omniture

Cision Melantik Amy Jones sebagai Ketua Pegawai Pemasaran

Cision Ltd.
2025-12-09 23:00 8

Pemimpin pemasaran SaaS dan teknologi yang berjaya untuk mempercepat strategi jenama dan permintaan global

CHICAGO, 9 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Cision, peneraju global dalam risikan media dan pengguna, pada hari ini mengumumkan pelantikan Amy Jones sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Jones akan memimpin organisasi pemasaran global Cision dan melapor secara langsung kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Guy Abramo.

Jones membawa lebih daripada 25 tahun pengalaman membina organisasi pemasaran bertaraf dunia untuk SaaS dan syarikat teknologi. Beliau menyertai Cision dari bahagian Jeppesen ForeFlight Boeing Digital, semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) dan membantu memacu pertumbuhan hasil dua digit sambil membantu penjualan syarikat bernilai $10.55B kepada Thoma Bravo.

Latar belakang beliau merangkumi penjanaan permintaan global, strategi jenama, pemasaran produk, analisis, inovasi martech dan keterlibatan saluran omni. Sebelum ini Jones pernah memegang jawatan kepimpinan di Oracle, Everbridge, Zeta Global, Grand Circle Corporation, Rue La La dan Vistaprint. 

"Saya amat teruja untuk menyertai Cision pada detik yang amat penting ini," kata Amy Jones, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Cision. "Skala, data dan inovasi dipacu AI Cision memberikan peluang yang luar biasa. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan ELT dan pasukan global kami bagi mempercepat pertumbuhan dan mengukuhkan cara kami menampilkan diri untuk pelanggan kami."

"Saya teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Amy ke Cision," kata Guy Abramo, Ketua Pegawai Eksekutif Cision. "Rekod prestasi beliau dalam memacu pertumbuhan yang boleh diukur, membina enjin GTM yang berskala besar dan memimpin organisasi mengharungi transformasi menjadikan beliau, individu yang sesuai untuk lembaran seterusnya."

Jones akan menyelia strategi pemasaran global Cision merentasi jenama, komunikasi, pemasaran produk, penjanaan permintaan, kandungan, acara, analisis dan operasi pemasaran. 

Maklumat Tentang Cision

Cision ialah peneraju global dalam penyelesaian risikan, keterlibatan dan komunikasi pengguna dan media. Kami melengkapkan ahli profesional perhubungan awam (PR) dan komunikasi korporat, pemasaran dan media sosial dengan alatan yang mereka perlukan untuk berjaya dengan cemerlang dalam dunia dipacu data hari ini. Kepakaran mendalam kami, perkongsian data eksklusif dan produk kami yang memenangi anugerah CisionOne, Brandwatchdan PR Newswire, membolehkan lebih 75,000 syarikat dan organisasi, termasuk 84% daripada Fortune 500 untuk melihat dan dilihat, memahami dan difahami oleh khalayak yang paling penting. 

Hubungan Media: 
Perhubungan Awam Cision 
CisionPR@cision.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1536983/5658263/Cision_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cision Ltd.
Keywords: Advertising Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications Personnel announcements