omniture

Linglong Tire Adakan Persidangan Rakan Kongsi Global Ulang Tahun ke-50, Perkenal Inovasi Teknologi Hijau dan Strategi Masa Depan

Shandong Linglong Tyre Co., Ltd.
2025-12-10 00:51 9

YANTAI, China, 10 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 7 Disember, Linglong Tire mengadakan Persidangan Rakan Kongsi Global Ulang Tahun ke-50 di Zhaoyuan, Shandong di bawah tema "Linglong 50, Sentiasa Mara Ke Hadapan" ("Linglong 50, Always Forward"). Perhimpunan ini mengumpulkan pemimpin industri, pakar akademik dan rakan kongsi global untuk meneliti pertumbuhan syarikat selama setengah abad dan menggariskan strategi berpandangan jauh yang menyasarkan inovasi mampan dan penciptaan nilai kolaboratif.

Linglong Tire Holds 50th Anniversary Global Partners Conference
Linglong Tire Holds 50th Anniversary Global Partners Conference

Dalam ucapan dasarnya, Pengerusi Wang Feng membabadkan evolusi Linglong sejak penubuhannya pada tahun 1975. Bermula daripada asal usulnya sebagai sebuah kilang tunggal di Semenanjung Jiaodong, syarikat ini menempuh pelbagai transformasi strategik bagi menjadi sebuah perusahaan global dengan produk-produk diedarkan di 173 negara. Wang mengucapkan terima kasih kepada penasihat akademik, rakan universiti, institusi kewangan, pembekal dan pelanggan, selain menegaskan bahawa pencapaian Linglong dapat dijayakan melalui asas kepercayaan dan kolaborasi bersama.

Memandang ke hadapan, Wang Feng menyuarakan cita-cita Linglong untuk beralih daripada sebuah "perusahaan besar" kepada "perusahaan hebat" yang berpaksikan falsafah pelanggan diutamakan. Syarikat ini akan memfokuskan pada pembinaan ekosistem industri global yang terbuka, inklusif dan bersinergi, memupuk kerjasama yang lebih mendalam merentas rantaian nilai melalui inovasi teknologi.

Persidangan ini membawakan dialog peringkat tinggi mengenai transformasi hijau dan pintar dalam industri tayar. Para tetamu kehormat, termasuk Duta Besar Serbia ke China Maja Stefanović dan ahli akademik Zhang Liqun, memuji peranan Linglong dalam menggalakkan kerjasama antarabangsa serta kemajuan teknologi. Semasa majlis penyampaian anugerah, Linglong memberi penghormatan kepada rakan kongsi jangka panjang seperti Bekaert dan VMI atas sokongan padu mereka.

Beberapa pencapaian teknologi turut diumumkan yang menonjolkan komitmen Linglong terhadap pembangunan lestari:

  • Tayar diperbuat daripada 79% bahan berasaskan bio, meningkatkan kecekapan sumber;
  • Tayar pintar swasembuh yang meningkatkan keselamatan proaktif;
  • Teknologi tayar bebas udara untuk ekosistem mobiliti masa depan;
  • Sistem pembaikan kendiri pintar yang meningkatkan keselamatan tayar ke tahap yang lebih tinggi.

Inovasi ini menggambarkan keupayaan Linglong untuk mengubah komitmen kemampanan menjadi produk yang nyata.

Syarikat ini turut menandatangani beberapa perjanjian strategik dengan institusi-institusi terkemuka. Kolaborasi ini—merangkumi bahan baharu, tenaga hijau dan pendigitalan—menandakan anjakan daripada hubungan rantaian bekalan tradisional kepada ekosistem penciptaan nilai bersepadu.

Tatkala Linglong memulakan babak baharunya, syarikat ini mengesahkan sekali lagi dedikasinya kepada kualiti, inovasi dan tanggungjawab sosial. Dengan memperkukuh perkongsian global dan menerima ekosistem industri terbuka, Linglong bermatlamat untuk mengatasi cabaran pada masa depan dan memimpin industri tayar menuju abad yang lebih lestari dan cemerlang. Melalui persidangan ini, Linglong Tire bukan sahaja menunjukkan pencapaian bersejarah dan kekuatan inovatifnya, tetapi juga pelan hala tuju yang jelas demi pertumbuhan kolaboratif dalam tempoh jangka panjang.

Source: Shandong Linglong Tyre Co., Ltd.
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Contracts Corporate Social Responsibility