KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Lark, iaitu platform produktiviti semua-dalam-satu yang dipercayai oleh jenama-jenama yang terkemuka di seluruh Asia Tenggara, dengan bangganya bekerjasama dengan BIG CARiNG Group untuk melaksanakan dan menggunakan alatan produktiviti Lark dalam rangkaian kendalian BIG CARiNG Group yang terdiri daripada lebih 600 kedai komuniti di seluruh negara.
Melalui perkongsian ini, Lark akan berfungsi sebagai platform pusat yang menghubungkan ibu pejabat, outlet runcit dan hab pengedaran bagi membolehkan pasukan merentas beratus-ratus outlet berkolaborasi dengan lebih lancar dan bertindak balas dengan pantas terhadap keperluan pelanggan dan pasaran. Dengan meningkatkan kecekapan dalaman, Lark memperkasakan lagi kakitangan untuk memfokuskan pada penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang dipercayai, boleh dicapai dan berkualiti tinggi kepada komuniti yang mendapat khidmat mereka.
Anjakan Strategik kepada Transformasi Penjagaan Kesihatan Digital
Dengan mendigitalkan dan menyatukan operasi harian, BIG CARiNG Group dijangka akan meningkatkan kecekapan organisasi, meningkatkan produktiviti kakitangan dan membina tulang belakang digital yang lebih kuat bagi menyokong cita-cita perniagaannya. Lark akan menjadi platform pilihan untuk memperkemas komunikasi, mengurus aliran kerja operasi dan memusatkan maklumat.
Aplikasi-aplikasi utama termasuk:
Kolaborasi Semua-dalam-Satu
Penyeragaman & Pendigitalan Proses
Keterlibatan Pekerja & Kolaborasi Silang Pasukan
Meningkatkan Skala Operasi Penjagaan Kesihatan untuk Memberi Perkhidmatan yang Lebih Baik kepada Komuniti
Berkenaan pengumuman ini, Mark Dembitz, Pengurus Besar Lark APAC, berkongsi:
"Kolaborasi bersama BIG CARiNG Group ini merupakan satu pencapaian penting dalam misi Lark untuk memacu pertumbuhan yang lebih pantas dan lebih boleh diskalakan untuk perniagaan runcit Asia Tenggara melalui penyelesaian digital transformatif. Perkongsian kami bersama BIG CARiNG Group ialah contoh sempurna dari segi bagaimana teknologi yang tepat dapat memperkasakan pertumbuhan berkadar pantas dan cita-cita serantau jenama tempatan, memastikan agar pasukan yang tersebar di pelbagai lokasi dan negara dapat berkolaborasi dengan mudah, mengatasi perbezaan bahasa dan budaya, serta meningkatkan tahap produktiviti."
Dengan legasi selama lebih 50 tahun, BIG CARiNG Group menggabungkan BIG Pharmacy, CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Ting Pharmacy dan Welling Pharmacy di bawah satu bumbung, mengendalikan rangkaian dengan lebih 600 kedai farmasi komuniti di seluruh negara. Dengan memanfaatkan gabungan kepakaran dan jangkauan jenamanya, Kumpulan ini mendapat kepercayaan isi rumah di seluruh negara, lalu menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang boleh dicapai, berpatutan dan berkualiti tinggi. Hari ini, BIG CARiNG Group mara ke babak seterusnya, mewujudkan ekosistem penjagaan kesihatan bersepadu sepenuhnya yang merangkumkan farmasi runcit, kesihatan digital, rawatan asas, pengedaran dan pembuatan dengan matlamat untuk mentakrifkan semula bagaimana rakyat Malaysia mengakses penjagaan kesihatan.
Lim Sin Yin, Pengarah Eksekutif BIG CARiNG Group, berkata:
"Transformasi digital yang bermakna tidak bermula pada titik sentuhan pelanggan; ia bermula dari dalam. Bagi kami, ini bererti memperkukuh cara pasukan kami berkomunikasi, berkolaborasi dan beroperasi merentas lebih 600 outlet di seluruh negara. Perkongsian kami dengan Lark membolehkan kami membina ekosistem yang lebih pintar dan lebih bersepadu yang melaluinya maklumat mengalir dengan lancar dan kakitangan kami diperhebatkan untuk bertindak balas dengan lebih berkesan terhadap keperluan pelanggan dan pasaran.
"Dengan memperkuat tulang belakang digital kami, kami bukan sahaja meningkatkan kecemerlangan operasi pada hari ini, tetapi juga mewujudkan asas boleh diskala yang akan menyokong cita-cita pertumbuhan Kumpulan ini di seluruh Malaysia dan rantau ini. Inilah cara kami memastikan pengalaman penjagaan kesihatan yang kekal konsisten, boleh dicapai dan dipercayai dalam setiap komuniti yang mendapat khidmat kami."
Latar Belakang Lark
Lark ialah alat kolaboratif generasi akan datang yang meningkatkan kecekapan, kreativiti dan keterlibatan dengan mengintegrasikan Messenger, Dokumen, Kalendar, Panggilan Video, E-mel dan banyak lagi ke dalam satu aplikasi yang mudah digunakan. Lark membantu organisasi-organisasi mencipta, mengedarkan dan menggunakan maklumat dengan cepat dan cekap, tanpa mengira di mana kakitangan berada, peranti yang mereka gunakan atau bahasa yang mereka tuturkan.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.larksuite.com/
Latar Belakang BIG CARiNG Group
BIG CARiNG GROUP ialah rangkaian farmasi terbesar di Malaysia yang menggabungkan BIG Pharmacy, CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Ting Pharmacy dan Wellings Pharmacy di bawah satu bumbung. Dengan pengalaman farmasi runcit selama lebih 50 tahun dan lebih 600 kedai di seluruh negara, Kumpulan ini menawarkan perkhidmatan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia di seluruh negara. Jangkauannya mencakupi 6.5 juta ahli setia, lebih 4.5 juta transaksi bulanan dan 5,000 titik sentuh yang meliputi hospital, klinik dan juga pusat fisioterapi.
Selain peruncitan, BIG CARiNG GROUP membina Kumpulan Penjagaan Kesihatan Bersepadu No. 1 di Asia Tenggara dengan ekosistem holistik yang meliputi kesihatan digital, rawatan asas, penjagaan kesihatan korporat, pengedaran, label persendirian dan pembuatan. Disokong oleh penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama berdekad-dekad dan kolaborasi dengan lebih 3,000 rakan kongsi tempatan dan global, Kumpulan ini terus mentakrifkan semula capaian dan inovasi penjagaan kesihatan yang disatukan oleh visi bersama berkenaan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan lebih pintar.