JIANGYIN, China, 10 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Simposium Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Jiangyin 2025 telahpun diadakan pada 6 Disember yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perbandaran dan Kerajaan Jiangyin. Menyaksikan kemuncak Bulan Pelaburan Musim Luruh Keemasan tahun ini yang membawakan lebih daripada 50 acara promosi, simposium ini menghasilkan penandatanganan 208 projek dengan nilai pelaburan gabungan sebanyak RMB68 bilion. Sejak bermulanya tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14, Jiangyin memperoleh 321 projek industri utama yang setiap satunya bernilai lebih RMB100 juta, mewakili jumlah pelaburan sebanyak RMB262.7 bilion. Projek-projek ini mencakupi sektor-sektor utama termasuk litar bersepadu, teknologi maklumat generasi akan datang, pembuatan termaju dan juga tenaga bersih.
Jung Ui-joon, Ketua Perwakilan Wonik IPS, hadir dengan projek pelaburan bernilai AS$150 juta yang dijadualkan memulakan kerja-kerja pengeluaran pada tahun 2026. "Jiangyin menawarkan kelebihan yang menarik dengan infrastrukturnya yang kukuh, tenaga kerja mahir dan dasar yang menggalakkan, lantas menjadikannya pilihan pelaburan yang boleh dipercayai," katanya.
Giordana Davide, Presiden Jiangsu TianGong Precision Machinery Manufacturing Co., Ltd., menekankan kekuatan rantaian bekalan Jiangyin. "Pembekal bahan mentah utama kami, Citic Pacific Special Steel Group Co., Ltd., pengeluar yang terkemuka dalam industri keluli khusus, berpangkalan di Jiangyin. Kedekatan ini memastikan kestabilan dan ketekalan yang luar biasa untuk operasi pembuatan kami," kata Davide.
Semasa berlangsungnya simposium ini, Jiangyin bergabung dengan Tsinghua University dan institusi-institusi akademik dan penyelidikan domestik yang lain bagi membentuk Perikatan Universiti untuk Pemindahan dan Pengkomersialan Teknologi "Inovasi Sains-teknologi di Jiangyin". Perikatan ini bertujuan untuk membangunkan model-model baharu bagi menterjemahkan penyelidikan dan penemuan teknologi kepada aplikasi komersial.
Menerusi taman industri khususnya yang berperanan sebagai platform strategik, Jiangyin memupuk kluster industri moden dalam tenaga bersih, biofarmaseutikal dan pembuatan dipacu AI. Taman Industri Teknologi Keneutralan Karbon Jiangyin telah mula membentuk sebuah ekosistem tenaga bersepadu yang merangkum kuasa angin, solar, hidrogen dan storan tenaga, disokong oleh logistik pelabuhan dan zon terikat yang komprehensif. Sementara itu, Taman Industri Mikroelektronik Jiangyin melancarkan pelbagai dana industri yang memfokuskan pada industri-industri baru muncul, dengan jumlah aset bawah pengurusan mencapai lebih RMB6.5 bilion. Dana ini dirancang bagi memberikan sokongan modal hujung-ke-hujung untuk syarikat-syarikat dalam trajektori pembangunan penuh mereka, bermula daripada permulaan hinggalah tawaran awam awal.