omniture

Bakat Inovator Muda Menyinari Pentas Akhir Samsung Solve for Tomorrow 2025

Samsung Electronics
2025-12-10 18:45 14

EduHive dari Melaka Dinobatkan sebagai Pemenang dalam Pertandingan STEM anjuran Samsung

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Disember 2025 /PRNewswire/ -- EduHive dari Melaka, yang terdiri daripada pelajar berusia 15 tahun, diumumkan sebagai juara Samsung Solve for Tomorrow (SFT) 2025, mengatasi empat lagi pasukan finalis dengan projek berinovatif mereka, Scabraile. 

Bakat Inovator Muda Menyinari Pentas Akhir Samsung Solve for Tomorrow 2025
Bakat Inovator Muda Menyinari Pentas Akhir Samsung Solve for Tomorrow 2025

Dengan kolaborasi bersama Universiti Malaya, edisi 2025 yang bertemakan "Time to take CHARGE, Start with CAN", ia terus memperkasakan pelajar Malaysia yang berumur dari 13 hingga 15 tahun untuk mentransformasikan pengetahuan tentang Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) kepada impaknya terhadap dunia sebenar. Berlangsung selama empat bulan, pertandingan ini melibatkan 53 pasukan dan 210 orang pelajar dari seluruh negara, yang bersaing untuk mencapai satu matlamat iaitu mencipta solusi yang berinovatif dan mengutamakan komuniti.  

Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics, memuji pasukan-pasukan finalis atas kreativiti dan tahap pemikiran mereka yang sungguh berwawasan. "Kreativiti yang dipersembahkan oleh para finalis menunjukkan bahawa Solve for Tomorrow adalah lebih daripada sekadar sebuah pertandingan; ia adalah landasan untuk perubahan yang bermanfaat. Inovator yang muda belia ini telah mengaplikasikan STEM untuk mengatasi isu-isu dunia masa kini, di samping menyerlahkan potensi mereka sebagai bakal pemimpin Malaysia masa depan dalam usaha untuk menghasilkan masyarakat yang mampan dan bijaksana. Setinggi-tinggi tahniah buat semua pasukan yang menang."   

Pusingan akhir telah diadakan pada 6 Disember di Hotel M World, di mana lima pasukan finalis yang mara ke peringkat akhir bertanding untuk merebut hadiah berupa produk Samsung bernilai RM117,000, dengan mempersembahkan prototaip STEM mereka di hadapan panel juri.

Projek yang menjadi juara dinilai dari sudut kreativitinya, cara ia menyelesaikan masalah, dan aplikasi STEM yang mantap.

  • Tempat pertama di menangi oleh EduHive dari SMK Tinggi Perempuan Melaka untuk projek Scabraile, membawa pulang produk Samsung bernilai RM44,000.
  • Tempat kedua dimenangi oleh Potassium Boost dari Sekolah Menengah Sri KDU untuk projeknya, TempTeddy, menerima produk Samsung bernilai RM30,000.
  • Tempat ketiga pula menjadi milik The Interceptor's Eye dari SMJK Kwang Hua untuk projeknya iaitu The Interceptor's Eye, masing-masing menerima produk Samsung bernilai RM23,000,
  • Tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Coding Chaos dari SMK Bukit Jambul dan Evoxis dari Sekolah Agama Menengah Bestari untuk projek-projek mereka iaitu, Smart Leafvision dan Neutroxis Organ Kit, dengan menerima hadiah produk Samsung masing-masing bernilai RM12,000 dan RM8,000.

Pertandingan SFT terus menggalakkan anak-anak muda Malaysia untuk melibatkan diri dengan STEM dan merealisasikan idea mereka ke dalam dunia sebenar. Menerusi garis panduan daripada Universiti Malaya, pelajar berpeluang untuk mengembangkan potensi mereka di samping menghasilkan penyelesaian yang dapat membantu membina komuniti yang lebih teguh dan berdaya tahan.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Solve for Tomorrow, sila layari https://www.samsung.com/my/solvefortomorrow/2025/ 

About Samsung Electronics Co., Ltd.

Samsung inspires the world and shapes the future with transformative ideas and technologies. The company is redefining the worlds of TVs, digital signage, smartphones, wearables, tablets, home appliances and network systems, as well as memory, system LSI and foundry. Samsung is also advancing medical imaging technologies, HVAC solutions and robotics, while creating innovative automotive and audio products through Harman. With its SmartThings ecosystem, open collaboration with partners, and integration of AI across its portfolio, Samsung delivers a seamless and intelligent connected experience. For the latest news, please visit the Samsung Newsroom at news.samsung.com.

"SAMSUNG MALAYSIA ELECTRONICS (SME) Sdn Bhd [Company No. 200301026766(629186-D)]".

Lampiran

  1. Scabraile oleh Pasukan EduHive dari SMK Tinggi Perempuan Melaka
    Scabraile adalah alat pendidikan inklusif yang menjadikan permainan Scrabble boleh diakses oleh pelajar cacat penglihatan serta menggalakkan jalinan persahabatan dengan rakan sebaya yang celik penglihatan.
  2. Aplikasi Mobile TempTeddy oleh Pasukan Potassium Boost dari Sekolah Menengah Sri KDU
    Aplikasi Mobile TempTeddy adalah peranti mampu milik yang mesra kanak-kanak untuk membantu ibu bapa dan penjaga mengesan demam di peringkat awal, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan penjagaan kesihatan kanak-kanak di kalangan komuniti.
  3. The Interceptor's Eye oleh Pasukan The Interceptor's Eye dari SMJK Kwang Hua
    Sasaran The Interceptor's Eye adalah untuk membawa penambahbaikan kepada penduduk tempatan di sekitar Kelang dengan mengubah sepenuhnya cara kita mengatasi pencemaran sungai.
  4. Smart Leafvision oleh Pasukan Coding Chaos dari SMK Bukit Jambul
    Smart Leafvision merupakan sebuah alat pemantau kesihatan tumbuhan pintar untuk menghindari daripada berlakunya tanah runtuh di kawasan berbukit dan tanah tinggi, agar seluruh kawasan kejiranan mendapat manfaatnya melalui diagnosis yang dipertingkatkan  ke atas keadaan tumbuhan sekali gus dapat mencegah daripada berlakunya bencana.
  5. Neutroxis Organ Kit oleh Pasukan Evoxis dari Sekolah Menengah Agama Bestari
    Matlamat Neutroxis Organ Kit adalah untuk meningkatkan pemahaman para pelajar tentang anatomi manusia dengan menyediakan peralatan yang berinteraktif dan menarik.
Source: Samsung Electronics
Keywords: Computer/Electronics Education Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)