omniture

Village Grocer kini di Bandar Sunway! Sebuah Lagi Cawangan Baharu di Sunway Square New Mall di Bandar Sunway

Village Grocer
2025-12-11 22:36 4

Hasil kemajuan pesat Village Grocer pada tahun ini terbukti lagi dengan pembukaan pasaraya baharunya di Sunway Square Mall di Bandar Sunway. Sebuah bandar contoh yang menyokong ekosistem mesra alam dan suasana kehidupan yang tenang untuk kesinambungan generasi yang akan datang. Budaya di sini mengambil pendekatan seni bina kontemporari dan bandar moden, di samping menawarkan keunikan bagi menarik pembeli dan kesemua yang datang berkunjung. 

  • Untuk meraikan pembukaan besar-besaran ini, Village Grocer menawarkan pelbagai acara pemberian hadiah istimewa dan promosi di sepanjang bulan, sehingga 11 Januari 2026.
    • Bumper Bonanza – promosi empat (4) hari dengan pelbagai tawaran terbaik!
    • Ganjaran Mingguan pada 11 Dis, 19 Dis, 25 Dis, 1 Jan, dan 8 Jan dengan pemberian hadiah percuma yang menarik kepada pembeli kami. Siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.
    • Pada hari pembukaan itu nanti:
      • 200 pelanggan pertama dengan pembelian RM150 & ke atas boleh menebus satu (1) beg hadiah eksklusif dengan percuma daripada kaunter khidmat pelanggan kami.
      • Dan untuk 50 pelanggan pertama dengan pembelian RM300 & ke atas, akan menerima kesemua yang di atas, termasuk beg Buah dan Sayuran yang mengandungi hasil-hasil tanaman segar yang kami tuai sendiri, terhad kepada 50 penebusan pertama sahaja. Sementara stok masih ada, jadi jangan ketinggalan!
      • Sertai BITES (keahlian PERCUMA) dan dapatkan satu (1) Tanghulu PERCUMA dengan pembelian bersih RM30. Untuk ahli baharu, anda akan turut mendapat beg beli-belah bukan-tenunan secara PERCUMA.
      • Belanja minimum sebanyak RM100 dan ke atas dalam satu resit untuk menguji skil anda di lombong pasir buatan kami dengan mengemudi dan menggali gula-gula percuma dengan traktor mainan jarak jauh kami.
    • Dapatkan Beg Besar Bukan-Tenunan Village Grocer EDISI TERHAD kami yang dijual pada harga RM19.99 sahaja.
    • Kunjungi pameran kopi yang menampilkan rangkaian jenis kopi terbaik yang dijual pada harga promosi di samping pelbagai permainan dan aktiviti menyeronokkan di ruang legar utama Aras LG, dari 11 – 28 Disember 2025.
  • Daftar keahlian Bites untuk mengumpul mata ganjaran, mendapat hadiah dan menikmati tawaran harga untuk ahli sahaja. Belanja RM2 untuk dapatkan 1 mata Bites.

SUBANG JAYA, Malaysia, 11 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Village Grocer secara rasminya telah membuka cawangan pasaraya baharunya yang terletak di Sunway Square Mall, Bandar Sunway. Ini adalah cawangan Village Grocer yang ke-4 dibuka pada tahun ini. Jenama unggul ini terus melebarkan sayapnya dan membawa barangan keperluan runcit yang premium, semakin dekat dengan komuniti setempat. Village Grocer terbaharu ini akan menjadi destinasi sehenti kepada para pembeli yang mengutamakan kualiti, produk-produk yang segar, daging berkualiti tinggi, roti dan pastri artisan, serta pelbagai pilihan barangan istimewa serta hidangan gourmet.

Village Grocer kini di Bandar Sunway! Sebuah Lagi Cawangan Baharu di Sunway Square New Mall di Bandar Sunway
Village Grocer kini di Bandar Sunway! Sebuah Lagi Cawangan Baharu di Sunway Square New Mall di Bandar Sunway

"Kehadiran Village Grocer di sini menandakan satu pencapaian yang penting bagi Sunway Square Mall. Dengan saling berganding bahu, kami membina masa depan di mana kualiti, kelestarian dan kesejahteraan komuniti dipelihara. Komitmen mereka seiring dengan visi kami untuk mewujudkan satu destinasi yang ceria dan mengutamakan orang ramai sekali gus memberi pentakrifan semula terhadap pengalaman membeli-belah di bandar," kata Encik Jason Chin, Pengurus Besar Kanan Sunway Malls Selangor.

"Kami sememangnya teruja menantikan pembukaan cawangan baharu ini kerana lokasinya yang strategik dan ia membuktikan lagi pengukuhan kerjasama kami dengan Sunway Group. Kami hadir di sini untuk memberikan pengalaman membeli-belah barangan runcit yang serba baharu kepada komuniti di sini dengan menawarkan perkhidmatan Village Grocer di luar jangkaan serta pilihan produk-produk yang tiada tandingan," menurut kenyataan Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor, Encik Ivan Tan.

Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor, Encik Kok, menzahirkan rasa gembira beliau kerana dapat memperkenalkan wajah baharu cawangan ini, yang berbeza daripada Village Grocer biasa mereka. "Kami amat berharap pelanggan-pelanggan kami akan menyukai susun atur yang telah dipertingkatkan ini dan terus menikmati tawaran serta perkhidmatan premium yang kami berikan".

Sebagai sebuah jenama kelahiran tempatan, Village Grocer komited untuk menyumbang semula kepada masyarakat tempatan. Ia secara aktif menyokong dan mendapatkan sumber daripada pekebun tempatan, peniaga-peniaga kecil, dan jenama tempatan. Village Grocer turut menyokong kelestarian alam sekitar dan bertekad untuk mencapai matlamat beli-belah tanpa plastik. Malah usaha Village Grocer dalam penjagaan alam sekitar, sosial dan pengurusannya telah berjaya memenangi beberapa anugerah.

Tentang Village Grocer:

Village Grocer adalah rangkaian pasar raya terkemuka, yang terkenal dengan komitmennya menyediakan produk berkualiti tinggi, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan keunikan pengalaman beli-belah. Village Grocer berdedikasi untuk memberikan pilihan gourmet terbaik keluaran lokal dan antarabangsa untuk pelanggan-pelanggannya yang bijak menilai, di samping mengekalkan standard kelestarian dan tanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar.

Village Grocer Sunway Square Mall, Bandar Sunway dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam dan bersedia untuk berkhidmat kepada komuniti di Sunway serta bersama-sama mencipta pengalaman beli-belah yang tidak dapat dilupakan untuk suatu jangka masa yang panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari villagegrocer.com.my.

-TAMAT-

Source: Village Grocer
Keywords: Retail New products/services