omniture

Jentera Pertanian Zoomlion Capai Kemajuan di Seluruh Ladang Kenya

Zoomlion
2025-12-10 14:08 1

NAIROBI, Kenya, 10 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) membantu petani Kenya mengharungi musim-musim yang berubah-ubah di negara ini, apabila hujan lebat mengubah ladang menjadi lumpur dan bulan-bulan kering mengakibatkan tanah tidak dapat diusahakan. Di Nakuru, jentera pertanian daripada Zoomlion meningkatkan produktiviti tanah dan memberikan alatan kepada petani yang sesuai dengan keadaan ladang tempatan. Sekitar 70 peratus penduduk Kenya bergantung pada pertanian namun kemajuan telah disekat oleh mekanisasi yang terhad. Cuaca ekstrem membebankan tenaga kerja tradisional dan peralatan terpakai pula sering kali tidak dapat memenuhi permintaan. Mesin yang andal dan cekap menjadi sesuatu yang penting.


Zoomlion’s Agricultural Machinery Gains Ground Across Kenya’s Fields

Di gudang Zoomlion, jurutera Solomon memeriksa sebuah traktor sebelum penghantaran. Setiap unit menjalani pemeriksaan yang ketat. Penghantaran pada hari itu melibatkan traktor RC110 yang menuju ke Angata Sugar Mills. Bulan Mac hingga Mei dan September hingga November menyaksikan musim yang paling sibuk di negara ini. John, ketua bahagian logistik di kilang gula, menyediakan beberapa kumpulan mesin untuk dibawa ke ladang. Tebu merupakan tanaman kontan yang amat penting dan kilang ini menanam tebu yang berkeluasan 1,000 hektar dengan sokongan daripada sekitar 60 mesin Zoomlion. Output dan kecekapan, katanya melonjak dengan ketara.

Para petani dan pengendali menggunakan traktor lantaran kuasanya, penggunaan bahan api yang rendah dan kawalan yang mudah, kata Kenneth, seorang jurutera perkhidmatan Zoomlion tempatan. Sebuah tapak penyimpanan kini boleh memuatkan hampir 300 unit peralatan termasuk traktor, jentuai dan mesin pindah tanam. Teknologi Zoomlion juga mengurangkan kos pengangkutan. "Selepas traktor kami digunakan, kos kendalian untuk pengangkutan jarak dekat menurun kira-kira 30 peratus," kata Zhu Wenxi, Timbalan Pengurus Besar Zoomlion untuk Afrika Timur. Bagi pengendali seperti Malala, perubahan ini bersifat peribadi dan berkongsi: "Kami pernah membawa segala-galanya secara manual. Kini, tugas menjadi lebih mudah."

Bagi memastikan peralatan berjalan lancar, Zoomlion menempatkan jurutera Kenya di kilang gula untuk mendapatkan sokongan segera. John berkata kehadiran mereka yang berterusan merupakan sesuatu yang amat berharga. Pasukan perkhidmatan turut melatih juruteknik tempatan, mempersiapkan mereka untuk mengendalikan isu-isu sendiri. Cabaran iklim pula mendorong inovasi yang selanjutnya. Brek yang kerap di jalan berlumpur mengakibatkan haus awal, lalu mendorong Zoomlion untuk menaik taraf pad brek pada model-model kemudian. Baru-baru ini, jurutera perkhidmatan Ken Gang telahpun kembali daripada lawatan latihan teknikal di China. Menurutnya, pengalaman tersebut membantunya mengajar amalan yang lebih selamat dan lebih cekap kepada pengendali Kenya.

Tatkala jentera tersebar ke seluruh ladang-ladang Kenya, para petani menyaksikan hasil yang lebih tinggi dan beban kerja yang lebih ringan. Apabila kerjasama pula menjadi semakin erat, Zoomlion membantu membentuk laluan pertanian moden untuk rantau ini yang bertunjangkan inovasi bersama dan peluang yang kian berkembang.

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Agriculture Broadcast Technology Computer/Electronics Machinery Transportation