkan kemasukan rasmi Vietnam National University, Hanoi dan Federal University of Rio De Janeiro sebagai anggota baharu Global MOOC and Online Education Alliance. Beliau memberikan analisis mendalam mengenai laluan praktikal untuk universiti-universiti dalam era AI menerobos halangan disiplin, mengatasi kekangan temporal dan ruang, serta mentakrifkan semula peranan institusi. Beliau memperkenalkan penerokaan oleh Tsinghua University dalam membina model pendidikan "AI-natif" dan memajukan transformasi paradigma pendidikan. Tambahan pula, beliau menyeru universiti-universiti di seluruh dunia untuk berpadu tenaga dalam memanfaatkan teknologi pintar bagi melangkaui sempadan masa, ruang, disiplin dan juga peranan guru-pelajar tradisional, seterusnya membentuk ekosistem pembelajaran masa depan yang lebih inklusif dan bingkas secara kolaboratif.

Giannini memuji Perikatan ini kerana memajukan ekuiti dan keterangkuman pendidikan global, selain menyeru kerjasama antarabangsa bagi memastikan manfaat transformatif buat semua pelajar.

Dávila menggesa universiti-universiti untuk memanfaatkan persidangan ini sebagai satu peluang untuk bersama-sama membina ekosistem pendidikan yang lebih inklusif, pintar dan berpusatkan insan.

Li, D á vila, Kanwar dan Anabel de la Rosa G ó mez, Penyelaras bagi Koordinasi Universiti Terbuka dan Pendidikan Digital National Autonomous University of Mexico, bersama-sama mengeluarkan Laporan Pembangunan Digital bagi Pendidikan Tinggi Global (2025) dan Indeks Pembangunan Digital Pendidikan Tinggi Gobal (2025).

Persidangan ini turut mengeluarkan Deklarasi Bandar Raya Mexico yang memperkenalkan konsep "MOOC Pintar" buat pertama kalinya di peringkat global dan mendedahkan buat julung kalinya satu siri MOOC Pintar, termasuk Chemical Engineering Thermodynamics Tsinghua University.

Mesyuarat Lembaga Global MOOC and Online Education Alliance diadakan secara serentak. Peng Gang, Naib Presiden Tsinghua University dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Global MOOC and Online Education Alliance, menghadiri mesyuarat ini dan menyampaikan ucapan. Telahpun diputuskan bahawa Vietnam National University, Hanoi, akan menjadi tuan rumah bersama bagi Persidangan MOOC dan Pendidikan Dalam Talian Global 2026.

Persidangan MOOC dan Pendidikan Dalam Talian Global 2025 menghimpunkan lebih 180 wakil daripada 76 universiti, platform dalam talian, organisasi antarabangsa dan agensi kerajaan merentas 34 negara dan wilayah.

Source: Tsinghua University
Keywords: Education Higher Education Trade show news